Sehun membancuh susu di malam hari sendirian di dalam gelap saat terdengar bunyi anaknya menangis kelaparan. Ya, Miyoung telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki sebulan yang lalu.Isterinya itu masih dalam tempoh berpantang. Sehun tidak mahu Miyoung terlalu stres jadi dia yang mengambil alih penjagaan baby terutama di malam hari.
"Iya, sekejap appa datang. Baby jangan lah nangis nanti omma bangun," ujar Sehun dalam keadaan mamai.
Dia mendukung anak lelakinya itu dan cuba meredakan tangisannya. Sehun mencuba susu buatannya itu untuk memeriksa samaada ianya terlebih panas atau tidak. Tak sedar, dia terminum susu tersebut sehingga hampir separuh botol.
Sehun tersendawa dan terkebil-kebil memandang anaknya yang kini sudah pun berhenti dari menangis. Ia menatap Sehun seolah-olah mengatakan, 'Seriously appa? Susu adik appa minum?'
"Hehe. Mian. Appa pun lapar," ujar Sehun. Anak kecil itu kembali menangis setelah Sehun bercakap. Sehun terus meng'shush'kan anaknya berkali-kali tapi tidak berjaya.
Saat itu, lampu bilik tidur bayi terbuka. Miyoung tercegat di tepi pintu sambil menatap Sehun, lama.
"Sayang ke hantu tu?" soal Sehun. Hampir-hampir sahaja dia menyerahkan anaknya sebagai ganti kepada hantu itu.
"Baby nangis ke? Kenapa tak kejut?" soal Miyoung, menghiraukan soalan Sehun tadi. Seraya itu, dia menuju kearah Sehun dan bersila di tepinya. Miyoung mengambil bayi tersebut dari tangan Sehun.
"Ayang tak nak ganggu sayang. Ayang boleh uruskan sendiri," ujar Sehun.
"Awak bagi susu formula ke? Mana boleh bagi lagi. Baby patutnya minum susu ibu kalau boleh sampai umur setahun lebih. Kenapa tak tanya dulu ni? Kan saya dah pam susu semalam. Ada dalam peti tu," bebel Miyoung. Dia bermain-main dulu dengan hidung anaknya yang kemek itu. Dah besar nanti mancung la tu.
"Ouh ye ke? Tak tahu lah pula," ujar Sehun dan kembali meneguk susu tadi. Miyoung terus merampas botol susu tersebut dari tangan Sehun.
"Awak minum susu baby?! Pukul tiga pagi macam ni?!"
"Shssh! Jangan kuat sangat. Anak dengar tu," kata Sehun.
"Yelah. Anak dengar, anak nampak. Tak senonoh punya bapak. Awak pergi tidurlah! Saya nak susukan baby kejap," arah Miyoung.
"Gwenchana. Saya tunggu," tolak Sehun. Dia duduk di sebelah Miyoung, menunggu wanita itu menidurkan semula anak mereka.
Miyoung tergeleng kecil. Dia menyusukan anak sulungnya sambil menepuk punggung bayi itu. Dia tersenyum melihat kecomelan anaknya bersama Sehun itu.
"Sayang mianhae. Appa minum susu anak omma ni. Nanti kita hukum dia eh?" bisik Miyoung kepada anak lelakinya itu. Entah faham atau tidak budak tu.
Miyoung merenung Sehun yang sudah pun tertidur di pahanya. Siap berdengkur lagi. Dia mengeluh perlahan. Kepala Sehun diusap perlahan.
"Terpaksalah berjaya sampai pagi.. Dari satu baby, tambah lagi satu baby nak kena jaga. Haih."
...
"Omo!! Kwiyowo!! Muka macam makcik dia!" jerit Irene, keriangan. Pipi anak Miyoung itu dicubit-cubit geram.
"Mana ada muka kau! Dia macam aku tau? Tengok dia punya kecomelan tu mengingatkan pada aku zaman aku kecil tau?" balas Seulgi. Keduanya bergaduh siapa yang lebih seiras dengan anak Miyoung sekarang.
"Kalau dia ada muka korang, memang kena lah Sehun aku kerjakan," balas Miyoung dengan wajah datar. Irene dan Seulgi tersenyum dengan wajah tidak bersalah.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...