Miyoung turun awal pagi ke syarikat pengeluar surat khabar. Dia perlu melapor diri terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran. Saat tiba disana, Miyoung pelik saat melihat kad kehadirannya hilang.Dia memandang sekelilingnya. Mencari kadnya yang mungkin terjatuh. Orang lain sudah pun selesai melapor diri dan pergi bekerja sekarang.
Miyoung masih mencari sehinggalah tinggal dia bersendirian. Saat itu, bosnya datang. Lelaki itu menegur Miyoung.
"Bos.. saya.. kad saya hilang bos.."
"Bukan hilang.. tapi saya dah buang.."
"Buang?"
"Kamu dipecat Miyoung,"
Dang! Miyoung rasa nak tercabut jantung. Dia tak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia ketawa.
"Bos jangan tipu. Saya nak kerja betul-betul ni,"
"Saya tak tipu. Kamu dah dipecat. Dah baliklah rumah.."
"Bos! Saya nak kerja mana nanti?!"
Lelaki itu pergi meninggalkan Miyoung. Miyoung tercengang. Apa salah dia sampai diberhentikan sebegitu?
"Kejap..bos!! Gaji!!"
...
Dengan wajah yang masam, Miyoung datang ke tempat kerjanya di kafe Gangnam. Hyunsik, senior merangkap managernya datang menegur.
"Ada pelanggan dah tempah kafe," katanya. Miyoung mengangguk sahaja. Dia memakai apron dan mula membuat kerja.
Loceng kafe berbunyi. Seseorang masuk dan berhenti dihadapan Miyoung yang sedang mengelap meja kaunter.
"Maaf, encik. Kafe ni dah ditempah—"
Miyoung kaku saat melihat Sehun dihadapannya. Lelaki itu tersenyum penuh makna. Miyoung mengepal penumbuknya.
"Keluar. Kafe tutup," arah Miyoung tanpa memandang kearahnya. Dia terus mengelap kaunter tanpa mempedulikan Sehun.
"Ouh tuan dah sampai rupanya! Miyoung!"
Hyunsik menyenggol lengan Miyoung. Gadis itu terkejut. Jadi Sehun lah yang menempah kafe mereka?
"Tuan nak pesan apa?" tanya Hyunsik, sopan.
"Semua yang ada dalam menu," jawabnya. Satu pandangan sinis diberikan kepada Miyoung. Nak tunjuk kekayaan ke tu?
Hyunsik menolak Miyoung ke tepi dan mula memasukkan pesanan. Dia mengarahkan Miyoung untuk menyedaikan pesanan secepat mungkin.
Walau tak suka, Miyoung tetap perlu melakukan kerjanya. Sehun duduk sambil memerhati Miyoung yang sedang bermasam muka.
Sebanyak 50 pesanan air disiapkan kepada Sehun. Jongin yang berada disebelah mengambil minuman yang dia suka dan terus mencubanya.
"Ini pesanan terakhir.. 50 pesanan yang ada dalam menu.." kata Miyoung sambil memandang lantai.
Malas rasanya nak bertentang mata dengan Sehun.
"Is this how you treat your customer?"
Miyoung mengepal penumbuk. Nak saja dia jawab, only with you, pervert man.
"Kalau tak ada apa-apa lagi. Saya pergi dulu—"
"Ada satu lagi pesanan kau tak bagi,"
Miyoung mengerutkan dahinya. Setahunya, semua dia dah buat dengan bersusah-payah tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/223315004-288-k429804.jpg)
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...