Hari ini, cuma majlis bersama keluarga Bae sahaja yang akan diadakan. Majlis bersama anak syarikat pula akan diadakan nanti di pantai persendirian keluarga Bae yang ke-dua, iaitu tempat yang dilawati mereka tempoh hari. Katanya, tema disana dah ditukar kepada tema bebas dan bukannya majlis formal. Jadi, mereka hanya akan bermain permainan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan syarikat Bae.
Seluruh keluarga Bae sudah pun bersiap-siap dengan pakaian mewah mereka dan berkumpul untuk mengambil gambar sesama mereka.
Irene sedang mengambil gambar bersama dengan Junmyeon sebagai jurugambarnya. Gadis itu tak habis-habis berposing seperti model semata-mata untuk instagram. Nasib baiklah cantik.
Seulgi pula sedang menikmati kecantikan para keluarga Bae. Saat mereka memakai gaun dan tuksedo. Satu pemandangan yang luar biasa. Seulgi pun tak kalah cantiknya sehingga membuat beberapa ahli keluarga Bae ingin bergambar dengannya.
Tak lama selepas itu, Miyoung keluar juga dari biliknya. Gadis itu nampak anggun sekali memakai gaun Prada yang dibeli oleh Sehun. Dia tersenyum bak bidadari saat ditatap oleh seluruh keluarga Bae. Rahang mereka hampir terjatuh. Seolah-olah ada cahaya dan sayap yang keluar dari belakang Miyoung sehingga menyilaukan mata mereka. Lagi-lagi Eunwoo yang sudah terlanjur mencintai.
"Neo yeppeuda!" Nyanyi Haechan, Jaemin dan Mark secara serentak. Miyoung ketawa.
Dia menyinsing rambutnya ke belakang sehingga menampakkan collarbonenya yang seksi itu. Miyoung mendekati Irene dan Seulgi.
"Omo. Kim Miyoung. Betul ke ni kau?" soal Seulgi, kagum. Miyoung menjadi malu-malu.
"Yah Kang Seulgi. Mestilah ni Kim Miyoung. Kawan baik aku sentiasa cantik tau? Cuma malam ni extra cantik pula dia," puji Irene. Dia merangkul lengan Miyoung.
"Biasa-biasa je," celah Miyoung. Seulgi dan Irene berdecit.
"Kau sebenarnya suka kan kena puji?"
"Eh mestilah. Kau ingat aku ayu dan pemalu sangat? Cepat puji lagi!"
"Dasar munafake."
Ketiga-tiganya menghambur tawa gedik.
Mereka sama-sama keluar dari rumah menuju ke tepi kolam. Disitulah majlis akan diadakan. Tuan Bae dan Puan Bae sudah pun berada disana. Mereka berdiri di meja yang sudah disediakan sambil menikmati wain yang dihidangkan.Tuan Bae memberi ucapan pembukaan kepada seluruh keluarganya itu. Mereka mendengar dengan penuh khusyuk. Sesekali Miyoung mencari keberadaan Sehun. Tetapi lelaki itu tiada disana. Batang hidung pun tak nampak. Miyoung kembali memandang ke hadapan dengan kecewa.
Mereka disajikan dengan hiburan daripada ahli keluarga Bae. Ada yang membuat pertunjukkan magik yang tak menjadi, stand up comedy, lakonan cringe, menari dan juga menyanyi. Nampak teruk sangat bila orang yang kacak dan cantik dalam keluarga ini sebenarnya sedikit gila-gila. Miyoung sampai tak cukup nafas kerana ketawa saat melihat Eunwoo yang sanggup memakai pakaian wanita demi mendalami wataknya sebagai Rose, Titanic.
Perutnya semakin sakit saat melihat Eunwoo dan Jaehyun, si Jack, yang berpura-pura berciuman. Sudahlah ibu bapa mereka ada disana. Orang-orang dewasa cuma melayan sahaja teletah mereka.
Lama berhibur, acara kemuncak akhirnya hampir tiba. Mereka dikejutkan dengan satu persembahan mengejut daripada seseorang.
"Malam ini, kita akan dihiburkan dengan persembahan dari Irene noona!" jerit Mark selaku DJ tetap. Keluarga Bae bersorak riang.
"Rene, tak cakap pun kau nak perform?" soal Seulgi namun turut sama bertepuk tangan. Irene tersenyum nakal.
Dia naik keatas pentas lantas mengambil mikrofon. Rambutnya dileraikan sehingga menyebabkan orang-orang mengira dia akan menyanyikan lagu ballad. Selepas itu, dia memberi isyarat kepada Mark untuk memutar lagu.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomansaKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...