Part 45

139 17 8
                                    

Chanyeol duduk di hadapan komputer sambil memandang gambar dirinya bersama Miyoung suatu ketika dulu. Dia tersenyum seperti seorang psiko, melihat bagaimana cerianya Miyoung saat bersamanya dulu.

Dalam salah satu gambar, Miyoung mencium pipi Chanyeol. Lelaki itu menyentuh pipinya, cuba untuk mengingat semula kenangan tersebut. Chanyeol bagaikan orang gila yang tak mampu move on dari kekasih lamanya sekarang.

Bahkan di sekitar biliknya, penuh dengan gambar-gambar Miyoung. Tak kira baru atau lama. Semuanya dia tampalkan di dinding.

"Sepatutnya aku yang berada dekat tempat dia. Kenapa kau tinggalkan aku Miyoung.."

Wajah Sehun dicoret-coret dengan pen merah sehingga hancur. Chanyeol obses.

Dia dahulu bekerja dalam bahagian IT di syarikat dan hanya melibatkan diri di bahagian tabir. Jadi, kurang orang mengenalinya.

Disebabkan dia tahu Miyoung bekerja di Seaharbor, Chanyeol memohon untuk menukar jabatan dan Sehun merestuinya. Dengan alasan, dia ingin mencari pengalaman baru.

Taktiknya berjaya.

Chanyeol tergelak jahat. Fikirannya mulai melayang jauh.

Flashback

Hari pertama bertemu.

Miyoung tatkala itu sedang membantu beberapa kanak-kanak membuat kerja rumah mereka di ruangan luas di hadapan kompleks. Selalunya, memang Miyoung yang mengajar mereka sekiranya Siwon oppa tiada.

Gadis itu sering menghabiskan masa bersama kanak-kanak atau pergi memancing bersama rakan-rakan seusianya di dalam rumah anak yatim itu. Kebanyakkannya pastilah lelaki. Yang perempuan lebih gemar memasak atau melukis.

"Unnie! Si Ah tak tahu nak jawab macam mana soalan ni!" laung Si Ah, salah satu anak kecil di sana.

"Si Ah. Jangan jerit. Unnie tak pekak," ujar Miyoung. Si Ah ketawa. Miyoung mengambil buku anak kecil itu lantas memberi tunjuk ajar.

Saat itu, Siwon keluar dari pejabatnya. Dia menuju ke depan tempat mereka sedang berada. Sebuah kenderaan masuk bersama dengan orang asing. Miyoung mengarahkan yang lain supaya meneruskan pembelajaran mereka sementara dia mendekati Siwon untuk bertanya.

"Siapa tu oppa?" soal Miyoung, risau. Dia takut kalau itu pengutip hutang.

"Penghuni baru. Mereka nak menyewa dekat sini," jelas Siwon. Miyoung mengangguk faham.

Dua orang lelaki keluar dari lori. Seorang mempunyai mata seperti burung hantu sementara seorang lagi setinggi menara pencakar langit.

Salah satunya datang menyapa Siwon. Lelaki bermata burung hantu itu nampaknya mengenali Siwon memandangkan mereka bercakap seperti rakan yang sudah lama tidak bertemu. Sementara yang seorang lagi sedang mengeluarkan papan luncurnya dari tempat duduk lantas mendekati mereka.

Saat dia menangkap pandangan mata Miyoung, langkahnya terhenti. Miyoung juga nampaknya seperti ditambat oleh sesuatu. Jantungnya berdegup kencang.

"Miyoung? Miyoung? Haih, mengelamun pulak dia," panggil Siwon. Lelaki itu menjentik jarinya di hadapan wajah Miyoung untuk menyedarkannya.

"Hah? Apa tadi?"

"Budak ni. Ini Kyungsoo. Penghuni baru kompleks ni. Dia akan duduk selang dua rumah je dari kamu," jelas Siwon. Miyoung terus memandang kearah Kyungsoo lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Annyeong. Kim Miyoung imnida," perkenal gadis itu.

"Eung. Do Kyungsoo," balasnya. "Yang itu, Chanyeol. Park Chanyeol."

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now