48. TERBONGKAR

2.6K 109 8
                                    

"ANAK MAMA ok ke jaga triplets ni?" Soal Datin Najihah. Rambut Ulya diusapnya lembut. Cucu-cucunya yang sedang tidur ditatap dengan kasih sayang.

"Ok je ma. Biasa la bangun pagi-pagi sebab diorang ni nangis lapar susu. Iyan pon banyak tolong Lya uruskan triplets ni."

Tersenyum Datin Najihah mendengar jawapan positif dari anaknya. Disebabkan hari ni dia tidak sibuk jadi Datin Najihah mengambil peluang itu untuk melawat anak serta cucu-cucunya.

"Teringat masa kamu dengan Raiyan baru kawen dulu. Raiyan kata nak bagi cucu kembar. Dan dia tunaikan. Sekali dia bagi tiga." Datin Najihah tergelak kecil mengimbau kenangan semasa awal perkahwinan Ulya bersama Raiyan.

Ulya tersenyum malu apabila turut mengingatinya. Tangannya bergerak menepuk perlahan peha Adriana apabila si kecil itu bergerak.

"Raiyan suruh pesan kat kamu yang dia outstation 2 hari ni. Dia suruh mama teman kamu." Berita dari mamanya sedikit mengejutkannya.

"Outstation? Dia tak bagitahu apa-apa pun kat Lya,ma."

"Kelam-kabut la tu sampai tak sempat nak bagitahu kamu. Dia kata outstation mengejut dekat Dubai."

'Tak sempat bagitahu aku? Tapi sempat bagitahu mama? Dan Dubai? Jauhnya.' Hatinya sedikit sedih apabila Raiyan tidak memberitahunya sendiri. Selalu Raiyan outstation, dia akan mengikuti Raiyan atau lebih tepat lagi Raiyan akan mengajaknya pergi sekali.

"Ma." Mamanya yang sedang ralit bermain dengan cucunya dipanggil.

"Ya sayang."

"Emm mama tolong jaga anak-anak Lya kejap boleh? Lya nak naik atas ambil telefon."

"Ok pergi je. Mama jaga budak-budak comel ni." Ujar Datin Najihah sambil mendukung Rafik Uzmi.

Ulya melangkah ke arah tangga untuk ke biliknya bersama Raiyan di tingkat 3. Kenapa dia tak naik lif? Sebab dia, sebab yang paling ramai orang tak suka iaitu-

Berat badannya naik!

Bukan 1 atau 2kg tapi 20kg! Dan nampak ketara pada perutnya yang sedikit berisi selepas melahirkan dan perkara itu biasa buat ibu-ibu bersalin. Tapi untuk dapatkan balik berat badan dia yang dulu, dia perlukan sedikit pengorbanan. You can do it girl!

Sampai sahaja di hadapan biliknya, pintu bilik dibuka. Telefonnya yang berada di atas katil dituju. Punat on/off ditekan dan terpapar gambar latar belakang dia dan Raiyan. Aplikasi yang boleh mengesan keberadaan seseorang yang dimuat naik sendiri oleh Raiyan dibuka.

Ulya cuba mengesan keberadaan Raiyan melalui aplikasi itu. Bukan dia tidak percaya pada suaminya, cuma hatinya tergerak untuk melakukannya.

Berkerut hairan dahinya apabila titik keberadaan Raiyan tidak sama seperti yang dikatakan mama. Raiyan menipunya kah? Tapi sebab apa? Raiyan curang ke? Raiyan curang dengan dia sebab dia dah tak cantik ke? Overthinkingnya mula masuk ke dalam otak.

Dia melihat kembali titik merah keberadaan Raiyan. Titik itu berada di Bukit Bintang. Tidak jauh dari mansionnya. Apa yang Raiyan buat di situ?

••••••••••••••••••••••••🌼•••••••••••••••••••

"Mama balik dulu tau. Kamu tu jaga diri. Kalau ada apa-apa bagitau mama. Ok?" Pesan Datin Najihah yang berada di hadapan pintu utama. Hari sudah lewat malam. Esok pagi dia harus mengikuti suaminya ke Meldives atas urusan kerja.

"Ok mama. Jangan risau lahh. Maktam pon ada teman Lya kat sini." Maktam disebelah Ulya mengangguk sambil tersenyum. Maktam adalah pembantu rumah dari rumah mama dan papanya. Mamanya yang bawa maktam ke sini untuk menemaninya.

"Ok lah, mama gerak dulu. Pape rogerr. Kak Tam, Jihah pergi dulu. Tolong jaga Lya ya."

"Baik Jihah."

Pintu utama ditutup dan dikunci setelah kereta yang dipandu oleh pemandu papanya tidak kelihatan.

"Maktam tidurlah dulu. Lya pon nak masuk tidur dah."

"Baik Lya. Maktam masuk bilik dulu ya. Kalau nak apa-apa panggil maktam." Maktam berlalu pergi setelah mendapat anggukan dari Ulya.

Ulya mendaki tangga naik ke biliknya di mana anak-anaknya berada. Tiga katil khas buat bayi yang telah terisi dengan anak-anaknya dituju.

'patutkah aku pergi sana?' Ulya cuba memikir baik buruk sekiranya dia pergi ke tempat keberadaan suaminya. Hatinya tidak tenang selagi dia tidak tahu apa yang dilakukan Raiyan di sana.

•••••••••••••••••••••••🌼••••••••••••••••••••

Uzair dan Rafik di letakkan di dalam baby car seat secara perlahan-lahan. Takut anak-anaknya terjaga. Kemudian Ulya berlari anak masuk ke dalam rumah mengambil Adriana pula. Rumah dikunci sebelum kembali ke kereta Mercedes Benz dan meletakkan adriana di dalam baby car seat.

Kereta itu dihidupkan dan perlahan-lahan keluar dari mansion tanpa disedari maktam. Tahu dek maktam, wanita tua itu akan memberitahu mamanya. Dan esoknya akan terjadi leteren yang berjela-jela.

Kereta dibawa dengan sederhana laju dengan satu tujuan iaitu pergi ke Bukit Bintang.

••••••••••••••••••••••🌼•••••••••••••••••••••

"Aku ingat...bila aku diam kau pon diam. Rupa-rupanya ada agenda."
Pistol yang dipengangnya dilalukan pada pipi Razif.

"Raiyan! Takkan disebabkan perempuan tak sedar diri tu kau nak bunuh sepupu kau sendiri!" Tengking Razif. Raiyan hanya tersenyum senget.

"Kau nak tahu tak?--" sengaja dijedakan ayatnya.

"Ayat kau tu buat tangan aku gatal nak tekan picu pistol ni dekat kau."
Pistol ditekan pada paha Razif.

"Aku suka kau Raiyan. Takkan kau nak buat aku macam ni." Suara Razif kedengaran merengek meminta simpati Raiyan.

"Endy." Panggil Raiyan.

"Ya tuan."

"Kau dah cek ke jantina dia ni? Merengek macam perempuan. Rimas aku." Pistol ditangannya digunakan untuk menggaru lehernya.

"errr dia memang jantan Tuan. Yang pompuan tu sebenarnya Amir, Tuan." Sempat lagi dia menyindir Amir yang duduk disofa sambil bermain telefon itu.

"Kau jangan sampai aku kawenkan kau dengan si gay tu. Lama sangat menyingle, kau couple je la dengan si sotong liat tu. Aman sikit Tuan dengan Puan dari si sondol ni." Lidah dijelirkan buat si Endy apabila lelaki itu memandangnya tajam.

"Aku tak mau korang! Aku nak Raiyan aku ja!" Suara jeritan Razif mengheningkan suasana.

"Ulang balik." Suruh Raiyan dengan nada yang perlahan. Pistol kembali ditekankan di paha Razif.

"Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau Raiyan. Kau tak fah--Arghhh!?"

BAM!
BAM!

Dua das tembakan dilepaskan pada paha kanan Razif.

••••••••••••••••••••••🌼•••••••••••••••••••••

"B-bie." Tergetar-getar bibirnya menyebut panggilan Raiyan di sebalik tempat persembunyiannya. Dia lihat semuanya.

Kakinya terus melangkah pergi dari tempat itu. Brek tangan diturunkan dan kereta yang dibawanya meluncur pergi dari tempat itu.

Apa yang pasti dia tidak akan balik ke mansion mereka buat sementara waktu. Dia sangka suaminya curang dengannya. Namun tidak malah lebih teruk dari itu. Suaminya ingin membunuh orang!





TBC

14 JANUARI 2023

Sorry lambat update...busy smpai nk tengok Wattpad pon x sempat... Sorry sangat kalau hambar..

Anak 1st- Rafiq Uzair
Anak 2nd- Adriana Umairah
Anak 3rd- Rafik Uzmi

Raiyan's Babyboo [C]Where stories live. Discover now