"Nampaknya, ada orang tu tengah pura-pura tak bersalah," sindir Seulgi sambil menjeling nakal kearah Miyoung. Gadis itu sudah memendam sejak semalam lagi untuk menyakat Miyoung.
Irene yang tidak tahu menahu mendongak. Dia memandang kearah Seulgi dengan wajah lugu.
"Siapa? Kenapa-kenapa?" soalnya, sibuk. Seulgi tak menghiraukan Irene.
Miyoung buat-buat tuli dan menyorokkan wajahnya disebalik majalah. Takut lah kena soal siasat macam ni. Dah macam menghadap polis.
"Weh ceritalah! Siapa? Aku nak tahu!" arah Irene. Lengan Seulgi digoyang-goyangkan.
"Ada orang tu, ada hubungan dengan abang kau. Tapi dia buat macam tak je. Sanggup dia tipu kita eh?"
Mulut Irene ternganga. Matanya tertumpu pada Miyoung sekarang. Tangannya terus dihalakan pada Miyoung.
"Kan! Aku dah agak dah! Korang mesti ada apa-apa ni!" Jerit Irene, terlalu bersemangat.
"Mestilah. Sampai mengaku boyfriend semalam. Peluk-peluk atas banana boat tu lagi," sambung Seulgi.
"Bukanlah! Kitorang tak couple lah!" bantah Miyoung. Nafasnya naik turun.
"Marah-marah tu, betullah tu," ujar Seulgi.
"Cantik muka kau! Marah sebab pertahankan benda betul! Aku sumpah tak ada kaitan dengan dia!" tegas Miyoung. Seulgi masih lagi tak mahu percaya.
"Habistu semalam apa citer? Takkan lah tak ada apa kalau sampai sweet-sweet tu?" soal gadis bermata sepet itu lagi.
"Semalam tu. Common sense! Kau ni mesti tak pernah ada kawan lelaki sampai semua benda nak diromanticize? Lelaki dengan perempuan boleh jadi kawan tanpa jatuh cinta okey?" jawab Miyoung.
Seulgi mendecit. Tapi betul juga apa kata Miyoung itu.
"Fine. Aku kalah," ujar Seulgi. Miyoung tersenyum kemenangan.
"Gaduh je kerja. Apa kata malam ni lepak bilik Miyoung. Kita layan movie?" ajak Irene.
Miyoung yang mendengar namanya disebut lagi terus membuntangkan matanya. Memikirkan yang Irene dan Seulgi masih belum mengetahui siapa yang berkongsi bilik dengannya, itu membuat Miyoung cemas. Terus dia menggeleng laju.
"Tak boleh!" bantahnya kuat sehingga membuat semua yang berada diruang tamu menoleh kearahnya. Lagi-lagi kerana Miyoung dengan dramatiknya berdiri diatas kerusi sambil menyilang tangannya membuat gerakan 'X' yang bermaksud tidak.
Miyoung terus duduk sambil menutup mukanya dengan majalah sekali lagi kerana malu.
"Rene. Bukan tak nak bagi tapi bilik tu kecil. Dan, takkan rumah ni tak ada bilik wayang kot?" Miyoung cuba untuk tidak nampak mencurigakan.
"Ouh. Ada. Tapi tak syoklah. Kita kan nak bergosip jugak," jawabnya. Miyoung kembali berdiri dengan dramatik.
Dia memegang kepalanya dan berpura-pura pening. Majalahnya dibuang keatas lantai.
"Aduh! Aku rasa harini tak boleh. Aku penatlah dan pening kepala. Nak masuk tidur dulu," ujar Miyoung dan segera ingin mengelak daripada Irene dan Seulgi.
"Kitorang bawak kau pergilah. Nanti kau jatuh tengah jalan pulak," celah Seulgi. Miyoung hampir terkena strok. Dia menggeleng laju.
"Aku boleh sendiri! Aku.. Aku perlukan privasi!" jerit Miyoung. Irene dan Seulgi ternganga. Kenapa Miyoung nampak macam nak sorokkan sesuatu dari mereka ni? Dengan pantas Miyoung berlari menuju ke biliknya.
Irene dan Seulgi memandang satu sama lain kemudian mengangguk. Mereka terus mengejar Miyoung. Saat itu, Miyoung nampak Sehun yang sedang keluar dari bilik.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomansaKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...