Miyoung mengesot menjauhi Chanyeol sebaik sahaja dia tersedar daripada mabuk. Chanyeol mencurah air ke wajahnya, agar Miyoung tidak tertidur tadi.Dia sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Sebentar tadi dia masih bersama Sehun, sekarang semua orang menghilang. Akal fikiran sihat Miyoung mengatakan bahawa dia mungkin sedang diculik sekarang.
"Cha—Chanyeol.. Aku dekat mana ni?" soal gadis itu, takut. Chanyeol yang sedang berdiri di dalam kegelapan, tersenyum ngeri kearahnya.
"Rumah kita," jawab Chanyeol. Dia naik keatas katil, merangkak mendekati Miyoung yang sudah pun diikat dengan kemas itu. Miyoung menggeleng-geleng laju dan mengundur ke belakang sehingga tiada lagi ruang di belakangnya.
"Chan.. tolonglah jangan buat macam ni. Ingat Chan, ini bukan diri kau. Kau bukan macam ni.." rayu Miyoung.
Matanya bergetar. Dia masih ingat lagi kejadian sama yang pernah terjadi dulu. Situasinya benar-benar sama, kecuali pada waktu itu Chanyeol mabuk teruk.
Chanyeol mengusap rambut Miyoung dengan lembut, memandang gadis itu dengan mata kuyunya. Tubuh Miyoung didakap, erat.
"Shhh. Jangan takut. Aku ada dengan kau," pujuk Chanyeol. Dia bersenandung seketika sementara Miyoung sudah pun menggeletar kuat.
Dalam hatinya, dia cuma menjerit-jerit nama Sehun agar datang menyelamatkannya. Dia takut Chanyeol akan bertindak di luar kawalan.
Miyoung memandang sekeliling bilik itu. Penuh dengan gambar-gambarnya bersama Sehun. Bahkan gambar saat mereka bercinta dulu pun masih wujud.
Tak semena-mena, Chanyeol mencium pipi Miyoung dengan lembut. Dia nampak begitu sopan buat seketika.
Miyoung kaku."Tunggu sekejap. Aku ambilkan kain untuk lap makeup kau. Kau mesti mengantuk kan? Tunggu ye Youngie.." ujar Chanyeol dan terus pergi ke dapur.
Hilang sahaja Chanyeol, Miyoung cuba untuk lari tetapi ternyata, tali yang diikat pada tangannya tersambung dengan kaki katil. Miyoung terperangkap di sana.
Dia cemas. Miyoung tak kenal tempat ini dan tingkap pula ditutup dengan kain hitam. Miyoung tidak dapat mencapai kain tersebut untuk melihat kearah luar.
Miyoung takut dengan Chanyeol sekarang. Bekas teman lelakinya itu seperti psychopath sekarang.
Hujan yang secara tiba-tiba turun di luar sana menambahkan lagi rasa takutnya. Miyoung kembali terduduk diatas katil. Memori lama itu kembali. Dia tak dapat bertenang sekarang.
Beberapa tahun dahulu, saat Miyoung bersendirian pada malam minggu, dia menerima kunjungan daripada Chanyeol.
Sangkanya, Kyungsoo yang datang kerana lelaki itu sudah berjanji untuk membawakan makanan kepadanya. Miyoung yang masih memegang title girlfriend kepada Chanyeol sudah tentulah tidak segan-segan mengajak Chanyeol masuk kerana dia bukannya orang asing.
Dia fikir yang Chanyeol mahu memberikan masakan Kyungsoo kepadanya. Tak disangka-sangka, Chanyeol seperti baru pulang daripada bergaduh dengan gangster sekolah sebelah kerana mereka kalah dalam pertandingan bola keranjang.
Chanyeol mungkin menang dalam pertandingan itu tapi dia kalah dalam pertarungan terbabit. Disebabkan berasa serabut dengan kekalahannya, Chanyeol minum dengan banyak sekali sehingga mabuk teruk.
Dia cuma teringat Miyoung sahaja di dalam fikirannya.
Mereka sempat bergaduh kerana Chanyeol tiba-tiba membangkitkan soal rakannya yang berjaya membuatkan kekasihnya bunting. Bagi mereka, perkara seperti itu merupakan kejayaan besar yang boleh dibangga-banggakan tetapi dibantah oleh Miyoung.
YOU ARE READING
(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|
RomanceKim Miyoung, gadis biasa yang cuma menginginkan hidupnya berubah sahaja. Dia sudah penat bersusah-payah untuk menyara hidup sendirian tanpa ibu dan bapa disisi. Mungkin langit mendengar permintaanya. Kim Miyoung dipertemukan dengan Oh Sehun, seoran...