Part 3

311 25 9
                                    

Majlis diadakan pada sebelah malam.

Rakan-rakan universiti yang sekelas dengan mereka bertiga mulai memasuki perkarangan istana (rumah) Irene. Mereka ternganga saat melihat betapa mewahnya rumah tersebut.

Pakaian-pakaian mereka pun nasib baiklah kena dengan tema. Mereka menyapa Irene dengan mesra sekali.

Kek yang hampir setinggi dua tingkat dibawa keluar. Orang ramai mula termangu saat melihat keadaan kek yang terbalik itu. Mereka rasa macam diejek pun ada bila datang ke sini.

Miyoung dan Seulgi mengiringi nyanyian hari jadi kepada Irene. Selepas itu, orang-orang gaji mula mengagihkan minuman beralkohol yang mahal kepada tetamu.

Irene membuka salah satu botol paling mahal dan lama. Penutup gabus melambung tinggi ke udara dan serentak itu, lampu di kolam renang menyala. Para tetamu dibenarkan untuk menikmati makanan sekarang.

Irene pergi menyapa rakan-rakan mereka. Miyoung dan Seulgi pula sibuk menikmati makanan mereka buat sementara.

"Kau rasa pukul berapa abang Irene tu nak sampai?" soal Seulgi.

Miyoung menjelingnya tajam. Tak habis-habis dengan sepupu Irene. Apalah yang Seulgi nak tahu sangat? Miyoung terus menjongket bahu, menjawab pertanyaan Seulgi tadi.

Tiba-tiba, seseorang menumpahkan air minumannya keatas baju Miyoung. Terus terbangun Miyoung dibuatnya. Seulgi terkejut.

"Hei, jangan tu pakai mata lah!" marah Seulgi.

Gadis itu menunduk meminta maaf kepada Seulgi.

"Minta maaf dekat Miyoung! Bukan aku!" gertaknya.

Si gadis mulai mengelap baju Miyoung namun dihalang oleh Miyoung sendiri. Dia rasa kesian pula melihatkan gadis ini dimarahi Seulgi.

"Tak apalah. Seul, aku masuk dalam sekejap ye?" Miyoung meminta izin untuk pergi seketika.

"Nak aku tolong?"

"Tak apa. Kau duduk je sini,"

Seulgi mengangguk faham. Dia menghalakan penumbuk pada gadis yang membuat kacau itu. Sudahlah baju Miyoung berwarna kuning. Tak pasal-pasal nampak jelas warna ungu wain.

Dia masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik Irene. Sewaktu melintasi ruang tamu, ada seorang lelaki memerhatinya dengan pelik. Dia tak pernah pula nampak Miyoung disana. Tapi Miyoung tak nampak pula dia.

Miyoung kembali ke bilik Irene untuk membersihkan gaunnya.

"Haish tak boleh hilang pulak dah. Kejap lagi dah lah pertunjukkan bunga api nak start," rungut Miyoung.

Dia buntu sekarang. Habis dia kena marah dengan Irene kalau baju dia kotor sebegini. Mahu merajuk Irene kalau gambar mereka bertiga untuk tahun ini tidak diambil.

Selama mereka berkawan, setiap majlis hari jadi Irene memang wajib ada gambar mereka bertiga. Semuanya dengan pakaian berbeza. Kalau sama, memang mengamuk Irene. Inikan pula baju kotor. Rosak koleksi gambar gadis manja itu. Nasib baik sayang.

Miyoung tak boleh buat apa lagi. Dia berharap yang bajunya tidak akan rosak sahaja. Dalam kiraan tiga, Miyoung terus mengoyakkan bahagian bawah bajunya sehingga menjadikan gaun tersebut separas lutut sahaja.

"Tak nampak pelik kan?" ujar Miyoung sendirian.

Kain lebihan itu dibuang ke dalam tong sampah. Kesian pula baju mahal ni. Belum pakai sampai sehari lengkap dah kena koyak.

Miyoung membaiki rambutnya dan juga makeupnya. Selepas itu, dia turun semula.

Irene memanggilnya untuk bersama dengan Seulgi. Pelik gadis itu saat melihat baju Miyoung yang sudah pun berubah sepenuhnya.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now