"Miyoung-ah, dah sihat?" soal Taeyeon sebaik sahaja Miyoung tiba di pejabat. Kening Miyoung terjongket saat mendengar pertanyaan Taeyeon itu.
Mana dia tahu yang Miyoung sakit? Taeyeon boleh tengok masa lampau orang ke? Erk.
"Wae? Semalam kan kau yang mesej kata tak boleh datang sebab demam. Tak ingat?" balas Taeyeon kerana melihat Miyoung yang sedang kebingungan itu.
Miyoung terus membuka telefonnya, mencari mesejnya bersama Taeyeon. Memang betul ada peninggalan mesej disana tapi bukan dia yang tulis. Ini mesti kerja Sehun.
"Ouh ini. Lupa," jawab Miyoung. Taeyeon menggeleng perlahan.
"Ngomong-ngomong. Kau tahu Jongin kena panggil tadi?" bisik Taeyeon. Mula dah mulut tempayan dia. Miyoung terkejut.
"Siapa panggil?"
"Ish! Bos kita lah. Aku nampak muka Jongin tu murung semacam. Bos pun garang nau," sambungnya. Lengan Miyoung dicengkam agar tidak lari daripada mendengar gosipnya.
"Dia marah Jongin sebab haritu ke?" soal Miyoung kepada dirinya sendiri. Taeyeon pula yang clueless sekarang.
"Hah? Kau pun ada cerita jugak ke? Kenapa-kenapa dengan haritu? Cerita cerita ceritaa!!" gesanya. Entahlah perasaan Miyoung sahaja atau telinga Taeyeon sekarang sedang membesar kerana mendengar gosip murahan.
"Tak lah. Saya tak tahu apa-apa."
"Ye ke. Buat orang tertanya-tanya je. Jom lah pergi makan dulu. Aku lapar lah. Temankan?"
"Tapi ni baru pukul berapa—"
"Semalam tak makan. Cepatlah sebelum aku pengsan dekat sini."
"Okey-okey."
Kedua gadis itu sampai di kafe. Pada waktu sebegini pun rupanya dah ada yang datang untuk makan. Patutlah Taeyeon beria-ria nak datang. Ramai lelaki kacak sedang beratur.
Sedang mereka menunggu giliran, seseorang terlanggar Miyoung sehingga membuatkan gadis itu hampir terjatuh. Mujurlah Taeyeon sempat memegangnya. Taeyeon hampir menyumpah saat melihat siapa yang melanggar Miyoung itu.
"Sorry—Erh. Kau, Kim Taeyeon," ujar gadis itu, sombong. Dia yang awalnya cuba bersopan membatalkan niat untuk membantu Miyoung disebabkan Taeyeon.
"Kau. Lee Mijoo," balas Taeyeon pula. Mereka menatap satu sama lain bak musuh.
Beberapa saat kemudian, keduanya melibas rambut dan berpusing membelakangi satu sama lain. Taeyeon menarik Miyoung pergi dari sana sementara Mijoo pula beredar.
"Kenapa tadi tu?" soal Miyoung, tertanya-tanya.
"Lee Mijoo. Perempuan jahat," jawab Taeyeon.
"Perempuan jahat?"
"Erm. Bekas sugar baby Baekhyun."
Dum! Miyoung tersedak.
"Su—sugar baby?"
Taeyeon tersentak. Dia menghela nafas panjang kemudian memandang sekeliling. Taeyeon menarik Miyoung menjauh untuk memberitahu sesuatu kepada gadis itu.
"Miyoung, kalau aku cakap ni kau jangan bagitahu orang tau?"
"Bagitahu pasal apa?"
"Aku ada sugar daddy."
"Hah?!"
Lidah Miyoung kelu. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia sedang dengar sekarang. Tak mungkin gadis sebaik Taeyeon ini mempunyai sugar daddy. Walaupun mulut Taeyeon kadang-kadang elok dicili, tapi Taeyeon tetap ada hati yang baik.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
عاطفيةKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...