Hari ini, pertemuan bersama syarikat Ocean Views berlangsung
Miyoung dan rakan sekerjanya yang lain turun daripada kereta menuju kearah kapal persiaran. Mereka bergegas berlari kerana ingin menjemput klien penting dari China, Yixing Zhang."Everyone naik atas periksa apa yang patut. Miyoung kamu tunggu bawah dengan saya dan Doyoung untuk bawa Mr. Zhang naik," ujar Bae Jinwoo, ketua mereka. Miyoung mengangguk faham.
Dia membetulkan tali lehernya sambil memeriksa make-upnya. Sehun tiba bersama Jongin dan Sooyoung tak lama selepas itu. Mereka disapa Jinwoo dan menunggu bersama-sama disana.
Sehun berdiri menghadap Miyoung, memerhati gerak-geri gadis itu. Nasib baik lah Miyoung tak demam. Apa yang Sehun perasan adalah, bila di tempat kerja, Miyoung sedaya-upaya ingin menjarakkan diri sendiri.
Dia berlagak betul-betul seperti orang asing. Kadang-kadang, itu membuatkan Sehun tidak selesa. Dia tak suka berpura-pura kasar dengan Miyoung.
Miyoung nampaknya tak selesa dengan kehadiran Sooyoung disitu. Dia berusaha keras agar tidak memandang ke hadapan. Miyoung lebih memilih untuk bercakap dengan Doyoung dan membuatkan Sehun cemburu.
Ketibaan Mr.Zhang disambut dengan senang hati. Mereka menunduk hormat kepada lelaki berusia 29 tahun itu. Mr.Zhang nampak seperti pelakon drama China yang Miyoung selalu tonton dimasa lapang.
Wang Yibo mungkin?
"Glad to meet you, Mr. Oh," ujar Mr. Zhang. Sehun tersenyum. Mereka berjabat tangan sambil berbual kosong terlebih dahulu.
"Me too. How's Seoul? Is the weather fine for you?"
"Quite a bit. Just like in China."
Miyoung yang moodnya sudah pun hilang setelah kehadiran Sooyoung terus menegur Yixing dan Sehun. Pekerja lain semuanya terkejut kerana bagi mereka, teguran Miyoung itu agak kasar.
"Ehem!" Miyoung berdehem, kuat.
"Maaflah menganggu. Mr.Zhang, kapal kita dah nak bertolak. Mari saya iringi tuan ke atas?" celah Miyoung dalam bahasa cina dengan begitu fasih sekali. Mr.Zhang kelihatan terpegun mendengar intonasi suara gadis itu.
(bold+italic -chinese)
"You can speak Chinese?" soalnya.
"Yi dian dian( sedikit) ," jawab gadis itu. Mr. Zhang tertawa kecil.
Note : Aku hentam je google translate 😂
"I guess I don't need translator anymore. Shall we?" ujar Mr.Zhang sambil menunjuk kearah tangga untuk menaiki kapal persiaran tersebut. Miyoung tersenyum bangga.
Bahkan Jinwoo dan Doyoung memberikan thumbs up kepada Miyoung kerana berjaya menawan hati Mr.Zhang, klien yang paling susah untuk ditangkap.
"Hao," jawab Miyoung. Mereka naik keatas sambil berkenalan. Mr. Zhang merungut kepadanya kerana setiap kali berjumpa CEO syarikat SeaHarbor, iaitu syarikat Sehun sekarang, dia pasti perlu berbicara dalam bahasa inggeris.
Dahulu dia berurusan dengan Tuan Bae. Dia fikir, orang tua itu boleh berbahasa cina. Ternyata tidak. Itu yang membuatkan komunikasi mereka terjejas.
"Tuan Oh tak pun tak boleh cakap cina?" soal Miyoung.
"I don't know. Maybe he can, maybe he not," jawabnya.
Sehun mendengar dengan teliti perbualan antara Mr.Zhang dan Miyoung itu. Dia menaruh pandangan tajam kepada kliennya itu, takut kalau-kalau dia sedang menggoda Miyoung.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...