Part 21

177 20 21
                                    

Miyoung keluar dari biliknya sambil memerhati keadaan di luar. Dia sengaja keluar lebih lambat supaya tidak terserempak dengan Irene ataupun Seulgi.

Naik sahaja ke tingkat atas, dia terus disapa oleh sepupu-sepupu Irene. Miyoung cuba berlagak tenang. Dia kembali menyapa mereka. Saat itu, dia ternampak Seulgi yang sedang menuruni tangga.

"Seul!" panggilnya. Miyoung pergi merangkul lengan gadis itu.

"Miyoung!" jawab Seulgi.

"Kau kongsi bilik dengan siapa?" Tanya Miyoung. Kalau Seulgi duduk seorang, bolehlah dia pindah masuk.

"Dengan Karina. Budak tak semengah tu. Penat aku nak layan dia punya cerita pasal boyfriend-boyfriend dia. Kau?"

Miyoung kecewa. Kalau Karina ada, maknanya dia tak boleh tukar bilik lah. Terus Miyoung mengukir senyuman palsu.

"Sorang. Katil single," tipunya.

"Wah seronoknya. Untunglah kau," ujar Seulgi. Seulgi pun nampaknya tidak jadi untuk meminta menukar bilik. Entahlah mereka berdua ini sama dungu atau cuma tak mahu menyusahkan satu sama lain.

Mereka sama-sama menuju ke ruang makan sekarang. Miyoung tak mendengar lagi apa yang dikatakan oleh Seulgi. Kalau nak minta Seulgi tukar bilik pun, tak boleh. Mana boleh Seulgi sebilik dengan Sehun! Haram! Karina? Lagilah. Budak bawah umur tu.

Miyoung, Seulgi dan tak lupa juga kekasih Irene iaitu Junmyeon duduk bersama di meja makan sempena makan malam. Junmyeon sampai agak lewat memandangkan dia terlepas penerbangan bersama mereka tadi. Maklumlah lelaki, lambat bangun pagi.

"Aigoo dah lama tak nampak Miyoung dengan Seulgi kan?" ujar makcik Irene, Makcik Bae, kepada mereka berdua. Kedua mereka mengangguk.

"Haah. Tahun lepas kita jumpa makcik," jawab Seulgi. Mereka padahal baru sahaja berjumpa di majlis hari jadi Irene tahun lepas.

"Aigoo makin cantik. Seulgi memang tak nak anak makcik?" soalnya sambil menunjuk kearah Taeyong. Taeyong tersedak.

"Takpe lah makcik. Saya dah terlalu selesa single," jawabnya. Jangan harap dia nak kahwin dengan lelaki bernama Lee Taeyong itu. Makcik Bae berkahwin dengan suaminya yang bernama Lee Taejong tapi dia tak menukar nama keluarganya. Sebab itu dia masih dipanggil dengan nama 'Bae'.

"Yang ini pula siapa?" soalnya sambil menunjuk kearah Junmyeon.

"Inilah Junmyeon. Bakal menantu kami," Puan Bae mencelah. Wajah Junmyeon terus berubah merah sedangkan Irene ketawa riang. Dia siap menyuap Junmyeon lagi.

"Amboi. Calon rupanya. Patutlah Rinrin macam tak nak lepas je masa dia sampai tadi," ujar Makcik Bae lagi. Miyoung dan Seulgi tergelak. Seronok melihat Junmyeon dikenakan oleh keluarga Bae. Ini kali pertama dia bertemu dengan seluruh keluarga Bae sebenarnya. Sebab itu dia masih malu-malu.

"Tolong jagakan Rinrin ya, Junmyeon? Dia ni nakal juga orangnya," ujar Makcik Bae. Junmyeon mengangguk faham.

Seketika, mereka mendengar suara orang asing dari arah hadapan rumah.

"Omona! Dah sampai jugak tetamu yang dinantikan!" ujar Puan Bae saat sepasang suami isteri datang menjenguk mereka. Miyoung, Seulgi dan Junmyeon memandang mereka penuh tanda tanya kerana tak pernah bertemu.

"Itu ayah dan ibu Steven oppa," perkenal Irene kepada mereka bertiga. Mereka bertiga mengangguk kecil.

Miyoung memandang kearah Sehun yang nampaknya tenang sahaja menikmati makanannya tanpa menyapa mereka berdua. Jadi, ini ke ibu yang Sehun ceritakan haritu? Mereka berdua duduk disebelah kerusi kosong ditepi Sehun.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now