Part 41

138 18 1
                                    

"Omma tak habis fikir lah. Kenapa baru sekarang nak cakap? Preparation macam mana? Berapa orang nak jemput? Buat dekat mana? Catering? Baju?" Puan Oh mulai membebel sebaik sahaja mendengar penjelasan Sehun dan Miyoung.

Seluruh keluarga Bae dan Oh memerhati Sehun dan Miyoung yang menayangkan wajah tidak bersalah. Irene terkejut sendiri sampaikan perlu menerima rawatan aiskrim strawberi bersalut emas.

"Omma faham! Darah muda ni semua nak cepat. Tapi ini bukan sekadar cepat, ini dah gelojoh! Mana omma sempat nak telefon berdozen-dozen kawan omma nak suruh balik Korea dan datang majlis kamu?! Ada yang duduk Antartika tahu?!Belum campur kawan-kawan appa kamu! Ini hah, kawan makcik dengan pakcik kamu?! Kawan Irene?!"

"Omma. Tak boleh ke kalau buat antara kita je?" pinta Sehun. Puan Oh ternganga. Tangannya dicekak ke pinggang.

"Amboi-amboi! Anak siapa kau ni?! Tak pernah dibuat orang anak orang Asia kahwin tak grand! Malu omma kalau kawan-kawan tak tengok pelamin anak omma macam mana. Ini Miyoung lagi. Ingat omma tak nak show off dia?! Cantik-cantik macam ni nak letak dalam peti kaca je?!" bebel Puan Oh.

Jiwa Asian's mom-nya tiba-tiba sahaja keluar sebaik sahaja mendengar perkataan perkahwinan. Padahal sebelum ini, dia tenang layaknya White mom.

'Eh tak perlu pun show off saya. Saya bukan barang auntie,' kata Miyoung dalam hati.

'Sibuk je nak show off bini aku' umpat Sehun dalam hati.

"Kamu dah beli ke barang persiapan?" tanya Tuan Bae kepada Sehun. Sehun mengangguk.

"Baju pengantin je yang ada," jawab lelaki itu.

"Yang lain-lain omma sebut tu, semua belum tempah. Kami ingatkan nak buat kecil-kecilan tapi masih lagi besar-besaran la. Cukuplah dekat dewan atau tepi pantai ke. Cuma ada kita semua je," sambungnya. Sehun menyatukan jarinya dengan Miyoung sambil tersenyum kearahnya.

"Kau ni nak kecik ke besar?"

"Kecik tapi besar."

"Eeii kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni Oh Sehun! Sabar jelah!" marah Puan Oh.

Irene berdecit. Nak berlagak romantik lah tu. Tunggu lah dia dengan Junmyeon nanti.

"Kalau itu yang mereka nak. Kita ikut kan jelah Suryeon," ujar Puan Bae. Puan Oh nampaknya tidak bersetuju. Dia baru nak berlagak ada anak yang dah kahwin.

"Aduh unnie. Kawan-kawan saya macam mana?" rengek Puan Oh. Puan Bae tergeleng-geleng kecil.

"Haah, auntie. Ikut jelah. Irene nak tengok diorang kissing je," celah Irene.

"Ish! Sibuk je urusan orang tua budak ni," bentak Puan Bae. Irene mendengus kasar. Dia bangun dan duduk diantara Sehun dan Miyoung.

Lantas lengan mereka berdua dipeluk. Irene merehatkan kepalanya pada bahu Sehun.

"Huaa.. Tak sangka abang aku yang satu ni nak kahwin dah. Lepastu kawan aku yang aku ingat akan membujang sampai aku ada cucu ni, rupa-rupanya dia yang kahwin dulu. Tahniahhhh.." ujar Irene. Dia mencium pipi Miyoung dengan bangga.

Keluarganya tersenyum melihat perlakuan manja Irene itu. Sehun menggosok perlahan kepala Irene. Kesian Irene, abangnya bakal dimiliki sepenuhnya oleh orang lain nanti.

"Saya dah agak sebenarnya Sehun dan Miyoung ni ada something. Kalau tidak takkan masa makan malam pun sampai berlaga kaki," ujar Puan Bae. Tuan dan Puan Oh menoleh serentak kearah Sehun dengan terkejut.

"Laga apa?"

"Ala macam tak biasa. Kita dulu pun macam tu masa muda. Gurau-gurau waktu makan," ujar Puan Bae lagi.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now