SAMPAI sahaja di Shopping mall London, Raiyan terus menarik tangan Ulya menuju ke kedai makan Korea halal yang berada di situ. Mereka memilih duduk di dalam sebuah bilik untuk makan kerana Raiyan mahukan privacy antara dia dan gadisnya itu.
Ulya yang sedang melihat buku menu itu tertarik dengan satu makanan di dalam menu tersebut.
Tteokbokki!!!
"Give me tteokbokki and milkshake, please." Pesan Ulya dengan teruja pada pelayan yang menunggu pesanan sejak mereka duduk di meja itu.
"Spaghetti carbonara and sky juice." pesan Raiyan.
Raiyan melihat Ulya tidak lepas selepas pelayan itu pergi. Ulya yang perasan akan pandangan itu terus menyoal pada lelaki itu.
"Why? Anything's wrong?"
"What is tteokbokki ?" Soal Raiyan dengan muka dinginnya. Dia mengesyaki sesuatu yang tak kena. Gadisnya ini degil dia tahap gunung Everest.
"Seriously Iyan?! You don't know what is tteokbokki ?" Terkejut Ulya apabila Raiyan tidak tahu apa itu tteokbokki.
Raiyan menjongket kening kirinya membawa maksud 'kalau aku tahu, aku tak tanyalahh'.
"Ok,ok..emmm macam mana ehh? Entahlah Iyan, Lya pon tak tahu nak describe macam mana tteokbokki tu.. nanti sampai Iyan tengok la sendiri k?"Raiyan dengan muka dinginnya hanya memutarkan biji matanya.
Tiba-tiba Ulya terasa mahu membuang hajat jadi dia minta Raiyan untuk jagakan sling bagnya. Tanpa disedari mereka ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.
10 minit berlalu
Pelayan wanita yang agak seksi datang membawa makanan yang dipesan oleh mereka. Wanita itu menundukkan badannya untuk meletakkan makanan-makanan yang dipesan.
Lurah dada yang sememangnya kelihatan sengaja ditonjolkan lagi untuk tatapan lelaki di depannya ini. Tapi Raiyan hanya memandang makanan di depannya sahaja.
Ulya punya lawa lagi la!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.