Part 34

156 19 9
                                    


Masa berlalu dengan pantas seperti halilintar. Sudah hampir masuk sebulan Miyoung bekerja disyarikat milik keluarga Bae itu.

Miyoung turun daripada bas setelah sejam lamanya terperap didalam sana. Kesesakan lalu lintas di Seoul makin menjadi-jadi. Gadis itu juga berkeras ingin datang sendiri kerana tak mahu mengumpul gosip dengan Sehun. Nanti dia tak selesa pula nak bekerja. Sehun merayu dengan memberi alasan risau terjadi apa-apa pun, Miyoung buat tak peduli. Bukannya dia tak boleh jaga diri sendiri.

Miyoung meregangkan tubuhnya kerana tidak sempat untuk duduk tadi. Sempat dia memerhati sekeliling sambil membuat larian setempat. Saat itu, dia terpandang Taeyeon yang sedang keluar dari sebuah kereta Audi mewah.

Miyoung kagum sebenarnya pada Taeyeon. Gadis itu memang pintar walaupun mulut tak ada insurans dan perangai tak semengah. Dia tertanya-tanya juga siapalah yang bertuah untuk memiliki Taeyeon nanti.

Satu lagi hal yang dia perasan, Taeyeon sentiasa memakai pakaian mahal dan semestinya limited edition pada tubuhnya. Bukannya Miyoung ragu dengan gaji yang didapatkan oleh Taeyeon, cuma harga setiap pakaian itu bahkan berlipat kali ganda daripada gaji dia dan Taeyeon kalau dikumpulkan.

Miyoung kembali teringat tentang hal yang sudah lama dia lupakan. Hal yang mungkin boleh membangkitkan permasalahan antara dia dan Sehun semula.

Sugar Daddy.

Gadis itu mendekati Taeyeon dan masuk ke dalam lif bersama-sama. Dia menyapa Taeyeon yang sedang mengenakan lipstick itu. Miyoung bukan nak menyibuk, tapi dia memang nampak jelas kesan lovebite saat Taeyeon menurunkan baju turtlenecknya sebentar untuk mengeluarkan rantai dari dalam baju.

"Seorang ke?" soal Taeyeon. Miyoung mengangguk.

"Irene selalu datang dengan driver dia. Seulgi pulak abang dia yang hantarkan," jelas Miyoung. Taeyeon mengangguk faham. Dia nampaknya tak ada rancangan untuk meneruskan perbualan. Sekadar ingin berbasa-basi.

"Boyfriend eh?" Miyoung terlepas. Dia terus memukul mulutnya.

"Huh? Ouh, yang tadi ke? Bimil(secret)," jawab Taeyeon sambil tersenyum-senyum penuh makna.

Sampai di pejabat, dia ternampak Irene dan Seulgi yang sudah pun berada disana. Irene sedang menikmati ramen pada awal pagi. Itu membuatkan Miyoung risau. Jarang sekali sahabatnya itu nak menikmati ramen murah. Paling-paling dia beli ramen dari restoran jepun.

Seulgi pula sedang menjeling kearah Irene kerana bunyi yang dikeluarkan oleh Irene saat makan. Dia menyampah. Junmyeon lah ni yang tiba-tiba ajar Irene cara-cara untuk merendah diri. Sudahnya Irene terpengaruh.

Seulgi melambai kearah Miyoung ketika menyedari kehadiran sahabatnya kemudian kembali mengkritik Irene. Miyoung menghela nafasnya. Malaslah dia nak melayan Irene dan Seulgi.

"Baru masuk dah mengeluh. Sehun tak bagi kasih sayang ke?" Soal Jongin kepada Miyoung sambil tersenyum manis.

Miyoung terperanjat. Apa ni tiba-tiba datang berbisik dekat telinga teman wanita orang?

"Yah! Cakap slow sikit! Nanti orang dengar!" Balas Miyoung, cemas.

"Ouh macam ni eh? Se-Hun tak ba—gi ka—sih sa—yang ke?" Alih-alih bercakap dengan suara yang perlahan, Jongin melambatkan percakapannya pula. Miyoung mengepal penumbuknya, geram. Kalau boleh dia nak sangat cekik Jongin sekarang.

"Woah. Garangnya, Puan Oh Miyoung. Ke Cik? Apa-apa jelah. Tapi jaga-jaga. Nanti Sehun terkam," Jongin mengusik.

Miyoung terus menekup mulut Jongin sambil memandang sekelilingnya. Bengang dengan usikan Jongin, dia terus pergi ke mejanya. Jongin ketawa. Patutlah Sehun sayang sangat. Miyoung memang comel.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now