Part 11

251 22 17
                                    

Double update 💙💚

Miyoung masuk ke dalam rumah Sehun dengan senyap. Lelaki itu menghidupkan lampu dan meletakkan perkakasannya diatas meja makan. Miyoung pula berdiri statik ditempatnya.

Semuanya mewah disini. Dia rasa kekok pula. Sehun merenungnya.

Dia membuka baju kotnya seraya melipatnya dengan kemas. Lantas ianya digantung pada kerusi dimeja makan.

"Kenapa aku?" tanya Miyoung, tiba-tiba.

Sehun merenungnya dengan pandangan kosong.

"Kenapa aku yang kau pilih? Kenapa bukan perempuan cantik dekat luar sana?"

"Kau cantik."

"Aku tak seksi macam perempuan dekat luar sana."

"Kau seksi."

"Aku tak ada apa yang diorang ada.."

"Kau ada semua yang aku perlukan.."

Miyoung hilang kata. Apa yang dia ada? Cuba cakap?

"Aku miskin."

"Aku ada duit.."

Ye. Jelaslah nampak.

"Aku bukan pisau cukur,"

"Tak suruh jadi pisau cukur pun. Aku nak tinggal dengan manusia bukan nak suruh kau cukur misai aku?"

"Sehun. Aku rasa ini mengarut. Aku bukan perempuan yang kau boleh buat main.."

Sehun membuka satu butang bajunya dengan geram. Dia berjalan mendekati Miyoung sehingga membuat gadis itu terundur ke belakang.

Sial. Miyoung tak dapat lagi bergerak saat badannya tersentuh dinding. Sehun datang mendekat dan menghalangnya daripada bergerak.

"Siapa kata aku nak main-main dengan kau?"

"You treat me like im your su--su--gar--bab.." Miyoung tak sanggup menyebutnya.

"Sugar baby?"

Miyoung mengangguk. Yelah, takkan babi pulak.

"Ada aku sentuh kau macam ni?!" Sehun hampir-hampir sahaja ingin menyentuh punggung Miyoung sebelum dihalang gadis itu. Pantas Miyoung menggeleng.

"Habistu celah mana aku layan kau macam sugar baby?"

"Cara kau cakap haritu.. dekat perhentian bas.."

"Which part?"

"F--fi--fit.. yo--yo--your--"

"Fit my body?"

Miyoung mengangguk. Sehun menatapnya dengan wajah datar. Apa yang susah sangat Miyoung nak sebut? Dia gementar sangat ke?

"Memanglah aku cakap macam tu. Tapi aku tak cakap bila kan?"

Miyoung diam.

"Miyoung, aku bergurau jelah.." ujarnya. Miyoung masih tak menjawab.
"Kau ni banyak sangat tengok movie la,"

"Mungkin kau anggap aku macam sugar daddy sebab cara aku layan kau. But promise me, I'm not. Aku cuma nak kau ada depan aku,"

"Be—betul ke?"

"Tak. Sebab kau dah mention pasal sugar daddy. Aku rasa berminat sekarang. Kau dah buat aku tukar fikiran,"

Sehun tersenyum sinis. Itu membuatkan Miyoung rasa nak tumbuk dirinya sekarang. Dia dah bagi idea pada Sehun pula.

"Aku takkan sentuh kau selagi kau tak beri kebenaran. Aku boleh tunggu sampai kita kahwin,"

"Siapa cakap aku nak kahwin dengan kau,"

"Aku dah cakap aku boleh tunggu,"

"Jadi apa guna kau beli aku sekarang?"

"Untuk pastikan sesuatu,"

"Pastikan apa?"

"Yang kau tak lari dari aku."

Miyoung menatap Sehun dengan wajah datar.

'Kalau kau buat macam ni, lagilah aku nak lari!!!' Jerit Miyoung dalam hati.

"Bangun pagi, aku nak kau kejut aku. Bagi morning kiss. Sediakan sarapan aku. Gosok baju aku. Tengahari sediakan makan untuk aku. Malam sambut aku balik dari kerja. Urut aku. Teman aku buat kerja. Dan tidurkan aku,"

Miyoung ternganga.

Sehun bayar dia untuk dia jadi orang gaji atau apa? Baik cakap je kalau nak orang gaji! Yang nak beli-beli tu apahal?!

"Asal kau tak kahwin je?! Tu kan kerja isteri!"

"Jadi kau nak kahwin sekarang tak?"

Miyoung menahan sabar. Dia ingatkan Sehun ni bijak. Apa punya lamaran lah macam ni?

"Kau ni kan! Gila ke?! Tak ada orang nak kahwin dengan orang gila macam kau lah!"

"Ops! Aku tak dengar. Kau tidurlah dulu.. Esok kita bincang. Tidur sana,"

Sehun menunjuk kearah sofa diruang tamu. Dia terus beredar. Miyoung merenungnya kaget. Biar betul nak bagi perempuan tidur atas sofa?

"Excuse me? Dia boleh pergi macam tu je lepas dah cakap benda mengarut pada aku? Hei! Aku sakit tau? Takkan nak tidur atas sofa?"

Hm.. Demand pulak dah. Orang dah baik hati suruh tidur atas sofa pun nak mengada. Kalau suruh tidur atas lantai tadi, baru padan muka.

Sehun menoleh semula.

"Ouh sakit. Nak tidur atas katil lah ni?" Tanya Sehun. Miyoung mengangguk.

"Jomlah tidur dengan aku kalau kau dah sedia. Esok boleh kahwin terus."

Ajakan Sehun membuatkan Miyoung berlari naik keatas sofa. Dia terus berbaring disana seperti robot. Sehun ketawa. Dia mendekati Miyoung dan memegang sofa tersebut sehingga tubuh mereka seperti tertindih.

"Kau—Kau nak buat apa ni!"

Miyoung dah berdebar-debar.

Tiba-tiba, tempat penyandar sofa ditolak sehingga ianya menjadi seluas sebuah katil. Sehun menarik selimut yang berada dibawah sofa dan menyelimutkan badan Miyoung.

"Lain kali.. jangan cepat sangat fikir negatif.." bisik Sehun pada Miyoung sehingga membuat gadis itu geli sendiri.

Sehun menutup lampu dan masuk ke biliknya. Dia mandi dan menukar pakaiannya lantas berbaring diatas katil untuk tidur.

Fikirannya menerawang kepada Miyoung. Dia tak boleh tidur sekarang. Sehun keluar dengan senyap untuk mengintip Miyoung. Gadis itu nampaknya tidur nyenyak. Kepala Miyoung diangkat dan diletakkan bantal dibawahnya.

Sehun duduk bersila ditepi sofa. Dia memeluk lutut, memandang Miyoung sambil memikirkan sesuatu.

Setelah itu, dia masuk semula ke bilik dan terjun keatas katil. Dia menekup mukanya dengan bantal. Memaksa dirinya tidur.

"F*ck!" Jerit Sehun dalam hati. Pertama kali baginya untuk terus mendapatkan wanita yang disukainya tanpa menunggu lama.

to be continued

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now