Sepanjang pemanduan, Miyoung diam sahaja. Dia masih tak biasa dengan Sehun lagi. Sehun membuka radio agar Miyoung berada sedikit selesa. Nasib baik dia peka.'call me daddy..babe.. call me daddy..'
Miyoung tersentak. Dia dan Sehun merenung satu sama lain. Boleh pula lagu Call Me Daddy dari kumpulan X-EXO bermain di radio yang dia pasang sekarang. Sehun terus menutup lagu tersebut kerana berasa tidak selesa. Dia terus berdeham untuk meregangkan suasana.
Miyoung pula menoleh kearah bertentangan sambil menggosok lehernya. Selalunya dia memang suka lagu X-EXO lagi-lagi Call Me Daddy. Tapi lain pula bila ada dengan Sehun.
"Kau dah lama berkawan dengan Irene?" tanya Sehun. Miyoung mengangguk.
"Lamalah jugak. Nak dekat lima tahun dah," jawabnya. Ya, dia dah berusia 23 tahun sekarang. Tahun pertama untuk degreenya.
"Irene ada boyfriend?"
"Ada. Kenapa kau tanya? Jangan marahkan Irene ya? Suho tu baik budaknya. Tak mempergunakan Irene macam lelaki-lelaki sebelum ni," kata Miyoung.
Sehun tersenyum pendek. Tak ada kata oppa lagi keluar dari mulut Miyoung. Padahal siang tadi elok sahaja dia memanggilnya Steven oppa.
"Aku lagi tua dari kau tau?"
"Tahu. Kenapa? Nak aku panggil oppa jugak ke?"
Nasib baik Miyoung peka. Sehun mengangguk. Namun dia menerima cemuhan sahaja daripada Miyoung. Gadis itu ketawa.
"Maaflah. Aku tak panggil orang lain oppa selain daripada keluarga aku sendiri,"
"Tadi kau panggil aku Steven oppa?"
"Itu sebab Irene asyik sebut 'Steven oppa' sampai melekat dalam kepala aku. Kalau kau tak suruh aku panggil kau Sehun tadi, agaknya aku guna 'Steven oppa' oppa lagi sekarang ni," jelas Miyoung.
'Steven oppa' itu seolah-olah nama penuh Sehun bagi Miyoung. Mana tidaknya, dari pertama kali dia bertemu Irene, asyik begitu sahaja nama panggilan yang dia dengar. Sehun ketawa kacak.
Ketawa tapi masih nampak macho. Miyoung tersenyum dalam diam.
Dia tak nafikan abang sepupu Irene ini seorang yang menarik. Sudahlah tinggi, hensem, kaya lagi. Pakej lengkap.
"Aku suruh guna Sehun, bukan Steven. Maknanya kau masih perlu pakai perkataan oppa tu," tegas Sehun. Miyoung menjeling tajam kearah Sehun yang sedang merenungnya sekarang.
Sehun ketawa lagi. Reaksi Miyoung membuatkan dia terhibur.
"Ara-ara. Kau pun kau lah. Janji bukan Steven,"
"Kenapa? Cringe kan? Siapa je yang bagi anak dia nama Steven oh my god,"
"My late mom,"
Miyoung terus menekup mulutnya. Dia menayangkan wajah bersalah sekarang.
"Se—Sehun. Aku tak bermaksud—"
"Nevermind, late step-mom, bukan ibu kandung aku. Ibu kandung aku masih hidup lagi la hahahahaha!" Sehun mentertawakan Miyoung yang nampaknya hampir menghukum dirinya sendiri tadi. Miyoung terus mencubit lengan Sehun dengan geram.
"Haish! Buat aku rasa bersalah je! Jadi, kau guna nama yang ibu tiri kau bagi?"
"Kenapa? Pelik? Appa berkahwin dengan ibu tiri aku sejak aku dalam kandungan omma lagi. Kami rapat macam keluarga sebenar. Tak semua orang hidup dengan ibu tiri Cinderella, Miyoung," jelas Sehun.
Pipi Miyoung berona merah kerana malu sekarang.
"Well, tak semua orang juga sempat merasa hidup dengan ibu Prince Charming," jawab Miyoung pula."Kau memang kerja dekat sana tiap hari ke?" Sehun mengubah topik.
"Dekat mana?"
"Kawasan perumahan Hongdae. Kafe dekat Gangnam. Tempat cuci kereta Gangnam dan restoran tadi,"
Miyoung terkejut. Mana Sehun tahu tempat kerjanya ni? Sepupu Irene ni seorang stalker ke? Muka je hensem tapi psiko. Tak jadilah. Blacklist!
"Aku yang kau hampir langgar pagi tadi. Itu kau kan? Aku baru perasan lepas nampak hoodie kau ni,"
Miyoung memandang hoodienya. Dia ada teringat yang dia hampir melanggar seorang lelaki sewaktu menunggang basikal pagi tadi tapi dia dah minta maaf.
Tak sangka pula lelaki itu ialah Sehun. Dia tak nampak disebabkan keadaan yang masih gelap.
"Dah empat kali kita berjumpa harini. Kebetulan ke?"
Miyoung menggaru kepalanya. Dia tak tahu nak jawab apa.
"Kau belum jawab soalan aku tadi," kata-kata Sehun mengembalikan Miyoung ke dunia realiti. Dia termangu seketika.
"Ha ya. Tapi aku kerja hari cuti je,"
"Kenapa kerja? Mana mak ayah kau?"
"Diorang.. dah tak ada.."
Sehun terdiam lagi. Dia dah tersalah cakap. Patutlah Miyoung balas macam tu pada dia tadi. Lambat pickup betul.
"Sorry.."
"Tak apa. Kau tak tahu. Erm, lepas ni belok kanan,"
Mereka kembali diam sekarang. Sesampainya di apartment Miyoung, gadis itu keluar lalu menunduk hormat pada Sehun dan mengucapkan terima kasih.
Tapi Sehun nampaknya masih belum ingin pulang. Dia mengejar Miyoung sehingga didepan lif.
"Aik? Sehun—"
"Aku akan temankan kau sampai rumah. Aku tak nak kau kena rogol."
Miyoung ketawa dengan gementar sekali. Aih. Pelik betul sikap Sehun ni. Sebaik sahaja lif tiba, Sehun terus masuk ke dalam. Dia memandang Miyoung yang sedang terkebil-kebil.
"Tak nak masuk?"
"Ah. Ya. Nak."
Miyoung masuk dan berdiri dihadapan Sehun. Dia mula rasa tak selesa. Kenapa lif tak bergerak sejak tadi? Janganlah buat hal.
"Tak nak tekan tingkat berapa?" soalan Sehun mengejutkan Miyoung.
Patutlah lif tak bergerak. Dia dah kenapa sebenarnya? Miyoung terus menekan butang enam dan lif mula bergerak.
Sesampainya ditingkat enam, mereka keluar bersama.
Mereka sampai juga dihadapan rumah Miyoung selepas beberapa langkah. Gadis itu membongkok lagi dihadapan Sehun.
"Terima kasih. Bolehlah balik," kata Miyoung, sopan walau dalam hatinya dia menghalau. Sehun masih tak berganjak.
"Masuklah dulu?"
"Kau baliklah dulu,"
"Kau masuk dulu,"
"Takpe kau balik dulu,"
"Kau masuk dulu,"
"Kau balik dulu,"
Miyoung mengalah. Dia menekan password dan masuk ke dalam rumah. Kalau melawan juga, agaknya sampai esok mereka bertekak.
Sebelum pintu tertutup, Sehun menahannya dengan kaki. Dia memanggil Miyoung sekali lagi.
"Miyoung,"
"Apa?" tanya Miyoung.
cupp..
Sehun mencium pipi Miyoung tanpa diduga. Miyoung kaku.
"Jangan tidur lewat ya?" ucap Sehun sambil tersenyum dan terus menutup pintu rumah. Miyoung termangu seraya menyentuh pipinya.
Dia dah gila ke? Sehun baru cium dia ke tadi?
Tak semena-mena, Miyoung pengsan.
to be continued
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...