Part 40

157 19 11
                                    


Sehun mundar-mandir di hadapan bilik persalinan, menunggu Miyoung keluar. Dua orang pekerja yang bertugas pun naik berbulu mata melihat Sehun yang seolah-olah menunggu isteri keluar dari wad kecemasan. Padahal, Miyoung sedang mencuba gaun perkahwinan mereka sahaja.

Majlisnya akan berlangsung minggu depan, tepat pada hari jadi Sehun. Mereka tak berkompromi dan terus memilih tarikh terdekat atas perbincangan selama seharian selepas selesai memujuk Mr.Zhang untuk bekerjasama dengan syarikat SeaHarbor.

Miyoung yang berada di dalam, berpusing beberapa kali dengan tidak yakin. Ini kali ke-lima dia mencuba tapi belum ada yang mampu membuat rahang Sehun terjatuh kerana terpegun.

Walaupun setiap kali dia keluar, tiap kali itu jugalah Sehun terpesona, ianya masih tidak mencukupi. Dia mahukan sesuatu yang boleh membawa efek Cinderella kepada semua orang.

Dia mahu semua mata tertumpu kepadanya sahaja nanti.

"Eottae? Saya rasa yang ini bagus.." ujar pekerja disebelah Miyoung. Dia perasan yang Miyoung nampaknya masih belum berpuas hati.

"Erm. Ye ke? Tapi saya nampak gemuk," kata Miyoung pula. Dia memegang perutnya yang sedikit menimbul itu. Tak adalah menimbul sangat, mungkin perasaannya sahaja.

"Kami ada sediakan bengkung kalau cik nak? Tapi saya risau pula anak cik kemik kat dalam sana," balas pekerja itu, polos.

Miyoung tersedak oksigen. Anjir. Dia gemuk sangat ke sampai orang ingat mengandung?!

"Aniyo! Tak payah! Saya boleh kempiskan sekejap waktu keluar," bentaknya. Pekerja itu mengangguk. Dia mulai menolak langsir yang pengantaraan antara Miyoung dan Sehun tadi.

Sebaik sahaja terbuka, Miyoung diberikan tepukan gemuruh oleh dua lagi pekerja lelaki sementara Sehun sekali lagi termangu seperti tidak pernah melihat bidadari.

"Miyoung. Neomu—"

"Buruk! Aku nampak gemuk kan? Kalau orang ejek macam mana?" Raung Miyoung. Sehun terus menuju kearahnya dan cuba untuk menenangkan Miyoung.

"Sayang. Mana ada gemuk. Sayang berisi sikit je."

"Sehun!" Jerkah Miyoung. Sehun terperanjat dan mulai ketawa dengan tidak bersalahnya.

"Okay-okay, sorry. Kalau kau tak nak yang ni, kita cuba butik lain," pujuk Sehun. Ini dah butik ke-tiga mereka singgah tapi masih belum ada yang memenuhi standard Miyoung.

"Dia kata aku gemuk.." bisik Miyoung sambil menunjuk kearah pekerja tadi. Sehun memandang gadis itu sekilas.

"Iya? Tak boleh marah sebab dia tak menipu—"

"Oh Sehun!"

Sehun ketawa lagi. Pipi Miyoung yang tembam itu dicekup manja.

"Alolo sayang. Cantik tu sementara. Dah tua nanti kita keriput jugak," pujuknya.

"Itu fikir nanti tua lah! Ini dah esok lusa! Kau nak aku nampak macam nenek-nenek ke dalam gambar kahwin kita? Jahatnyaaa!!" Miyoung menolak Sehun ke tepi. Dia memuncungkan bibirnya, ingin merajuk. Sehun tergaru-garu. Bingung mahu buat apa.

"Maaf mencelah, tapi kami sebenarnya ada satu lagi design yang kami belum tunjuk. Cik nak cuba? Saya pasti cik akan suka," ujar pekerja tadi.

"Design baru?"

"Iya. Cuma ada satu sahaja. Saya yakin cik akan suka."

Miyoung memandang kearah Sehun seperti meminta keizinan.
Sehun mengangguk, menerima cadangan pekerja tersebut.

"Okey. Tapi.. kali ni.." Miyoung membisikkan sesuatu kepada pekerja butik itu. Gadis itu tersenyum dan mengangguk bersetuju.

Sehun berkerut, tidak faham apa yang mereka sedang bisikkan. Kedua gadis itu masuk semula ke dalam bilik persalinan. Tak lama selepas itu, Miyoung keluar tapi dengan memakai pakaiannya sendiri.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now