Awal pagi, Miyoung bangun untuk memulakan kerja sambilannya. Hari ini seperti biasa, dia akan mengedarkan surat khabar dan juga susu kepada rumah-rumah dikawasan perumahan.
Basikal milik tempat kerjanya diambil. Pada jam lima pagi sebegini, Miyoung mengayuh basikal dengan pantas tapi berhati-hati. Pukul enam nanti matahari akan naik. Dia perlu cepat dan tangkas.
Inilah kebiasaan hidupnya. Membuat kerja sambilan demi melangsungkan hidup. Miyoung melewati beberapa orang yang sedang berjogging dikawasan tersebut.
"Woi tepi!" jerit Miyoung kepada seseorang yang sedang berjogging dihadapannya. Hampir-hampir sahaja dia melanggar lelaki itu.
Tepat pada pukul lapan, dia bekerja pula di kafe ditengah pusat bandar. Orang Korea suka minum kopi dan kek pada waktu pagi begini.
Miyoung ada lesen barista. Dia ambilnya dua tahun lepas. Pelanggan-pelanggan pun suka dengan kopi buatannya. Tapi itulah, dia tak boleh jadi pekerja tetap.
Sebabnya, satu pekerjaan tak cukup untuk tanggung yuran universiti. Sekurang-kurangnya, empat kerja untuk bayar yuran. Tak campur lagi kalau dia jatuh sakit nanti. Dahlah hospital di Korea ni mahal meskipun dibawah kerajaan.
Miyoung bekerja keras sehinggalah waktu tengahari. Dia akan berehat setengah jam dan kembali bekerja di pusat mencuci kereta.
Selalunya, waktu makan tengahari begini orang suka datang basuh kereta. Lagi-lagi syarikat berjibun disini. Memang majulah kawasan tersebut dan lumayan gajinya.
Pada waktu petang, Miyoung akan bekerja disebuah kedai makan sehinggalah malam. Selalunya waktu senja, orang Korea akan datang untuk buat mukbang. Restoran tempat dia bekerja ini adalah salah satu yang paling terkenal dikunjungi ramai orang.
Irene dan Seulgi tahu akan kerjanya ini. Dia pernah dimarahi Irene kerana bagi gadis itu, tak patut Miyoung kerja sekuat ini. Kalau nak kerja, pergi cari kerja tetap terus.
Sementara tu, boleh guna duit dia. Tapi Miyoung tak nak. Dasar degil!
"Miyoung! Tolong hidangkan ni untuk mukbang Tzuyang tu ye?" pinta chef. Miyoung terus menjalankan kerjanya.
'Maaf Irene, hidup kita tak sama. Aku tak boleh berharap pada kau selamanya. Katakan suatu hari nanti kita bergaduh, aku tak yakin aku mampu ganti semua duit kau. Dan aku pun tak mahu menyusahkan kau,'
Miyoung bermonolog dalam hati. Biarlah dia bersusah-payah daripada hidup dalam alpa. Selagi dia boleh bekerja, dia buat. Selagi dia mampu, dia akan kuat.
...
"Macam mana? Oppa suka tak?" soal Irene kepada Sehun yang sedang membelek sesuatu pada tabletnya.
Sehun yang sedang sibuk dengan kerjanya sekarang diganggu dengan Irene. Gadis itu mencebik saat Sehun tak melayannya.
Buat apa balik Korea kalau otak masih duduk dekat UK? Baik tak payah balik terus. Ipad Sehun dirampas oleh Irene.
"Bae Irene.." panggil Sehun.
"Huppaaa.. Saeng tanya kan?" bentak Irene. Sehun menghela nafasnya.
"Iya oppa suka. Dah puas hati?" jawab Sehun.
Irene terus tersengih dan memulangkan semula ipad Sehun. Kemudian, dia kembali menonton kartun di televisyen. Lolipop dimakan dengan sedang hati.
Dia saja je nak curi perhatian abangnya yang satu ni. Kurang kasih sayang lah katakan.
"Haih kenapa si Miyoung ni tak jawab mesej dari tadi?" rungut Irene sambil menekan telefonnya.
Dari tadi, asyik Seulgi sahaja yang menjawab mesej didalam group whatsapp mereka. Sehun mengerling kearah Irene. Tertarik saat mendengar nama Miyoung disebut.
Dia ingat lagi bagaimana rupa sahabat Irene yang dikenalkan kepadanya semalam. Orangnya cantik, manis, pemalu dan-dah kenapa dia sedang menggambarkan ciri-ciri Miyoung ni?
"Kenapa ni Irene?" soal Puan Bae yang baru datang dari dapur. Dia membawa buah kiwi bersamanya untuk dimakan dengan Irene.
"Ni omma. Miyoung tak balas chat Irene. Geramnya!" jawab Irene.
Puan Bae menggosok kepala Irene sambil tersenyum.
"Hari ni kan hari jumaat. Miyoung kan kerja?" balasnya. Irene baru teringat sekarang.
Kenapalah dia lupa tadi. Patutlah Miyoung tak jawab panggilan sejak pagi.
"Dia kerja?" Sehun menyampuk.
"Haah. Budak tu sebaya Irene je tapi kerja lebih daripada anak omma yang satu ni tau? Rajin betul. Jarang nak jumpa budak macam tu. Perempuan lagi," jawab Puan Bae.
"Omma! Kenapa bela Miyoung pulak? Dia patutnya tak payah kerja dan terima je duit yang Irene nak bagi tu!" bentak Irene. Dia tak suka lihat kawannya menderita sebegitu.
"Kamu tak faham Irene. Miyoung bukan macam kita. Dia cuma tak nak susahkan kita je,"
"Apa yang tak macam kita? Irene dengan dia sama je lah!"
"Dari cara kamu bercakap pun omma dah tahu lain sangat," sindir Puan Bae.
"Apa yang lainnya?"
"Miyoung tu matang. Saeng ni tak cukup akal," celah Sehun. Irene ternganga.
Dia terus membaling bantal kearah Sehun yang sedang melarikan diri. Irene menjerit geram dek kerana kata-kata Sehun. Dia mula menangis lagi.
Kan dah cakap? Irene belum matang.
Bercakap pasal Miyoung, Sehun tertarik nak tahu dekat mana gadis itu bekerja. Dia terus menelefon seseorang sambil berjalan naik ke biliknya.
"Hello? Chanyeol? Boleh kau tolong carikan seseorang tak?"
to be continued
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
عاطفيةKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...