36. GIGIT

4.9K 143 16
                                    

         KAKI melangkah masuk ke dalam pejabat Raiyan dan terhenti langkahnya. Dipusingkan badannya untuk keluar kembali dari bilik pejabat. Disangkakan suaminya berseorangan. Rupanya sedang mesyuarat dengan seorang lelaki.

Lelaki itu membelakangi Ulya, jadi dia tidak dapat mengecam lelaki itu.

"Sayang." Panggil Raiyan.

Ulya kembali memusingkan badannya menghadap Raiyan.

"Bie meeting la dulu. Lya tunggu dekat luar ok?" Beritahu Ulya tapi nadanya seolah meminta izin.

Lelaki yang dari tadi membelakanginya memusingkan kerusinya. Dan..

Razif!

Ulya mula tidak senang hati.

"Auchh!"

Laju Raiyan bangkit dari kerusi mewahnya dan terus menuju ke arah Ulya.

"Why sayang? Kau sakit dekat mana?" Kalut Raiyan menyoal isterinya. Risau dengan keadaan Ulya yang sedang mengandungkan anak-anaknya.

"Tak de apa-apalah. Lya lenguh lutut je." Beritahu Ulya sambil tangan memegang pehanya untuk memantapkan lakonannya.

"Itulah kau degil sangat. Aku kata dah kan jangan bergerak banyak." Tegas Raiyan. Geram dengan isterinya. Degil ya Amatt.

Ulya hanya tersengih.

"Aku letak kau dalam bilik dulu ok? " Suara Raiyan kembali lembut. Tubuh Ulya terus dicempungnya.

" Eh tak payah la bie. Letak dekat sofa tu je lah. Lya ok je tunggu bie dekat situ. "

" Hmm ok. " Diletakkan Ulya diatas sofa empuk di dalam pejabatnya. Kaki Ulya di angkat dan dilunjurkan di atas sofa. Tidak mahu kaki isterinya bertambah lenguh.

"Kejap lagi aku sapu minyak angin, ok?" Ubun-ubun Ulya dikucupnya. Sempat Ulya mengerling sekilas ke arah Razif.

Dia dapat menangkap perubahan reaksi pada wajah sepupu suaminya itu. Adakah sangkaanya selama ini betul? Tapi dia tidak mahu tuduh melulu.

Raiyan telah kembali ke tempat duduknya.

"Kita sambung nanti je lah Yan. Kesian dekat bini kau pulak nak kena tunggu lama."

"Hmmm ikut suka kau. Aku ok je."

"Ok lah kalau macam tu, aku balik dulu. " Razif bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah pintu.

Dia berhenti di hadapan Ulya.

"Jumpa lagi Ulya. Take care." Ramah Razif menegur Ulya dengan senyuman manisnya. Namun siapa sangka ada makna tersirat di sebalik senyuman itu.

"Ok" Dan dibalas senyuman kekok dari Ulya.

"Anak-anak baba dalam ni sihat ke?" Jari telunjuk Raiyan mengetuk-ngetuk perut Ulya yang mula menunjukkan baby bumpnya. Terkejut Ulya disergah sebegitu.

"Kitaorang sihat je dalam ni, baba." Ulya bersuara mewakili anak-anaknya. Raiyan ketawa kecil mendengar balasan dari isterinya.

"Hari ni dah dengar surah apa?" Soal Raiyan.

Sejak hari pertama Raiyan mengetahui kewujudan anak-anaknya, Ulya diarahkan untuk selalu membuka ayat-ayat al-Quran bagi didengarkan pada si kembar yang berada di rahimnya. Sekarang kandungannya hampir memasuki bulan ke-4.

Raiyan juga sering membaca surah-surah di dalam Quran bersebelahan isterinya. Dan Ulya juga turut mengikuti Raiyan membacanya.

"Hari ni kitaorang dah dengar surah al-Anfal dengan at-Taubah."

Raiyan's Babyboo [C]Where stories live. Discover now