Sehun dan Miyoung memutuskan untuk berpesta di sebuah kelab malam. Memandangkan tak lama lagi mereka berdua bakal menjelajah dunia, risau pula tak dapat berjumpa rakan-rakan yang lain selalu.
Sampai di kelab tersebut, mereka di sapa oleh pemiliknya, Bos Kyungho. Pembantunya, juga bernama Sooyoung namun lebih kurus dan tinggi turut ada bersamanya. Mereka berjabat tangan dan berbicara sebentar, mengalu-alukan kedatangan Sehun dan Miyoung.
Sehun lah yang paling talkative sekali sementara Miyoung sekadar memerhati. Kelab ini terlalu mewah dan nampak gah sekali. Bahkan ada jazuki di dalamnya.
Miyoung ternampak Taeyeon dan Baekhyun yang sedang memasuki kelab. Gadis itu mencium pipi Baekhyun sekilas kemudian berpisah. Baekhyun sekarang menuju kearah mereka.
Kerana tak mahu berdiri lama-lama di sini, Miyoung memutuskan untuk pergi menemani Taeyeon."Sayang, nak pergi jumpa Taeyeon sekejap," pinta Miyoung.
"Taeyeon ada? Ouh, patutlah." Sehun tak jadi bertanya lebih setelah melihat Baekhyun. Dia memberi kebenaran dan sempat mencium dahi Miyoung sebelum gadis itu pergi.
Miyoung melepasi beberapa ruangan sehinggalah menemui bilik yang dipenuhi ramai orang. Di dalamnya, mungkin gadis-gadis yang bekerja di sana sedang bersiap-siap untuk malam ini. Dia mendekati Taeyeon yang sedang memakai gaun bling-blingnya.
"Taeyeon-ah!" panggil Miyoung, gembira. Dia berlari kearah Taeyeon dan merangkul lengan gadis itu.
"Hai, Miyoung! Buat apa dalam ni? Kitorang tengah bersiap ni. Nanti diorang tersilap tarik kau sekali, tak pasal-pasal kau kena pole dance tau?" ujar Taeyeon, sekadar bergurau.
Mata Miyoung terbeliak. Janganlah sampai jadi begitu. Mahu sakit jantung Sehun nanti.
"Eh janganlah. Mati katak suami aku nanti tak tahan dengan keseksian aku," balas Miyoung. Taeyeon ketawa.
"Kau macam dah biasa je tempat ni Taeyeon?" soal Miyoung. Taeyeon tenang sahaja membuka laci-laci untuk mengambil barang tanpa perlu mencari, seolah-olah dia tahu semuanya berada di tempatnya.
"Mestilah. Ini tempat kerja aku dulu sebelum jumpa Baekhyun," jawab Taeyeon. Tempat ini meninggalkan nostalgia kepadanya.
"Jinjja? Wow.." Miyoung berasa kagum. Sementara Taeyeon, hidungnya kempas-kempis, bangga.
"Pergi lah dulu. Sehun mesti tengah tunggu tu. Ajak lah dia menari. Sebelum tu, kitorang nak bersiap dulu," arah Taeyeon. Miyoung mengangguk faham. Dia meninggalkan Taeyeon dan pergi mencari Sehun.
Suaminya sedang berbual bersama Baekhyun pula. Miyoung melambai-lambai kearah Sehun seraya menuju kearahnya. Dia mengikuti Sehun mendengar cerita Baekhyun meskipun dia sebenarnya tidak tertarik langsung. Yelah, Baekhyun berbual pasal bola je. Dia mana minat semua tu.
Tak lama kemudian, perhatian mereka teralih saat Taeyeon datang. Mereka duduk di salah satu tempat duduk dan ketiga-tiganya mulai menikmati persembahan Taeyeon yang disertakan muzik rancak itu.
Baekhyun menjerit keriangan. Dia bersorak seperti seorang fanboy. Mereka diberikan alkohol oleh para pekerja untuk meraikan hari tersebut. Miyoung memandang Sehun sambil membuat wajah pelik kerana kerenah Baekhyun itu. Tawa mereka terus terhambur kuat.
Miyoung dan Sehun melayan satu sama lain di sana sebelum diganggu dengan kehadiran para lalat.
Irene, Seulgi, Junmyeon dan Jongin yang baru sahaja tiba di sana. Mereka menarik Miyoung supaya berhenti berciuman dengan Sehun dan membawanya ke lantai tari.Sehun sampaikan hampir mahu terjatuh kerana tak mahu melepaskan isterinya
Gadis-gadis itu menari dengan rancak di sana sehingga melupakan hal dunia. Alkohol yang diminum membuat mereka hilang kawalan. Tambah-tambah lagi lagu yang sedang dimainkan oleh DJ pula merangsang mereka untuk berpesta.

YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
عاطفيةKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...