Miyoung termenung sebentar diatas katil sembari mengenang semula apa yang telah berlaku malam tadi. Sekarang dah pukul lima pagi. Sehun belum masuk ke bilik kerana ibu bapanya memanggil untuk berbincang sebentar.
Miyoung termenung sendiri. Dia dah jadi teman wanita Sehun sekarang. Bibirnya mengukir senyuman. Dulu bukan main lagi dia habis-habisan menolak Sehun kerana terasa dihina oleh sikap lelaki itu.
Tapi semakin hari sikap Sehun dah kurang menyebalkan. Dia dah seseorang yang comel dimata Miyoung. Itu yang buatkan dia luluh. Lagi-lagi waktu Sehun memperkenalkan dia pada ahli keluarga Bae yang tua. Rasa macam orang penting pula. Nampak betapa seriusnya Sehun disitu.
Miyoung merenung jaket Sehun yang tergantung dihadapan almari itu. Sehun betul-betul nak jadikan dia kekasih, bukannya sugar baby kan?
Miyoung menampar pipinya sendiri. Kenapalah dia asyik nak fikir negatif ni.
Dia sendiri yang mengharapkan seseorang datang untuk membantu hidupnya menjadi lebih mudah. Sekarang, Sehun dah datang. Miyoung nak tolak lagi ke?
Miyoung tersentak saat mendengar tombol pintu dipulas. Sehun masuk dengan wajah masam mencuka. Dia menunduk sahaja, tak mahu memandang Miyoung. Lelaki itu mengambil baju tidurnya seraya masuk ke dalam tandas.
Miyoung nak menegur Sehun tapi dia takut. Jadi, Miyoung putuskan untuk berdiam diri sementara menunggu Sehun. Tak lama selepas itu, Sehun keluar sambil memandang gadis itu.
"Tak tidur lagi?" soal Sehun, tidak bersemangat. Miyoung menggeleng.
Sehun nampaknya tak ada niat pun nak menyambung perbualan itu. Dia naik keatas katil dan terus berbaring disana. Miyoung terkesima. Ada sesuatu berlaku ke?
"Sehun?"
"Hm?"
"Kau okey? Ada apa-apa berlaku ke?" tanya Miyoung, takut-takut. Sehun tak menjawab. Miyoung merenung belakang Sehun yang tegap itu.
Tiada jawapan daripada Sehun. Miyoung membuat keputusan untuk tidur sahaja. Baru dia melelapkan mata, Sehun mencuit bahunya beberapa kali.
"Miyoung.. Nak peluk.. boleh?" Pinta Sehun seperti kanak-kanak berusia lima tahun. Miyoung blur. Tapi dia terus bangun dan mendepakan tangan untuk menerima Sehun.
Terus Sehun memeluk gadis itu dan menyembamkan wajahnya pada bahu Miyoung. Tubuh kecil Miyoung dipeluk seerat-eratnya. Miyoung tersenyum. Cara Sehun memeluknya sekarang sama seperti ketika anak jirannya memeluk dia sewaktu masih tinggal di rumah sewa. Maksudnya, Sehun macam budak kecil sekarang ni.
Miyoung menggosok belakang Sehun, perlahan. Sehun menghela nafas dan mengerdipkan matanya beberapa kali.
"Muka aku nampak macam nak permainkan kau ke?" soal Sehun tiba-tiba.
"Eh? Kenapa tanya macam tu?"
"Omma.. dengan appa.. Diorang fikir aku nak permainkan kau. Aku tak cukup tua lagi ke untuk cintakan seseorang?" rungut Sehun.
Sulit untuk Miyoung katakan namun dia sebenarnya mungkin berada dipihak ibu bapa Sehun. Memang Sehun dah dewasa tapi otaknya belum matang sepenuhnya, itu kalau Miyoung jujurlah. Dia pun ragu-ragu tapi itu semua dulu sebelum dia jadi kekasih Sehun.
"Diorang cakap apa lagi?" tanya Miyoung.
"Diorang tak nak aku bercinta dengan kau kalau sekadar nak main-main. Aku nampak macam playboy ke? Sumpah kau gadis pertama yang jadi kekasih aku!" Jawab Sehun penuh emosi. Muka comel macam dia ni nampak playboy ke?
"Adalah sikit macam playboy," gurau Miyoung.
Sehun terus melepaskan pelukan dan mencebik."Macam ni playboy ke?"
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...