Part 44

126 17 0
                                    

Sehun dan Miyoung ke pejabat setelah seminggu bercuti. Tiada yang tahu tentang perkahwinan mereka kecuali beberapa orang penting sahaja. Tidak lain tidak bukan, Irene, Seulgi, Jongin, Sooyoung dan Taeyeon sahaja.

Hari ini, Miyoung bersetuju untuk datang bersama Sehun. Memandangkan dia sudah menjadi isteri Sehun, jadi dia perlu mendengar arahan lelaki itu. Sehun sempat mencium dahi Miyoung sebelum keduanya berpisah mengikut jalan yang berlainan untuk naik ke pejabat.

Tiba di sana, Irene, Seulgi dan Taeyeon menyambut Miyoung dengan meriah. Mereka menarik Miyoung menuju ke tempat duduk gadis itu untuk mendengar cerita selama seminggu Miyoung tidak hadir.

"Cepat-cepat! Bila boleh dapat anak saudara?" soal Taeyeon, teruja. Miyoung terkejut.

"Hei! Janganlah cepat sangat! Kitorang baru je kahwin lah!" bentak Miyoung. Merah pula pipinya saat ditanya hal sedemikian. Taeyeon mencebik.

"Habistu buat apa seminggu ni? Sia-sia lah kitorang membayangkan—"

"Korang bayang apa?!" Miyoung semakin terkejut. Nakal jugak rakan-rakannya ini ya?

"Sikit je. Kau jangan risau," balas Irene. Miyoung menayangkan wajah jijik. Walaupun dia dah melepasi frasa itu, tapi kalau mendengar ada orang membayangkan apa yang telah mereka lakukan itu, ianya tetap menjijikkan baginya.

"Pengotor lah korang ni! Tak baik lah fikir benda macam tu!" marah Miyoung.

"Eleh. Kedekut. Dia tak nak kita bayang Sehun tak berbaju—"

Miyoung terus menekup mulut Taeyeon dengan kuat. Dia sampai terdorong Taeyeon ke belakang kerana tak mahu orang lain mendengar.

Taeyeon bergelut ingin melepaskan diri. Tak lama selepas itu, Bae Jinwoo datang bersama seseorang mendekati mereka. Dia memanggil kesemua pekerja untuk mengenalkan seseorang.

Keempat-empat gadis itu berdiri bersebelahan ingin menyambut rakan baru mereka. Sangka Miyoung, hidupnya akan aman selepas berkahwin dengan Sehun.

Tapi bom nuklear kembali ditanam berhampirannya saat melihat Chanyeol yang berada di tepi Jinwoo. Lelaki itu menayangkan senyuman palsunya, ingin mencipta personaliti innocentnya.

"Ini Chanyeol. Dia dari department lain sebelum ni dan ditukarkan ke sini atas sebab-sebab tertentu. Dia senior korang jadi tolong hormat dia. Mulai hari ni, Chanyeol akan menjadi ketua bahagian media untuk kumpulan kita," jelas Bae Jinwoo. Taeyeon dan yang lain-lain bertepuk tangan menyambut kehadiran Chanyeol.

Miyoung menunduk ke bawah, tidak mahu membuat sebarang eye contact dengan Chanyeol. Malangnya, lelaki itu perasan akan kehadirannya. Dia nampak cincin yang tersarung di jari gadis itu. Senyuman palsunya itu perlahan-lahan ingin pudar. Dia nampaknya sedang menahan amarah.

"Chanyeol, tempat duduk kau belakang Taeyeon dekat sana. Taeyeon, boleh tunjukkan tempat?" pinta Jinwoo. Taeyeon mengangguk.

"Jom, Chanyeol?" ajak Taeyeon, mesra. Lelaki itu mengangguk faham. Saat dia melepasi Miyoung, matanya tidak lari daripadanya.

Sebaik sahaja Chanyeol beredar, mereka semua kembali ke tempat masing-masing. Miyoung duduk dengan diam sambil menghidupkan komputernya.

Mereka fokus dengan kerja sehinggalah waktu makan siang. Miyoung nampaknya tidak berselera untuk ke kafe. Dia asyik memikirkan tentang Chanyeol sahaja. Sudahlah meja Chanyeol itu menghadapnya tapi dari bahagian kanannya. Walaupun agak jauh, tapi Miyoung dapat merasakan pandangan Chanyeol terhadapnya.

"Ala Sehun tak larinya. Makan sekejap je dengan kitorang. Yang lain-lain pun tengah tunggu tu," ajak Seulgi. Mereka bercadang ingin makan bersama yang lain-lain untuk menyambut kedatangan Chanyeol.

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now