Part 29

193 19 2
                                    

Sistur is bosan so sistur update

Seluruh keluarga Bae dan anak-anak syarikat telah pun berada dipantai. Mereka sedang menunggu Tuan Bae untuk bersiap-siap dan menyertai acara sukaneka.

Irene dan Seulgi datang menyapa Miyoung yang tiba dengan Sehun tadi. Dah pandai bertolak secara berasingan sekarang ni nampaknya. Kedua gadis itu menayangkan wajah mengusik.

"Siapa eh haritu kata lagi rela hidup bujang daripada kahwin dengan Irene punya abang sepupu?" soal Seulgi sambil menilik Miyoung.

"Siapa jugak haritu yang menidakkan bercinta dengan Steven oppa eh?" sambung Irene pula. Miyoung menatap mereka dengan wajah datar.

"Jeng jeng jeng! Kim Miyoung!!" Teriak Irene dan Seulgi serentak menggunakan speaker. Mereka mulai menjerit bahagia sambil memeluk Miyoung.

Nampaknya, seorang lagi sahabat mereka berjaya mendapatkan pasangan hidup. Irene lah yang paling gembira kerana dia yang melebih-lebih dalam membayangkan bibit-bibit percintaan antara Sehun dan Miyoung.

Mereka mencium pipi Miyoung serentak kerana terlalu bangga. Miyoung tak akan mati bujang nampaknya.

"Weh janganlah kecoh. Kalau orang dengar?"

"Tak ada orang kisah! Diorang pun dah biasa dengan kita punya kecoh! Kan?!"

"Ya, Cik Irene!" jawab pekerja-pekerja syarikat Tuan Bae serentak dan semua yang menjawab adalah lelaki. Irene tergelak.

"Suka la malukan aku," rungut Miyoung.

"Puih! Yang kau dengan Sehun hampir snogging tak malu pulak? Sejak bila kau liar ni?" balas Seulgi. Miyoung terus menutup mulut sahabatnya itu dan mengarahkan dia untuk diam.

"Alamak! Alert! Alert! Kim Miyoung malu mood on! Beri perhatian—"

"Bae Irene! Tutup speaker tu sebelum aku bagitahu Junmyeon yang kau masih chatting dengan budak mat saleh tu walaupun dia dah larang!" Jerit Miyoung menggunakan speaker Seulgi. Para lelaki tergamam dan overreacted.

Junmyeon yang sedang menikmati makanannya tersedak lagi.

"Kim Miyoung kenapa kau bocorkan rahsia aku?! Kita kan dah janji!" Jerit Irene pada speakernya juga.

"Bae Irene!" Junmyeon terus datang untuk mendapatkan Irene. Dengan pantas, Irene melarikan diri sebelum dihukum lagi.

"Appa! Omma! Tengok Junmyeon nak cubit Irene!" tempik gadis itu.

Miyoung leka ketawa sehinggalah Sehun datang memeluknya dari belakang. Lelaki itu menghadiahkan ciuman pada pipinya.

"Yah Oh Sehun.. Jangan dekat sini lah!" Larang Miyoung.

"Haah. Tak nampak ke aku tengah tengok? Gross!" Rungut Seulgi sambil menggulingkan bebola matanya. Dia mencebik.

Mentang-mentang dah official, suka pula cium-cium secara terang-terangan.

"Pergilah cari Jongin. Dia tengah tolong susun jet ski," arah Sehun. Mata Seulgi kembali bersinar mendengar nama Jongin. Matanya melilau mencari sahabat Sehun itu.

"Thanks Sehun. Jagakan Miyoung sekejap eh? Selama-lamanya pun boleh!" ujar Seulgi dan terus berlari pergi.

Wajah Miyoung merah seperti tomato lagi. Sehun mencubit pipi Miyoung. Geram dengan girlfriend sendiri.

"Pipi ni kawal sikit boleh tak? Geram nak makan!" ujar Sehun sambil mencekup wajah Miyoung dan menyondol pipi gadis itu dengan geram. Dah macam bayi pun ada.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now