Miyoung datang ke universiti dengan wajah pucat. Semalam, dia menghalau Sehun pergi sehingga merosakkan barang-barang didalam rumah. Dia menangis tak henti-henti sehingga matanya bengkak. Harini, dia bangun begitu lewat sekali.Miyoung duduk diatas kerusi tanpa menyapa Irene dan Seulgi yang sedang menikmati sarapan mereka. Mereka sedang melepak diluar kafe sekarang. Irene dan Seulgi memandang satu sama lain.
Miyoung membuka buku dan cuba untuk menulis namun tangannya terasa lemah. Seulgi mengalih buku Miyoung dan duduk disebelah gadis itu. Makanannya dihulur.
"Ambil ni makan dulu," Seulgi menawarkan kimbapnya kepada Miyoung.
"Minum susu strawberi aku ni," tawar Irene pula.
Mereka bingung melihat keadaan Miyoung sekarang. Miyoung nampak penat sekarang.
"Kau kerja lewat malam lagi ke? Kan aku dah kata jangan kerja kuat sangat!" Irene tiba-tiba memarahi Miyoung yang sedang mengunyah makanan.
Dia tak ada tenaga. Air susu strawberi dihulurkan oleh Seulgi untuk membantu Miyoung mengunyah. Jeritan Irene pula membuatkan kepala Miyoung berdenyut sakit.
"Kan dah jadi macam ni! Ni tak cukup tidur lah ni!"
Miyoung berhenti mengunyah. Dia nak marah Irene tapi tak mampu. Dia rasa mual sekarang. Miyoung terus menolak makanan Seulgi dan Irene jauh darinya.
Kemudian, dia memusingkan tubuhnya dan memuntahkan isi perutnya. Miyoung rasa perit pada tekaknya.
Seulgi menumbuk-numbuk belakang Miyoung untuk membantu Miyoung muntah dengan lebih baik. Irene yang membebel tadi terus diam.
Tiba-tiba, Miyoung rasa tak bermaya. Dia hampir-hampir sahaja jatuh keatas muntahnya sendiri. Nasib baik Seulgi sempat menahannya. Kedua gadis itu cemas.
"Miyoung! Kenapa pengsan?! Irene panggil ambulans!" arah Seulgi, cemas.
Irene dengan kalutnya mencapai telefonnya dan menghubungi seseorang.
"STEVEN OPPA!!!"
...
Sehun memecut masuk ke dalam Universiti Seoul dengan cemas. Dia berlari mencari Irene melalui jejak GPS pada telefonnya.
"Steven oppa!!" jerit Irene.
Sehun bergegas datang mendapatkan Miyoung yang berada dengan Seulgi itu. Dia mendukung Miyoung dan terus membawanya ke kereta.
"Oppa Miyoung sakit.." Adu Irene yang sedang menangis. Irene dan Seulgi duduk dibahagian belakang kereta.
Mereka membawa Miyoung ke hospital dengan segera. Sampai disana, Miyoung terus diperiksa oleh doktor.
Tak lama selepas itu, gadis itu dipindahkan ke wad biasa. Irene dan Seulgi berdiri disebelah katil Miyoung.
"Dia gastrik je ni," kata doktor dengan tenang.
"Takkan gastrik je? Sampai boleh pengsan ni?" Irene tak berpuas hati. Kot ye pun bagilah sakit yang lagi teruk ke?
Eh kawan macam apa ni?
"Perut dia kosong dari semalam. Memamglah boleh pengsan sebab tak ada tenaga. Dan Cik Miyoung nampaknya sedang stres akan sesuatu. Lepas dia bangun, bagi dia makan ye? Tolong jangan bagi dia lebih tertekan buat sementara waktu."
Doktor terus pergi selepas memeriksa Miyoung. Kedua gadis itu menarik nafas lega. Ingatkan ada berlaku perkara teruk pada Miyoung.
Sehun masuk mendekat dan berdiri dihujung katil selepas bercakap dengan doktor tadi.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...