Sejak kejadian didalam kereta tempoh hari, Sehun dan Miyoung seperti orang yang tiada hala tuju. Mereka saling bertembung didalam rumah namun tidak menyapa satu sama lain.Mereka sampaikan terpaksa berpatah balik dari arah mereka datang kerana terlalu bingung. Mereka seperti malu untuk berhadapan antara satu sama lain.
Hari ini, Miyoung, Irene dan Seulgi akan keluar bersama lagi. Selalunya, ini yang mereka lakukan setelah penat belajar. Sedar tidak sedar, mereka hampir menamatkan semester terakhir. Masa berlalu dengan begitu pantas sampaikan mereka sendiri tidak sedar akan hal itu.
Mereka singgah disebuah restoran sushi terkenal dipusat membeli-belah terkenal di Seoul. Ketiga-tiga gadis itu menikmati masa mereka bersama sambil bergosip.
"Junmyeon ajak aku bertunang nanti," kata Irene sambil memakan salah satu sushi salmonnya.
Miyoung dan Seulgi yang ketika itu sedang memakan wasabi terus tersedak kuat. Mereka menepuk-nepuk meja meminta air kerana kepedasan wasabi tersebut telah membakar tengkuk. Rasa macam dejavu pula dengan keadaan sekarang.
"Ini-ini! Kenapa korang berdua ni? Terkejut sangat ke?" soal Irene sambil menghulurkan air. Mereka berdua tercungap-cungap.
"Mestilah! Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba nak melamar kau. Ke ada apa-apa ni?" soal Seulgi pula.
"Haah. Junmyeon nak pergi mana cepat sangat nak kahwin?" soal Miyoung. Irene mengeluh perlahan. Sahabat-sahabatnya itu dipandang.
"Kahwin awal pun salah ke? Tak semua orang kahwin awal ni akan cepat cerai lah. Korang janganlah cepat sangat menghukum," balas Irene. Miyoung dan Seulgi memandang satu sama lain.
"Bukan itu yang kitorang risaukan. Tapi kahwin ni bukan benda mudah, Irene. Lagipun, nanti kau mesti tak boleh keluar selalu dengan kitorang sebab kau dah ada Junmyeon," jawab Seulgi pula. Dia menunduk ke bawah sambil menayangkan wajah sedih.
"Sekarang pun aku ada dia. Ada nampak dia halang aku dari jumpa korang?"
Miyoung dan Seulgi menggeleng.
"Dahtu?"
"Mana tahu dia berubah lepas kahwin? Kut lah cemburu buta?" duga Seulgi.
"Korang ni mengada-ngada lah. Itu baru rancang. Kita tak tahu lagi besok lusa macam mana. Aku cuma cakap je. Korang janganlah doa pelik-pelik."
"Kitorang tak pernah doa pelik-pelik. Kalau boleh, nak yang terbaik untuk kau. Kalau kau rasa Junmyeon lah orangnya, kitorang akan sokong," ujar Miyoung seraya memegang tangan Irene. Seulgi pun turut sama memegang sebelah lagi tangan Irene.
"Urm. Korang lah satu-satunya kawan paling baik yang pernah aku ada," kata Irene. Mereka terus membuat bunyi yang biasanya para perempuan buat saat mereka terharu dan terus memeluk satu sama lain.
"Dahlah. Geli aku peluk lama-lama ni," ujar Miyoung, merosakkan suasana. Irene dan Seulgi terus menjentik dahi Miyoung, geram.
"Ouh ya, korang bila nak ada boyfriend? Aku tak nak la bila kita tak keluar macam ni, korang bosan dekat rumah," tanya Irene. Seulgi tergelak mendengar pertanyaan Irene itu. Terus dia menyumbat makanan sebanyak mungkin ke dalam mulutnya.
"Perempuan banyak makan macam ni, kau ingat siapa nak?" soal Seulgi.
"Kau ni.. Kalau dia sayang, kau kentut masa dia makan pun dia terima lah," jawab Irene.
"Yelah tu. Kentut aku bau tau? Entah-entah pengsan mamat tu."
Mereka bertiga terus ketawa.
"Haah aku setuju sangat Seul. Tak senonoh."
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...