Sejak kejadian hari itu, Miyoung berusaha untuk tidak bertembung dengan Sehun. Dia cuma menjawab panggilan Sehun saat perlu sahaja dan cepat-cepat mematikan panggilan. Bila Sehun melawat apartmentnya pun, dia berpura-pura tidur dan tidak mahu bangun langsung saat Sehun mengejutkannya.
Sehun nampaknya tidak berfikir buruk. Dia cuma fikir Miyoung agak penat sahaja. Sebab itu dia perhatikan Miyoung dari jauh. Tersenyum dia melihat Miyoung yang sedang berkerja keras itu.
"Pertemuan dengan syarikat Ocean View tu dah diatur. Kumpulan Taeyeon dah pun tempah tiket atas kapal selama sehari. Tuan ada apa-apa lagi nak tambah atau nak tunda? Cancel ke?" soal Sooyoung sambil memandang Sehun yang sedang mengintai Miyoung itu.
Sehun terus kembali ke tempat duduknya dan menggeleng. Kalau kumpulan Taeyeon pergi, maknanya Miyoung akan ikut sekali. Mungkin itu boleh menjadi waktu sesuai untuk dia berbaik dengan Miyoung lagi.
"You know what, Sehun? Kenapa tak tanya je?" soal Sooyoung, menutup bukunya lantas menatap tajam kearah Sehun.
Dia tahu apa yang sedang Sehun alami memandangkan Sehun ada bercerita. Sehun mengurut keningnya dan mengeluh perlahan.
"Dia suka pendam masalah. Bukan mudah nak suruh dia luahkan dengan jujur," jawabnya. Sooyoung tergelak kecil.
"Yes, I agree. I've been watching her.. and you! Memang patut lah dia suka pendam," balas Sooyoung. Sehun berkerut. Apa kaitannya dengan dia?
"Maksud kau?"
"Sehun, kalau aku jadi kekasih lelaki paling kacak dekat sini, CEO pula tu, aku pun lebih suka pendam masalah daripada beritahu hal sebenar. Dia mungkin fikir kau akan rasa jengkel kalau dia mengadu," jelas Sooyoung.
"And one more thing. Dia cemburu dengan aku," sambungnya penuh yakin.
Sehun menatap wajah Sooyoung dengan wajah datar. Terus dia menjentik dahi Sooyoung dengan pen dengan begitu kuat. Sooyoung menjerit kesakitan.
"Yahh!!"
"Apa yahh yahh? Buat apa Miyoung cemburu dengan kau? Dia tu sempurna dari segala hal! Pandai je buat cerita!"
"Because I'm your sexy secretary, Tuan Oh Sehun. Aku nampak dari cara dia pandang aku. Dia mesti ingat aku jenis perempuan yang suka goda bos sendiri. Women knows women, Oh Sehun."
"What? Takkan lah aku nak dengan kau?! Tak mungkinlah!"
"Itu masalahnya! Dia tak tahu."
...
Miyoung dan yang lain-lain makan bersama Taeyeon hari ini. Mereka bertiga berbual-bual sehinggalah masuk ke topik sensitif bagi Miyoung.
"Tu, tu Sooyoung dah datang.." ujar Taeyeon. Miyoung dan Irene ingin menoleh ke belakang untuk melihat namun ditegah Taeyeon.
"Janganlah pandang. Nanti dia perasan!" ujarnya. Miyoung dan Irene terus menaikkan sudu mereka dan melihat melalui pantulan sahaja. Sooyoung sedang mengambil makanan sambil disapa pekerja lelaki.
Miyoung menjeling gadis cantik yang memakai baju hitam yang membentuk alur tubuhnya yang seksi itu. Sooyoung duduk agak jauh dari mereka, makan bersendirian disana sambil bermain dengan telefon.
"Haigoo. Siapa je yang percaya dia pregnant dengan badan macam tu?"
Kata-kata Taeyeon terus membuat Miyoung, Irene dan Seulgi terkejut. Mereka bertiga terus menoleh kearah Sooyoung serentak tanpa bersembunyi lagi.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomansaKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...