Part 18

215 25 6
                                    


"Okey, terima kasih Johnny. Aku rasa kita patut jumpa hujung minggu ni lah. Aku sibuk sikit," ujar Miyoung kepada Johnny, partnernya untuk assignment terbarunya- melalui telefon.

Johnny Suh adalah salah satu sahabat lelaki yang Miyoung miliki. Johnny berasal daripada Amerika dan merupakan playboy paling murahan yang pernah Miyoung jumpa. Disebalik sikap mudah perasan Johnny, lelaki itu sebenarnya agak tolol juga. Mungkin sebab itulah mereka berkawan. Johnny seorang yang mudah membuat orang disekelilingnya ketawa. Jadi, mereka akan mudah berasa selesa dengannya.

Gadis itu memandang kearah ruang tamu, dibawah sana. Puan Bae nak ajak dia untuk melihat koleksi cawannya. Jadi, dia tak boleh menolak. Dia dalam perjalanan nak mencari Puan Bae sekarang. Tapi sebelum itu, dia perlu mengambil barang-barang untuk membersihkan koleksi cawan tersebut terlebih dahulu.

"Arraseo. Kau pun jaga diri elok-elok. Nanti ramai perempuan tergoda kalau nampak muka kau disebalik mask tu. Lainlah kalau perempuan tu tak buta macam aku," kata Miyoung lagi sambil tergelak. Miyoung turun perlahan-lahan dari tangga. Johnny masih berada dihujung talian.

"Hoi! Mentang-mentang kau tu buta tak nampak yang aku ni hensem, suka-suki kau mengata aku eh?!" Johnny menjerit disebalik panggilan. Miyoung dah pun terkekek-kekek ketawa.

Saat itu, Sehun dalam perjalanan untuk ke biliknya. Miyoung menunduk hormat kepada Sehun dan kembali berbual dengan sahabatnya itu. Sehun berhenti daripada menapak, memerhati Miyoung yang nampaknya begitu rancak berbicara dengan lelaki lain.

"Michin namja.." gumam Miyoung kepada Johnny.

Tahu kata-kata Miyoung bukan ditujukan kepadanya, tetapi Sehun tetap cemburu. Dia mengekori Miyoung dengan senyap, cuba untuk mendengar perbualan tersebut.

"Eh mestilah! Aku pun sayang kau. Aku boleh mati kalau tak nampak kau sehari. Aku kan budak angau," Miyoung menyindir. Dia masuk ke dalam bilik stor untuk mengambil barang-barang membersihkan cawan antik.

Tak semena-mena, pintu stor ditutup oleh Sehun dan terus dikunci. Miyoung melatah dan secara tak sengaja menamatkan panggilan bersama Johnny.

"Omona! Sehun?" jerit Miyoung. Sehun bercekak pinggang.

"Siapa tu?"

"Kau peduli apa?"

"Peduli lah! Dengan aku kau tak senyum-senyum ketawa-ketawa macam tu. Dengan dia kau siap sayang-sayang lagi. Apa tu?"

Sehun cuba untuk merampas telefon tersebut namun Miyoung cepat-cepat menyimpannya ke dalam baju dalamnya.

"Ha. Cuba lah ambil kalau berani!" Cabarnya.

"Kau ni kan. Nasib baik aku waras lagi!"

"Werk. Sibuk hal orang. Jaga tepi kain sendiri please," balas Miyoung. Dia cuba untuk keluar namun Sehun tak membenarkannya. Sehun mendepakan tangannya.

"Tak boleh-"

Pintu stor dibuka dari luar. Sehun dengan pantas menolak Miyoung rapat ke dinding agar tidak tertangkap. Mereka berdua sama-sama terkejut.

Mata Miyoung memandang kearah siluet yang sedang memasuki bilik stor yang sempit itu.

Puan Bae!

"Haih. Manalah aku letak berus ni? Miyoung pun satu. Mana lah budak tu pergi. Irene pun tak ada ni nak teman. Haish!" rungutnya.

Kedua Sehun dan Miyoung tak dapat bergerak. Mereka sanggup menahan nafas agar tidak tertangkap. Seketika, Puan Bae terus keluar, sudah berputus asa.

Sehun dan Miyoung masih kekal dalam posisi mereka. Keduanya masing-masing dapat mendengar bunyi deruan nafas satu sama lain.

Sehun mendekatkan bibirnya kepada Miyoung, membuatkan gadis itu memejamkan matanya. Mereka hampir-hampir sahaja berciuman. Malangnya, ianya terhalang dengan bunyi ringtone dari telefon Miyoung. Terus mereka menjauh antara satu sama lain.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now