Part 49

193 17 4
                                    

Miyoung memotret gambar Great Wall of China dengan menggunakan kamera DSLRnya. Gadis itu tersenyum, berpuas hati dengan hasil potretannya.

Ini adalah hasil foto yang entah ke berapa ribu kalinya bagi Miyoung. Seperti yang dijanjikan, Miyoung dan Sehun benar-benar merantau ke seluruh dunia untuk mengisi hari muda mereka. China, adalah destinasi ke-sepuluh mereka.

Bayangkanlah sudah berapa tahun mereka merantau sekarang. Mungkin tiga setengah tahun?

Mereka akan tinggal di negara terpilih untuk masa yang agak lama demi mencari pengalaman baru. Mungkin tiga minggu paling lama. Keduanya lebih gemar melawat tempat bersejarah kerana tempat sebegitu mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Tempat yang nyaman buat Miyoung. Sehun dan Miyoung benar-benar memanfaatkan masa mereka bersama.

Sudah merata tempat mereka melancong, sehingga penuh sudah setem-setem unik untuk Miyoung tunjuk kepada rakan-rakannya nanti. Disebabkan jarang orang mengumpul setem di zaman sekarang, Miyoung mengambil kesempatan untuk mengembalikan hobi unik itu. Tumpuan gadis itu terganggu saat melihat Sehun berdiri di hadapan matahari yang sedang terbenam.

Miyoung mengangkat kameranya semula dan menangkap gambar Sehun, pemandangan baginya.

Teringat pula dia pada pickup linenya dulu.

"Dah siap?" tanya Sehun. Miyoung mengangguk. Sudah berjam-jam mereka berada di sini sampaikan petang menjelma.

"Sayang, nanti kita singgah kedai bawah tu ya? Beli cederamata untuk Irene, Seulgi dengan Taeyeon. Haechan mesti suka dapat gula-gula.." pinta Miyoung. Haechan adalah anak sulung daripada Taeyeon dan Baekhyun. Dia akan berusia tepat setahun dalam beberapa minggu lagi.

Hm. Maaflah dik kau dapat auntie dengan uncle yang tak fikir pun pasal gusi kau yang belum ditumbuhi gigi tu. Entah-entah mak bapak kau yang makan sampai habis coklat tu.

"Boleh. Tapi kita turun dulu. Jauh ni," ujar Sehun. "Nak dukung tak?" tawarnya.

"Tapi berat.."

"Nanti penat. Larat tak ni?" Sehun prihatin pada keadaan Miyoung. Dia takut isterinya letih sahaja.

"Tak apa. Kalau penat, pandang muka kau je dah boleh buat aku gembira. You're my strengthhh.." balas Miyoung. Sehun tertawa.

Mereka berjalan bersama-sama menuruni tangga sambil berbual-bual. Hubungan Miyoung dan Sehun semakin membaik dari hari ke hari setelah kejadian buruk itu.

Chanyeol telah pun dipenjarakan sekarang. Mereka juga dimaklumkan bahawa Chanyeol mempunyai masalah mental sejak beberapa tahun lalu. Namun lelaki itu tidak pernah mendapat rawatan sebelum ini.

Miyoung dan Sehun pula sudah menganggap Chanyeol tidak wujud dalam hidup mereka.

Mujurlah, Miyoung tidak mengalami kecederaan teruk atau trauma yang melampau. Dia sekadar mengigau sahaja di malam hari selama beberapa bulan dan kini masih menjalani sesi terapi dengan pakar psikologi.

Sehun lah yang sentiasa berada bersamanya, memberi sokongan agar Miyoung cepat sembuh. Sehun tak pernah menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku mahupun Chanyeol sendiri.

Baginya, dia yang salah kerana telah lepas tangan. Apa yang terjadi antara Chanyeol dan Miyoung dahulu, itu perkara lalu mereka. Miyoung pun dan cerita semuanya.

Kalau Chanyeol ada di depannya, mahu sahaja dia memukul lelaki itu kerana pernah cuba untuk melakukan pelecehan seksual kepada isterinya. Sehun tak habis fikir macam mana Miyoung boleh menghadapi semua kejadian itu sendirian. Disebabkan itu, dia sentiasa menghibur Miyoung kerana tidak mahu gadis itu sedih.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now