Part 26

175 18 10
                                    


Miyoung menahan dirinya daripada tersenyum selepas pulang daripada butik. Sepanjang berada didalam kereta, dia dan Sehun cuma menjeling satu sama lain kemudian tersenyum saat tertangkap.

Sampai sahaja dirumah, Sehun menolong membawakan beg-beg pakaian dan masuk ke bilik terlebih dahulu. Miyoung menyusul kemudian kerana tidak mahu tertangkap.

"Boo!" jerit Mark ke telinga Miyoung sehingga membuat gadis itu menjerit kuat. Miyoung terus memukul Mark kerana telah menakutkannya. Mark ketawa sambil diperhatikan Jaemin dan Haechan.

"Ayok. Ada orang pergi dating senyap-senyap," usik Jaemin dengan senyuman jahatnya.

"Sampai hati noona curang dengan kitorang. Sakit hati Haechan," Haechan dengan dramatiknya berpura-pura menangis. Dia memegang dadanya, seolah-olah telah ditikam.

Jaemin memeluk bahu Miyoung dan merehatkan kepalanya disitu.

"Noonaaa kenapa tak tunggu Jaemin cukup umur dulu? Tinggal berapa tahun je lagi? Huhu," ujar Jaemin.

"Jangan merepeklah! Jangan usik noona lagi!" marah Miyoung walaupun dia dah malu sebenarnya.

"Ecececeeee. Miyoung noona malu. Miyoung noona malu~"

"Woi! Bukan korang patut pergi buat persiapan ke? DJ siapa nanti?" sergah Sehun sehingga membuatkan ketiga-tiga budak lelaki itu menjadi sopan. Mereka berdiri diantara Miyoung sambil menunduk.

Tangan kanan mereka memegang pergelangan tangan kiri, seperti menyambut tuan rumah. Kemudian, Mark mengangkat tangannya sambil tersenyum seperti kerang busuk, menjawab pertanyaan Sehun.

"Kitorang DJ," jawabnya.

"Dahtu? Tunggu apa lagi?" Sehun menayangkan wajah angry birdnya yang menakutkan. Itu membuatkan ketiga-tiga budak lelaki itu berlari ketakutan. Sehun menggeleng kecil. Baru dia tinggal sebentar, dah ada orang cuba nak ganggu Miyoung dia.

Miyoung mengemam bibirnya, menahan diri daripada tersenyum. Ekspresi Sehun sangat lucu baginya sekarang. Dengan kening tidak seberapa lebat dan tajam yang hampir bercantum itu, Sehun betul-betul nampak seperti angry bird merah. Sehun merenung kearah Miyoung, meminta penjelasan kenapa gadis itu seakan-akan ingin menertawakannya.

"Wae?"

"Comel.." puji Miyoung. Pipi Sehun membahang sekarang. Lagi-lagi dia dipuji comel oleh gadis cantiknya.

"I'm not cute.." bantah Sehun.

"Yes you are. Even the world can't handle it."

"Daeng! Only you can handle me."

Sehun mengajukan wajahnya mendekati Miyoung, sengaja ingin mengusik gadis itu. Sayangnya, Eunwoo datang menganggu sehingga kedua-dua terus menjarakkan diri lagi. Miyoung menggosok belakang lehernya sementara Sehun berpura-pura menelefon seseorang walaupun telefonnya itu terbalik.

"Erm, Miyoung. Saya nak minta tolong boleh? Saya ada buat dessert untuk majlis esok. Irene kata awak pandai buat dessert jadi saya nak awak tolong rasa," ajak Eunwoo tanpa menghiraukan Sehun disana.

Miyoung yang mendengar sahaja tentang makanan tentu sekali tak menolak. Dia memang suka buat dessert apatah lagi yang berkaitan dengan coklat.

"Boleh!" jawab Miyoung dengan penuh bersemangat. Sehun mengepal penumbuknya. Dia ingatkan Miyoung nak menolak.

"Cool!" Eunwoo tanpa segan-silu terus menarik tangan Miyoung pergi. Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan, Sehun terus menyumpah seranah Eunwoo.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now