Miyoung menggeleng kecil melihat tangan Sehun yang telah dibalut oleh doktor itu. Hari ini, dia dah boleh keluar dari hospital. Keadaannya telah pun stabil menurut doktor.
"Sikit je lagi tangan tu nak kena potong Oh Sehun!" Bebel Miyoung lagi.
Sekembalinya Sehun daripada ruangan doktor, Miyoung terus menjerit dan memarahinya kerana tidak menemui doktor terlebih awal. Dekat setengah jam juga Miyoung membebel sampaikan beberapa jururawat menjenguk ke dalam bilik rawatan untuk melihat.
Sehun mencebik. Dia terus memeluk Miyoung untuk menghentikan bebelan yang berasas itu. Sifat manjanya kembali.
"Tapi tak kena potong pun kan?"
"Melawan lagi! Melawan lagi!"
Miyoung mengusap rambut Sehun dengan lembut. Dia juga membalas peluukan Sehun.
Keluarga Oh dan Bae masuk ke dalam bilik rawatan untuk menjemput Miyoung. Mereka memandang satu sama lain sambil tersenyum. Nampaknya Miyoung dan Sehun dah berbaik.
"Omma!" jerit Miyoung, gembira saat melihat Puan Bae datang. Dia berlari lantas memeluk wanita yang dianggap sebagai ibu itu.
"Ya tuhan jangan lari, Miyoung. Kamu tu baru sihat," balasnya. Miyoung tertawa cantik.
Dia diperhatikan oleh Tuan dan Puan Oh.
"Dah lama sihat lah. Miyoung bukannya patah tengkuk pun," dia menjawab dan mula membuat lompat bintang. Puan Bae berdecit.
"Kamu dengan Sehun dah berbaik ke? Baguslah kalau macam tu. Kesian omma tengok Sehun susah nak makan. Mandi pun tak basah," usiknya. Miyoung menumbuk perlahan lengan Puan Bae.
"Ish. Sepatutnya Miyoung yang susah makan, mandi tak basah semua tu," rungutnya.
"Tapi kita mana ada gaduh kan?" Miyoung menjeling tajam kearah Sehun.
"Sikit lah."
Sengaja Sehun tidak menyebelahi Miyoung. Dia nampak Miyoung yang menjegilkan matanya dengan garang. Dah jadi girlfriend ni tiba-tiba jadi garang macam singa. Tapi kenapa nampak comel dimata Sehun? Geram nak cubit.
Dasar angau."Ouh ya Miyoung. Ini Irene ada nak bagitahu sesuatu," celah Tuan Bae sambil menolak Irene masuk ke dalam bilik rawatan. Irene yang sebenarnya tak mahu masuk dan merayu terus-terusan diluar tadi kini terdiam.
"Rene! Nak cakap apa?" soal Miyoung. Irene menggaru belakang kepalanya. Dia kelihatan serba-salah.
"Aku.. nak minta maaf.." kata Irene sambil menunduk ke bawah.
"Sebab?"
"Sebab apa yang Sehun oppa buat. Aku yang nak sangat kau ikut. Aku tak fikir pasal trauma kau dengan ketinggian. Aku kawan yang jahat.." Irene menyedut semula hingusnya daripada mengalir.
Miyoung mengerutkan dahinya. Dia hampir ketawa melihat Irene yang nampak seperti sedang mengadu kepada ibunya kerana membuat kesalahan besar.
"Bukan salah kau. Aku dah kerjakan pelaku yang sebenar. Tak payahlah buat macam aku ni polis pulak. Yang kau nak takut-takut ni kenapa?"
Irene terus mendongak. Matanya kembali bersinar. Tangan Miyoung dipegang.
"Betul kau dah kerjakan Sehun oppa? Jadi kau takkan tampar aku, simbah air macam dalam drama dan putuskan persahabatan kita lah kan?" ujar Irene bersungguh-sungguh. Seulgi yang berada berdekatan dah pun menanggung malu.
"Kau merepek apa ni, Bae Irene? Omma tengok budak ni."
"Dah selalu tengok dah. Bosan dah. Bila lah Junmyeon nak masuk meminang."
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...