"Pergi.." Arah Miyoung kepada Chanyeol. Matanya berkaca-kaca sekarang."Miyoung? Kau menangis ke? Aku baru bagitahu pendahuluan tak masuk isi-isi penting lagi," ujar Chanyeol lantas ketawa.
Miyoung mengambil gelas wain yang berada di tangan Chanyeol dan mencurahnya ke wajah lelaki itu. Lalu, gelas tersebut dilempar ke dalam laut.
"Enough! Jangan kacau aku lagi!" gertak Miyoung. Dia pergi dari sana sambil menghentak kakinya dengan kuat.
Doyoung yang ingin menyapanya itu disenggol dengan bahu. Miyoung tak mahu sesiapa nampak yang dia sedang menangis.
"Miyoung! Kim Miyoung?! Kau nak pergi mana?" jerit Doyoung, risau. Dia terus mengekori Miyoung yang sedang menuju ke bahagian bawah kapal. Miyoung memilih untuk bersembunyi di tepi tangga kecemasan.
Dia melutut di sana sambil tersedu-sedan memikirkan apa yang dikatakan oleh Chanyeol. Doyoung masuk ke sana lantas menutup pintu dan duduk berhadapan Miyoung.
Dia bingung kenapa Miyoung tiba-tiba menangis disini.
"Hei? Siapa yang buat kau menangis ni?" soal Doyoung. Miyoung tersentak.
Dia mendongak memandang Doyoung dengan mata yang agak merah. Miyoung kembali menghamburkan tangisan kerana membayangkan wajah Sehun pada muka Doyoung.
"Aniyo. Dia tak macam tu. Tak mungkin dia buat aku macam ni.." ujar Miyoung. Tangisan gadis itu semakin kuat. Doyoung pula gementar kerana tak tahu bagaimana untuk memujuk perempuan.
"Yah yah. Aku tak tahu siapa tapi janganlah macam ni, Miyoung. Tak berbaloi kau menangis macam ni," ujarnya.
"Doyoung.. Aku rasa macam dipergunakan. Kalau dia kongsi maklumat aku dengan member dia macam mana? Ini pasal hidup aku! Mana aku nak letak muka?!" luah Miyoung lagi. Doyoung semakin clueless.
"Kalau macam tu, report polis. Kau teraniya jadi kau berhak dilindungi."
Disebabkan jawapan Doyoung, Miyoung makin menjadi-jadi dibuatnya. Mana mungkin dia melaporkan Sehun tanpa bukti. Itu pun jenayah juga.
"Doyoung aku tak tahu nak buat apa. Aku sayang dia tapi aku tak nak berpisah dengan dia. Tapi dalam masa yang sama, aku takut kalau aku cuma dipermainkan. Doyoung kenapa aku asyik overthinking sebab dia? Kenapa aku tak berani untuk tanya dia? Kenapa aku jadi macam ni?"
Kerongkong Miyoung sakit kerana bercakap sambil mengeluarkan air mata. Dia sampai tidak cukup nafas semata-mata ingin bercerita.
'Mungkin kau period kot' - Nak sangat Doyoung membalas ini tapi nanti dia kena pukul pula.
"Overthinking tu patut tapi jangan selalu. Kau tak boleh jadi toxic macam ni. Kau kena beritahu dia. Atau kau nak aku tolong?"
Miyoung menggeleng. Doyoung menepuk-nepuk bahu Miyoung dan menariknya ke dalam pelukan. Belakang badan Miyoung ditepuk-tepuk lagi.
"Menangislah tapi jangan di bahu aku lagi lepas ni. Kau menangislah pada teman lelaki kau tu. Aku cuma boleh bantu sikit-sikit je sebagai kawan," ujar Doyoung. Miyoung mengangguk faham.
"Kau tak tengok drama Run On eh Miyoung? Korang kena belajar untuk keluar dari lingkungan toksik. Nanti lama-lama retak tahu?"
"Kau ingat aku ada masa nak tengok drama bila ada dengan dia?!"
"Ouh. Jadi korang lagi memilih untuk buat drama lah?"
"Kim Doyoung!"
Doyoung memberikan tisu kepada Miyoung dan membawa gadis itu keluar. Dia ketawa melihat Miyoung yang sedang marah itu. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan Sehun yang nampaknya sedang mencari Miyoung juga. Wajahnya berubah kelat saat melihat Miyoung yang sedang menangis itu.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...