Part 7

282 27 14
                                    

Vote anak-anak 💙

Miyoung bangun juga akhirnya. Seluruh badannya sakit kerana tidur diatas lantai tanpa alas. Macam manalah dia boleh tidur disini semalam?

Dia mabuk ke? Seingatnya tak ada pula.

Miyoung bergerak ke dapur sambil meregangkan ototnya. Dia ada kelas sekejap lagi. Air minuman diminum terlebih dahulu.

Dia cuba untuk mengingat apa yang terjadi semalam. Dia bekerja sehingga lewat malam dan dihantar oleh Sehun. Lepastu, Sehun—

Miyoung tersembur air yang diminumnya. Dia menjerit kerana hidungnya terasa pedih sekarang.

Dia baru teringat yang Sehun cium dia semalam. Miyoung melompat-lompat tak tentu pasal. Dia bukan gembira tapi dia terkejut.

Dia tak mimpi kan?

Tiba-tiba, telefonnya berdering. Miyoung yang sedang mengumpat Sehun mengambil telefon yang berada didalam begnya.

"WARGH!!"

Miyoung terkejut saat melihat nombor Irene pada skrin telefonnya. Takut-takut dia mengangkat panggilan.

"MIYOUNG!! DAH SIAP BELUM?!!"

Jeritan Irene menyebabkan telinga Miyoung hampir pecah. Dia menjauhkan telefonnya. Tak perlu buka speaker pun suara Irene dah kuat.

"Belum. Kenapa?" Jawabnya.

"YAHH MICHEOSSEO?! KITA ADA PRESENTATION DEKAT SYARIKAT APPA AKU LAH! OUR FREAKING ASS ASSIGNMENT!!!"

Miyoung turut sama menjerit sekarang. Ini sebahagian daripada tugasan mereka sebagai pelajar jurusan bisnes. Mereka memilih syarikat keluarga Irene memandangkan mereka boleh dapatkan markah dengan senang disana.

"IRENE EOTTEOKHAE?!"

"KAU MANDI SEKARANG JUGAK! AKU DENGAN SEULGI ON THE WAY DENGAN BAJU KAU! JANGAN BERANI NAK PAKAI BAJU SAMA!"

Panggilan dimatikan. Miyoung dengan segera menerjah bilik mandi dan membersihkan dirinya. Tak lama selepas itu, Irene dan Seulgi sampai.

Mereka terus melempar baju kepada Miyoung. Rambut Miyoung diikat bun supaya lebih kemas. Seulgi menolong mengemas barang-barang Miyoung yang diperlukan manakala Irene mendandan muka Miyoung.

Selepas siap, mereka berlari masuk ke dalam kereta dengan kasut tumit tinggi. Nasib baik masih sempat. Tapi tak boleh berlengah juga.

"Siapa interviewer?" soal Seulgi.

"Molla. Appa tak nak bagitahu,"

Miyoung dan Seulgi berdebar-debar. Ini projek solo sebenarnya. Mereka akan menyampai presentation secara berasingan terlebih dahulu sebelum melakukannya sebagai satu kumpulan.

Irene tak adalah berdebar sangat memandangkan semua orang disyarikat kenal dengan dia. Berani lah kacau markah assignment dia. Dia pecat sekor-sekor lepas dia naik pangkat nanti.

Tiba disyarikat, mereka bertiga bergegas ke ruangan wawancara. Ketiganya berpisah.

Miyoung diberikan kad nama oleh salah satu pekerja. Dia terus membetulkan baju dan rambutnya agar kekal kelihatan kemas. Pendrive ditangan digenggam erat lantas dimasukkan ke dalam poket.

"Cik Miyoung, boleh masuk sekarang." kata seorang pekerja. Miyoung mengangguk faham.

Sebaik sahaja masuk, Miyoung menyapa orang yang bakal mendengar pembentangannya. Dia masih ingat dengan tata cara pembentangan yang sebetulnya. Semuanya dipraktikkan dengan betul.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now