DIPERHATI banglo 3 tingkat itu. Rumah siapa yang Raiyan bawa ni? Aku hanya mampu soal dalam hati. Tanya orang sebelah pun macam tanya dengan kereta.
Pintu utama rumah yang besar itu dibuka oleh seorang makcik.
"Ehh Tuan Is. Jemput masuk Tuan Is."
Tangan aku yang berada di dalam genggaman Raiyan ditarik masuk ke dalam rumah tanpa pedulikan makcik yang menjemput mereka masuk. Ehh dia buat macam rumah sendiri pulak.
"Terima kasih makcik." Sempat aku berterima kasih dan memberi segaris senyuman kepada makcik itu. Tapi tangan masih ditarik oleh Raiyan.
Makcik itu membalas dengan senyuman nipis. Sampai diruang tamu aku nampak pasangan yang berumur tapi manis bergurau senda sambil si isteri memukul lengan suaminya. Auuu sweetnyaa.
"Assalamualaikum uncle, auntie."
Pasangan itu kalih melihat tetamu yang datang. Tersenyum mereka berdua melihat aku dan Raiyan yang menghampiri mereka."Waalaikumsalam. Iyan, Ulya sehat? Lama kamu tak datang sini Iyan." Wanita berusia yang dikenali Puan Razita menegur anak saudaranya.
"Sihat aunty. Kami busy sikit baru sekarang ada masa nak lawat aunty dengan uncle."
Aku menyalam lembut tangan Puan Razita manakala Raiyan menyalam tangan Tuan Rahman.
Tempat duduk disebelah Raiyan aku duduki. Mereka berbual-bual sementara menunggu pembantu rumah menghidangkan minuman. Sesekali aku menjawab pertanyaan dari aunty Razita. Tahulah aku bahawa pasangan yang seusia mama dan papanya, adalah orang tua Razif."Eh kau ke Raiyan! Bila sampai?" Suara sumbang seseorang kedengaran. Tak terkejut pun kalau mamat tu ada kat sini. Memang rumah parents dia pon.
Siapa lagi, Razif la.
"Tadi." Acuh tak acuh Raiyan menjawab. Nampak sangat suami aku malas layan. Entah kenapa aku mula tak suka dengan kehadiran jejaka ini sejak pertemuan dia di rumah kami. Ada rasa aura-aura jahat disitu.
Setengah jam berlalu.
Aku lebih banyak berdiam dari membuka mulut. Sebab apa? Sebab Razif si mulut murai. Sikit-sikit Raiyan. Naik geli tekak aku. Siapa isteri sebenarnya ni?
Dan aku tak tahu sama ada aku seorang je ke yang perasan atau tak, dekat bibir Razif terlihat lebih merah seperti dicalit dengan lipstick? atau mata aku yang salah tengok.
Aku perasan jugak riak muka ibu bapa Razif berubah bila Razif duduk disebelah suami aku. Apa sebenarnya yang terjadi?
END POV
•••••••••••••••••••••♥••••••••••••••••••••••
Waktu malam menjelma. Ulya baring di atas katil sambil menonton tv yang menyiarkan drama Turki. Drama Turki dengan Ulya tidak dapat dipisahkan. Ini pun ditonton tanpa pengetahuan Raiyan.
Raiyan masih sibuk dengan kerjanya. Jadi dia tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.
Sedang seronok menonton, bunyi tapak kaki membuatkan Ulya gelabah menekan punat remote untuk menukar siaran lain.
Sempat!
Tapi...
"Holla! Soy Dora!"
Raiyan yang baru masuk ke dalam bilik terangkat kening sebelah melihat Ulya yang menonton cerita kartun pada lewat malam begini.
"Are you trying to hiding something from me baby?"
"Nope" Laju dia membalas. Tak nak kantoi punya pasal.
YOU ARE READING
Raiyan's Babyboo [C]
RomanceYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka