Double update lagi 😂💙💚
Irene turun menyambut Sehun yang sedang berada diruang tamu. Dilihatnya abang sepupunya itu yang sedang berdarah. Berdarah di hidung.
"Aigoo. Apa dah jadi ni?" soal Irene dan menghulurkan tisu kepada Sehun.
Lelaki itu ketawa perlahan.
"Terlanggar pintu.." jawabnya. Irene berdecak. Menggeleng perlahan dengan apa yang berlaku pada Sehun.
"Careless.. Mula-mula Miyoung, sekarang oppa pulak," Irene tersasul. Tak boleh dipercayai betul budak ni. Kening Sehun terjongket.
"Kenapa dengan Miyoung?"
"Dia datang dengan kaki luka oppa. Baju pun kotor. Dia cakap jangan bagitahu oppa pasal dia ada dekat sini. Tapi takkan Irene nak diamkan je? Oppa tolong cari siapa yang buat dia macam tu," Irene membocorkan segalanya. Gadis itu nampaknya begitu risau dengan Miyoung.
Sehun tersenyum sinis dalam diam. Tak sia-sia dia balik rumah sekarang. Tikus dah masuk perangkap nampaknya. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa Miyoung pilih rumah Irene juga? Atau gadis itu sekadar nak jual mahal sahaja?
"Ouh. Ye ke. Okey."
"Haih. Irene tahu oppa boleh diharap. Kalau Irene jumpa lelaki yang buat Miyoung macam tu, Irene lunyai-lunyaikan dia macam rempeyek!" tegas Irene sambil mencubit lengan Sehun tanpa dia sedar. Dia juga turut memukul kepala lelaki itu, sekadar memberi demonstrasi.
Sehun menjerit kesakitan. Kuat juga Irene ni rupa-rupanya.
"Mian oppa. Demo-demo."
"Haish, omma appa ada?"
Irene menggeleng.
"Takde. Malam nanti ada lah tu. Sekarang ni awal lagi,"
Sehun mulai terfikir akan sesuatu.
"Adik. Apa kata kalau suruh Miyoung tinggal dengan kita je?" cadangnya.
"Miyoung takkan suka. Dulu pun dia tolak,"
"Macam mana kalau orang yang buat Miyoung tu kembali? Kesian Miyoung tak ada orang nak lindung?"
Irene terdiam. Miyoung mesti takkan suka bodyguard mengekorinya sepanjang masa. Kalau dia tinggal disini, dia tak perlu risau pada orang jahat. Sekurang-kurangnya sehingga orang yang mencederakan Miyoung tertangkap.
"Nanti Irene bincang dengan Miyoung.." ujar Irene.
Kemudian, Irene memanggil pembantu rumah untuk merawat Sehun. Sehun sesekali memandang ke tingkat atas, ke bilik Irene. Miyoung sedang berada disana.
Tak apa Miyoung. Kalau aku tak dapat kau sekarang, mungkin esok boleh. Irene pula sepertinya tidak mengetahui apa-apa tentang ini. Dia yakin, kalau Miyoung bagitahu pun, Irene tak akan percaya. Lagipula, siapa yang akan percayakan orang yang baru dia kenal untuk lima tahun daripada orang yang sudah dia kenal sejak lahir?
...
Miyoung mundar-mandir didalam bilik menunggu Irene kembali. Sudah lama Irene berada dibawah sana dan meninggalkan dia bersendirian disini. Apa agaknya yang Irene dah beritahu pada Sehun ya? Janganlah dia lembik mulut dan bocorkan semuanya. Irene tu bukannya boleh percaya sangat.
Makan malam hampir tiba. Miyoung nampak ibu bapa Irene sudah pun pulang. Tapi kereta Sehun masih tersadai indah disana.
Miyoung tidak boleh turun ke bawah untuk makan bersama. Irene pasti akan memaksanya nanti. Sedar yang Irene akan kembali kerana bunyi derapan kaki butler yang sedang berkumpul, Miyoung melompat keatas katil dan berpura-pura tidur.
Sebaik sahaja Irene masuk, gadis itu mencari Miyoung.
"Miyoung! Makan—"
Irene mencebik saat melihat Miyoung yang sedar tertidur pulas itu. Dia cuba memeriksa Miyoung dan nampaknya gadis itu tidak bergerak langsung.
"Tak apalah.." ujar Irene, kecewa. Lantas, gadis itu pergi meninggalkannya.
Miyoung bernafas dengan lega. Sekurang-kurangnya, dia tak perlu bertemu Sehun buat masa sekarang. Perlahan-lahan, mata Miyoung terkatup rapat.
Dia rasa penat sangat. Baru semalam doktor kata jangan lewat makan, harini dia dah buat lagi. Tak apa, Miyoung. Sakit masih dihadapi, Sehun tak boleh.
...
"Irene, buat apa nak bawa makanan banyak-banyak tu? Kamu tak kenyang lagi ke?"
"Tak elok makan dalam bilik, sayang,"
Kedua ibu bapa Irene menegur. Irene tersenyum pendek.
"Err. Sebenarnya, Miyoung ada dekat sini, omma, appa," jelas Irene. Tuan dan Puan Bae menayangkan wajah terkejut.
"Kenapa tak ajak turun makan? Irene, jangan biadap dengan tetamu!" tegas Puan Bae. Irene mencebik lagi.
"Omma. Miyoung tengah tidur tu. Kesian dia penat. Tu yang Irene nak bawa naik atas," terang Irene. Puan Bae menggeleng perlahan.
"Haih. Kesiannya. Penat kerja lah tu."
"Aniyo. Miyoung datang dengan kaki luka omma. Baju dia pun kotor macam terjatuh atas tanah," cerita Irene bersungguh-sungguh. Tuan Bae terhenti suapan sementara Puan Bae menekup mulutnya.
Keduanya memandang Irene dengan wajah tergamam.
"Omo! Lepastu dah panggil doktor ke tidak?!"
"Sehun, kamu tahu tak pasal ni?" soal Tuan Bae pada Sehun. Sehun tersentak kemudian mengangguk.
"Belum, omma. Miyoung tak nak. Itu yang Irene geram," jawabnya. Puan Bae hampir menangis.
"Tak boleh tak boleh. Ya tuhan kesiannya Miyoung. Oppa buatlah sesuatu," rayu Puan Bae.
Tuan Bae mendengus kasar seraya menjeling Sehun.
"Sehun!" panggil Tuan Bae.
"N—Nae?" Tergagap-gagap Sehun menjawab. Air liurnya ditelan. Dia dah nak tertangkap ke? Senang sangat ke dia dikesan menipu?
"Kamu tolong cari siapa yang buat Miyoung jadi macam tu! Uncle tahu kamu handal dalam bidang cari orang ni," arahnya. Sehun merenung Puan Bae dan Irene yang nampaknya sedang mengharapkan dia juga. Memang dia handal pun. Sampaikan ke lubang cacing dia dapat segala maklumat pasal Miyoung.
Dia hampir tersenyum. Mereka nampaknya berharap pada dia. Mudahlah kerjanya untuk mendekati Miyoung nanti.
"Nae. Sehun akan cari secepat mungkin," jawabnya. Tuan Bae mengangguk faham.
"Baiklah. Dah, sambung makan. Ahjumma nanti masakkan makanan untuk Miyoung dan letak dalam microwave. Miyoung lapar tu tengah malam nanti. Irene duduk dan makan. Tak perlu bawa naik atas. Tak sedap makanan tu bila sejuk. Tahulah Miyoung turun nanti. Bukannya dia tak biasa dengan rumah kita. Ini pun rumah dia," arahnya lagi. Pembantu rumahnya mengangguk faham begitu juga Irene.
Tuan Bae memandang pula Sehun yang kini dalam diam sedang tersenyum. Dia memandang hidung Sehun yang sedikit luka itu. Keningnya terjongket.
Ada sesuatu yang telah berlaku dan dia dah terlepas pandang ke? Miyoung pun datang ke sini dalam keadaan luka?
Sehun yang berbalut pada hidungnya?
Lelaki tua itu diam sahaja dahulu. Mungkin kebetulan.
to be continued
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...