Part 13

231 22 16
                                    

Miyoung gelisah. Semenjak Sehun keluar bekerja, dia berusaha mencari akal untuk keluar. Korang gila kalau kata dia sudi untuk menjadi sugar baby Sehun. Dia masih ada maruah.

Dia masih ada kudrat untuk bekerja dan menampung diri sendiri. Biarlah tak hidup kaya pun, asalkan dia tak sewenang-wenangnya digunakan.

Dia bukan barang. Dia seorang perempuan. Perempuan sepatutnya dihormati. Dilindungi. Bukan dimanfaatkan.

Miyoung tak boleh bawa pakaiannya buat masa sekarang kerana itu akan menyusahkan dia untuk melarikan diri. Dia membuka pintu rumah dengan berhati-hati. Takut ada yang memerhati.

Sebaik sahaja keluar, dia menghela nafas lega. Lengang sahaja diluar ini. Mungkin kerana kebanyakkan yang tinggal disini adalah orang kaya yang sibuk dan jarang pulang ke rumah.

Gadis itu berlari ke lif untuk turun ke bawah. Namun, sampai sahaja disana, dia melihat ada seorang pengawal sedang berkawal.

Miyoung datang mendekat dan cuba untuk menekan butang lif namun dihalang.

"Cik. Kad akses," pintanya. Miyoung kelihatan bingung.

"Err. Mian. Saya tertinggal dalam rumah. Saya nak turun sekejap je."

"Tak boleh, Cik. Cik perlu scan kad tu sebelum turun."

Buntu. Miyoung buntu sekarang. Pengawal itu sudah pun mengesyaki sesuatu pada Miyoung. Dia mengeluarkan telefonnya untuk mengesahkan sesuatu. Rasanya dia pernah lihat wajah Miyoung.

"Sa--saya pergi ambil dulu.."

Tanpa menunggu lama, Miyoung segera berlari mencari tangga. Dia akan menggunakan tangga itu untuk keluar.

Dari tingkat enam belas ini, Miyoung menuruni anak tangga meskipun sedikit lelah. Kedengaran bunyi pengawal tadi memanggil nama Miyoung. Gadis ini cemas.

Sebaik sahaja sampai ditingkat bawah, Miyoung berlari keluar mencari garaj bawah tanah yang dia lalui sebelum datang ke sini semalam.

Kebetulan ada orang yang sedang keluar melalui pintu yang memisahkan lif dan garaj. Miyoung menahan pintu itu daripada tertutup. Setiap pintu di kawasan penthouse ini memerlukan kad akses untuk masuk ataupun keluar.

Saat dia berlari keluar, ada beberapa pengawal yang ternampak akannya. Mereka telah dimaklumkan oleh pengawal ditingkat enam belas. Dia lah gadis yang dimaklumkan oleh Tuan Oh Sehun pagi tadi untuk dijaga.

Miyoung berlari secepat mungkin daripasa tertangkap. Dengan berkaki ayam, dia berjaya melepasi pagar masuk.

Miyoung tanpa berfikir panjang terus berlari kearah jalan raya. Tiba-tiba, ada sebuah kereta BMW berhenti mengejut dihadapan Miyoung sehingga membuatkan dia terjatuh dan tergolek-golek ke tepi.

Miyoung terbaring diatas jalan raya dan menahan rasa sakit saat punggungnya terhentak jalan tar. Sehun keluar dari kereta sambil menayangkan wajah dinginnya. Lelaki itu memandang Miyoung, marah.

"Tuan! Kami tak dapat halang dia awal-awal. Kami minta maaf!"

Beberapa pengawal yang baru tiba menunduk 90° dihadapan Sehun, kesal kerana tak dapat mengawal keadaan dengan lebih awal. Sehun menggenggam tangannya geram, kemudian dia mengangguk dan mengarahkan mereka pergi.

Dia menarik tangan Miyoung masuk ke dalam kereta.

"Lepaskan aku!" arah Miyoung.

Dia ditolak masuk ke dalam kereta dengan kasar. Sehun mendengus geram dan menutup pintu kereta dengan kuat.

Lelaki itu terus memandu pergi dari sana. Tak lama selepas itu, dia berhenti ditepi jalan.

"Puas hati kau?" soal Sehun.

Miyoung menunduk. Buku lalinya cedera saat terjatuh tadi.

"Aku dah cakap aku boleh jaga kau. Kau lari kenapa?!" marahnya.

Miyoung diam. Malas nak menjawab.

Sehun menggerakkan kerusi Miyoung ke belakang untuk memberi ruang yang lebih luas kepada gadis itu. Lantas, kaki Miyoung ditilik. Miyoung menarik semula kakinya kerana tak rela disentuh Sehun.

Sehun menjelingnya, tajam.

Tiba-tiba, seseorang yang berpakaian kemas mengetuk cermin kereta Sehun. Sehun menoleh dan menurunkan cermin sambil mengambil sesuatu. Ianya paket ubat.

Sebaik sahaja lelaki itu beredar, Sehun kembali fokus pada Miyoung. Kaki Miyoung diletakkan diatas pahanya.

Ubat mulai disapu pada buku lalinya yang cedera.

"Aah! Sa--sakit.." adu Miyoung.

Sehun tak menghiraukannya.

"Siapa suruh pandai-pandai lari. Kan dah mendapat." katanya, dingin.

Tak semena-mena, Miyoung menangis.

"Aku.. takut.." jelas Miyoung.

Sehun mendongak.

"Takut apa?"

"Kau.."

Sehun terdiam. Kaki Miyoung diturunkan semula. Dia mengambil selimut yang berada dikerusi belakang dan menutup separuh badan Miyoung dengannya.

"Jangan takut dengan aku. Aku tak jahat."

Kerusi tadi ditarik ke depan semula. Sehun menatap Miyoung. Tak semena-mena, Miyoung menumbuk hidung Sehun sehingga membuatkan lelaki itu terundur ke belakang dan kepalanya terhantuk pada tingkap.

Miyoung tanpa berlengah segera melarikan diri. Dia menahan teksi dan mengarahkan pemandu untuk membawanya ke rumah Irene.

Dia tak boleh ke rumah Seulgi kerana ibu bapa dan abang gadis itu tinggal disana. Miyoung tak selesa dengan abang Seulgi. Takut menganggu. Jadi, hanya disatu tempat ini sahaja dia selamat. Mungkin?

Sampai dirumah Irene, Miyoung berlari masuk ke dalam kawasan rumah tanpa membayar teksi terlebih dahulu. Nanti pengawal boleh bayarkan untuk dia. Lagipun, mereka kenal Miyoung. Dia masuk tanpa mengetuk pintu dan berlari ke bilik Irene.

Ibu bapa Irene tiada sekarang seperti biasa. Miyoung dah hafal jadual mereka.

"Siapa—"

Miyoung menekup mulut Irene dan membawa gadis itu ke biliknya. Bingung Irene saat melihat keadaan Miyoung.

Pintu bilik Irene dikunci.

"Miyoung! Kau kenapa?! Siapa buat?!" soal Irene, takut dan cemas. Miyoung duduk diatas kerusi dan cuba untuk menenangkan dirinya.

"Irene ada sesuatu kau kena tahu pasal—"

"Cik Irene. Tuan Sehun dah balik."

Kata-kata Miyoung terhenti.

"Eh? Awalnya balik?" Gumam Irene sendiri.

"Miyoung kau nak aku bagitahu Steven oppa ke? Dia boleh kerjakan siapa yang buat kau ni.."

"Irene.."

"Ye?"

"Jangan bagitahu dia.."

"Tapi Miyoung.."

"Jangan bagitahu dia aku ada dekat sini. Anggap aku tak pernah datang pun sini.. Tolonglah.."

to be continued

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now