Tengah malam, seperti yang dijangka, Miyoung terbangun saat perutnya berkeroncong kuat kerana lapar. Irene sudah pun berada disebelahnya, tidur dengan nyenyak.Miyoung turun ke bawah untuk mencari makanan seperti pencuri. Bukan perkara aneh pun untuk dia meronda-ronda didalam rumah Irene pada waktu malam seperti ini. Tekaan Tuan Bae benar. Miyoung memang tak asing lagi dengan istana ini.
Sebaik sahaja sampai didapur, Miyoung terus menuju ke peti sejuk. Dia mengambil air tanpa berasa curiga langsung dengan keadaan dapur yang cerah itu.
Sebaik sahaja dia menoleh, Miyoung terkejut saat melihat Sehun sedang menuju kearahnya dalam pakaian tidur satinnya. Badan tegap Sehun terbentuk disebabkan kain baju tidurnya itu. Tak dinafikan, lelaki itu memang menawan. Sehun nampak selamba sahaja seperti tiada apa yang berlaku. Bahkan, dia sedang mengambil air dari dalam peti sejuk disebelah Miyoung tanpa menegurnya, seperti orang asing. Mereka terlalu dekat sehinggalah Miyoung sendiri dapat menghidu bau minyak wangi Sehun.
Bauan kacak.
Sehun duduk berdekatan kaunter dapur, berhadapan dengan Miyoung sekarang. Miyoung mulai menunduk kerana gementar. Baru dia mahu bersuara, Puan Bae terus menegurnya.
"Miyoung duduk la sini sementara, temankan Irene. Auntie tak kisah," ujar Puan Bae kepada Miyoung. Miyoung menoleh kearah lain.
Kelihatan ibu dan ayah Irene disana. Nampaknya, mereka memang sedang menunggu dia. Kening Miyoung hampir bertaut.
"Haah. Uncle pun setuju. Ini untuk keselamatan kamu juga," sambung Tuan Bae. Keselamatan?
Sah! Memang Irene dah bocorkan rahsia dia. Hish, budak bertuah! Miyoung memandang pula kearah Sehun yang masih tidak membuat sebarang eye contact dengannya. Sehun memang tak rasa bersalah atau apa?
Miyoung tersenyum kemudian menggeleng kecil. Dia cuba berkelakuan normal.
"Miyoung jangan risau. Kami dah tahu apa yang terjadi. Irene dah cerita tadi."
"Tak apa. Miyoung selamat dekat rumah. Miyoung tak nak susahkan uncle dengan auntie," balas Miyoung. Selamat sangat sampai hilang rumah. Puan Bae datang dan meraih tangan Miyoung.
"Kami mengalu-alukan kedatangan kamu. Duduklah sekejap je. Lepas kami yakin kamu selamat, kamu boleh kembali ke rumah. Kamu pun dah macam anak kami sendiri, Miyoung," rayu Puan Bae. Mata Miyoung berair sekarang.
Dia serba-salah lagi. Namun, pujuk rayu Puan Bae membuatkan dia tidak dapat menolak. Perlahan-lahan Miyoung mengangguk. Badannya dipeluk oleh Puan Bae.
"Bagus. Sekarang kamu duduk dulu. Biar auntie sediakan makanan,"
"Eh tak apa auntie Miyoung tak lapar—"
Sebaliknya, perut Miyoung menentang mentah-mentah penolakan gadis itu. Ketiga-tiga manusia didalam dapur itu tertawa. Miyoung memandang sekilas kearah Sehun yang tampak comel sekali ketika ketawa. Aish Miyoung! Kembali ke realiti! Tapi memang Sehun nampak comel sangat pun sekarang. Bila dia ketawa atau tersenyum, matanya akan menyepet dan membentuk seperti mini bulan sabit.
"Sit down, Miyoung. Auntie pasti sangat kamu tak lapar," sindir wanita itu. Miyoung menunduk malu sekarang.
Tak lama itu, sedang dia menghabiskan makanan, Tuan dan Puan Bae bangun untuk naik ke bilik.
"Kamu jangan risau. Sehun akan jaga kamu. Kalau nak apa-apa, minta je pada dia," kata Puan Bae seraya menghilang dari pandangan bersama suaminya.
Tinggal lah dia bersama Sehun sekarang. Miyoung terus bangun membawa pinggannya ke sinki untuk dibasuh.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...