Part 43

150 17 9
                                    


Miyoung merenung kesan love bite pada tubuhnya itu. Dah macam penyakit malaria, walaupun dia sendiri tak pernah tahu malaria itu sakitnya bagaimana.

Kemudian, dia merenung Sehun yang sedang mengutip baju mereka yang berada diatas lantai. Sehun pun tak kalah juga berlebam pada tubuhnya.

Ditambah lagi tumbukan saat mereka bermain PS5 tadi. Asyik-asyik Sehun sahaja menang, buatkan Miyoung sakit hati. Dipukulnya Sehun dengan controller PS5 sampaikan membuat Sehun menangis dikarenakan harganya yang agak mahal—dan juga sakit.

Nasib baik tidak rosak sahaja.

"Kenapa?" soal Sehun, dengan wajah tidak bersalah.

"Nothing. Nak tengok pun tak boleh?" tanya Miyoung. Sehun menggeleng perlahan.

"Tak salah pun. Ingatkan nak minta apa tadi—ataupun nak belasah— lagi," balasnya. Miyoung berdecit. Dia menuju kearah Sehun lantas merampas pakaian mereka.

"Pergi mandilah. Aku pergi basuh baju sekejap," arahnya.

"Awalnya. Ini baru hari pertama kita kahwin. Tak puas lagi manja-manja," rungut Sehun. Miyoung menayangkan wajah sedatar mungkin walaupun dalam hati dia suka melihat betapa clingynya Sehun sekarang.

'Manjalah sangat. Aku pukul kang anak orang ni' - getus Miyoung dalam hati.

"Kau 30 tahun ke 3 tahun ni?"

"Sayang! Mana ada 30 tahun ni! Lambert lagi!" bentak Sehun.

"Dahtu?"

"Dua minggu kot."

"Patutlah manja."

Sehun tersenyum manis lantas menghulurkan kepalanya seperti anjing, meminta diusap. Saat itu, telefon Miyoung berdering. Gadis itu menyerahkan semula bajunya kepada Sehun dan pergi untuk mengangkat telefon.

Nama Irene dan Seulgi tertera di situ. Mereka berdua ingin membuat video call dengan Miyoung sekarang. Miyoung beralih tempat ke ruang tamu, jauh daripada Sehun agar sahabatnya itu tidak melihat suaminya.

Sebaik sahaja panggilan diangkat, Irene dan Seulgi terus menjerit kuat sehingga menyebabkan Miyoung terpaksa menjauhkan telefon dari wajahnya.

"Selamat pengantin baru, kakak ipar!!" teriak Irene dan Seulgi serentak. Miyoung menekup telinganya dan menayangkan wajah menyampah.

"Kacau lah korang ni—"

"Miyoung ke tu? Ini eomonim!"

Wajah Miyoung terus berubah saat melihat ibu Seulgi. Gadis itu terus menunduk hormat.

"Annyeonghaseyo eomonim! Iya ini Miyoung.."

"Aigoo yeppeuda. Mian, eomonim tak dapat datang. Sekolah ada peperikaaan besar semalam," ujar wanita itu. Ibu Seulgi adalah seorang guru di sekolah menengah tinggi.

"Gwenchana eomonim. Miyoung nampak eomonim pun dah gembira dah ni," balas Miyoung.

"Tahniah ya Miyoung? Nampak berseri-seri harini. Selamat pengantin baru," puji wanita itu. Miyoung tersenyum malu.

"Kamsahamnida eomonim!"

"Omma dah lah tu! Seul nak cakap ni!" Kedengaran suara Seulgi berebut telefon dengan ibunya. Miyoung dan Irene tergeleng-geleng kecil.

"Eh Miyoung, apa plan kau harini?" soal Irene sementara Seulgi dan ibunya masih bergaduh.

"Plan? Aku pun tak tahulah. Tengoklah atas Sehun," balasnya.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now