"BIE" Seru Ulya lembut. Kasar-kasar mahu kena humban dengan suaminya.
"Hmm" Raiyan meneruskan makan sarapannya dengan berselera. Isteri dia buat sudah tentu la sedap.
"Lya tanya jangan marah tau." Teragak-agak Ulya mahu soal suaminya. Takut mood suaminya merundum bila dia tanya soalan yang mampu memanaskan hatinya.
"Hmm"
"Lya tanya nii.."
Bola mata suaminya naik ke atas bila Ulya menanyakan soalan yang sama banyak kali. Tanya je lah.
"Iyee sayangg."
Terletus tawa kecil dari bibir Ulya. Sekali sekala mengusik suaminya. Comel aje muka suaminya bila dia buat mata ke atas tadi. Hehehe.
"Sejak bila bie start hisap jari tengah-tengah malam ehh?" Ha amik kau. Tak dak selok belok dah. Straight to the point terus.
Terhenti suapan Raiyan. Pandangan tajamnya dihalakan ke arah Ulya disebelahnya. Ulya menayangkan senyuman manisnya apabila perasan Raiyan sedang merenungnya.
Raiyan yang merasakan hatinya panas bagaikan disimbah ais. Dihela nafas perlahan. Dia sendiri pun tidak tahu bila dia mula terasa ingin melakukan perkara yang memalukan itu. Lagi malu apabila kantoi dengan isteri sendiri.
"Entah. Don't ask me about that. I hate it."
"Bie-" Lah dia yang buat, dia yang benci. Macam mana tu?
"Stop it Lya. Aku tak nak moody pagi-pagi ni. And one more thing. I want you throw that shit pictures ." Tajam pandangan Raiyan.
Raiyan mengangkat punggungnya setelah makanan di dalam pinggannya habis di makan. Pinggan dia dan Ulya di bawa ke singki dan dibasuh. Dia tak nak susahkan isterinya. Tak salah kalau nak tolong isteri. Lagipun itu memang tugas seorang suami.
Ulya hanya menunduk sambil bermain jari. Dari ekor mata dia lihat Raiyan menghulurkan tangannya untuk disalam. Lambat-lambat tangan besar itu disambut dan dicium syurganya.
Tangannya masih kemas dalam genggaman Raiyan. Dia angkat wajahnya memandang Raiyan. Mata bertentang mata.
Raiyan menarik tangan Ulya sedikit kuat sehingga wanita itu berdiri rapat dihadapannya. Pinggang si isteri dipaut dan didekatkan .
"Ingat apa yang aku pesan. Buang gambar tu. Kalau aku nampak ada lagi siap kau, sayang." Bibirnya mendarat di dahi wanita itu.
"Mana bolehh. Lya nak tunjuk dekat anak-anak kita nanti." Ulya mula merengek. Bibir dicebik meminta simpati.
"When i said no, is no Adawiyatul Ulya. Jangan sampai aku buat kau tak bangun dari katil seminggu." Tegas Raiyan menuturkannya.
"Emmmmmmm!" Ulya menyebamkan dahinya di dada Raiyan sambil menghentak-hentak kakinya tanda protes.
"Nakk simpann~" Air matanya telah mengalir lebat. Tersedu-sedu dia dibuatnya.
Raiyan mengeluh perlahan. Haihh.
Tubuh Ulya didukung secara berhadapan. Bagaikan mendukung kanak-kanak yang sedang merajuk. Tubuh itu dibawa ke ruang tamu. Kepala Ulya terlentok elok di bahu Raiyan.
"Kenapa degil sangat ni hurm?"
"Tak tahuu~" perlahan suara itu menjawab.
Terletus tawa kecil Raiyan. Ulya di atas ribanya diusap lembut rambut wanita itu. Macam-macam la isteri dia sorang ni. Ingatkan dia dah boleh bergerak ke pejabat dah. Nampak gayanya dia pergi pejabat lambat la hari ni.
"Nak ikut aku pergi pejabat? Ke sayang nak berhenti kerja?"
"Nak berhenti."
"Hmm? Kenapa?" Pelik. Hari tu beria sangat nak kerja. Sekarang nak berhenti pulak.
"Bosann. Bukan buat apa pun. Asyik pusing-pusing kerusi roda tu je." Jujur Ulya.
"Ok la tuu. Kau boleh tatap muka aku sepuas-puasnya."
Riak wajah nakal ditayangkan."Dah la. Pergilah cepat kerja tu." Ulya turun dari peha Raiyan lalu disalam buat kali kedua tangan suaminya.
Raiyan menarik belakang leher Ulya mendekat dan dua ulas bibir itu dikucupnya rakus. Lama.
"Ishh biee nii!"
••••••••••••••••••••♥•••••••••••••••••
DING DONG!
DING DONG!
DING DONG!"Aishhh sapa pulak yang datang tengah hari buta nii!" Penyapu diletakkan tempat asalnya. Berani kau nak letak merata-rata. Bapak singa tu mengaum penyapu tu pon boleh lari balik ke tempat asal dia dengan sendiri.
Pintu utama dibuka dan...
"Alyana?"
"Yes it's me." Dengan nada diva dan gaya gediknya tidak dapat dipisahkan. Terjungkit sebelah bibir atas Ulya dengan kegedikan Alyana. Menyampah.
"Kenapa datang sini. Rasanya kau tak dak urusan dengan mana-mana penghuni dalam rumah ni." Jangan fikir Ulya seorang yang lembut. Kalau dengan orang yang terang-terangan nak cari masalah dengan dia, memang buang masa untuk berlembut.
"Kekwat kau ehh!"
"Aku kekwat sekali pun, ni rumah aku."
"Rumau kau ke rumah Raiyan." Senyuman sinis ditayangkan pada Ulya. Namun Ulya membalas dengan muka jengkel.
"Ehh hello siss. Rumah Raiyan rumah aku jugak. Harta Raiyan, harta aku jugak. Kau lupa ke aku ni isteri dia."
'tak pasal aku jadi perempuan gedik hari ni. Ada jugak yang jadi alas kaki aku ni satgi kang.'
Riak muka Alyana berubah kelat dan menyampah. Kalau bukan sebab bertujuan, dia sendiri pun tak nak hadap la bini Raiyan ni.
"Puan muda!"
Dua pasang mata beralih ke arah suara jeritan garau yang sedang berlari menghala ke arah dua wanita yang berada dihadapan pintu.
Tercungap-cungap Amir setelah sampai dihadapan isteri bosnya itu.
"Maaf puan muda. Saya dah halang perempuan ni tadi." Tak cukup nafas. Ditarik sedalam-dalamnya nafas untuk menyambung percakapannya.
"Ta-tapi perempuan ni pergi tendang tempat peranakan ehh maksud saya private part saya. Terguling-guling saya kat depan tu puan muda. Saya dah la tak kahwin lagi."
Muka Ulya berubah sedikit merah. Ya Allahh kenapa dia yang terasa malu di sini. Mata dialihkan memandang Alyana. Dia hanya menunjukkan muka jengkelnya pada bodyguard Raiyan.
"Sapa suruh kau halang aku. Padan muka. Puas hati aku!"
"Eh perempuan! Puas kau kata! Kau bertanggungjawab sekarang! Kalau aku mandul macam mana!" Gila Amir ni.
Ulya terasa hendak melepaskan ketawanya kuat-kuat sekarang ni. Tak pasal-pasal disuruh bertanggungjawab pada jejaka itu.
"Eee tak nak aku. Kau tahu mana kau mandul gila! Aku tendang bukan kuat mana punn!" Merah mukanya menahan rasa marah dan malu.
"Aiyy. Sebab tak tahu la aku suruh kau bertanggungjawab. Kau faham tak!" Suara Amir naik seoktaf. Geram dengan perempuan dihadapannya. Dah buat salah tu terima jelah akibatnya.
Pening Ulya dibuatnya. Daripada berterusan memeningkan kepalanya, lebih baik dia masuk. Pintu ditutup serapat-rapatnya. Suara kucing betina dan kucing jantan masih kedengaran. Pandai-pandai la nanti diorang diam.
TBC
30 MEI 2022
hi guys...sorry lambat..saya busy kebelakangan ni. And sorry kalau chapter ni hambar... Thanks sgt pada yg sudi baca vote dan komen cerita ni. Chapter ni pun saya rasa merepek gila🤣🤣
Tu ja kot utk hari ni..baiii
![](https://img.wattpad.com/cover/250878325-288-k13044.jpg)
YOU ARE READING
Raiyan's Babyboo [C]
RomansaYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka