🌺sorry for the late update. Thanks pada sesiapa yang membaca cerita yang membosankan ini. Dan nah next chapter for u guys. Sorry sgt ii hambar. Idea series x dk..
~~~~~~~~~~~~~~~°~~~~~~~~~~~~~~
USAI solat Subuh berjemaah dan mengaminkan doa yang diketuai Raiyan, Ulya terus melipat telekung dan sejadah kepunyaannya dan Raiyan lalu letak ditempatnya semula. Ternaik kening Ulya sebaik saja dia pusing ke belakang dan melihat suaminya yang berbaring di atas karpet bulu itu.
Raiyan menepuk bahagian sisinya memberi isyarat supaya Ulya baring disebelahnya. Dia mahu bermanja-manja dengan isteri yang dicintai sepenuh hatinya. Aceyy.
Ulya mengetap bibirnya. Dari riak muka Raiyan yang nakal membuatkan Ulya gelisah sama ada mahu atau tidak baring disebelah suaminya.
"Err Lya nak pergi buat sarapan. Nanti ekk?" Ulya cuba memberi alasan untuk melepaskan dirinya.
Riak nakal Raiyan perlahan-lahan memudar dan digantikan dengan riak garang.
"I said come here babyboo. Susah sangat ke nak baring sebelah aku?" Tegas nada yang digunakan Raiyan.
"Tapi Lya nak turun buat sarapan." Perlahan suara Ulya menuturkan ayatnya.
Tajam pandangan Raiyan pada Ulya. Kalau boleh keluar laser dah lama Ulya mati di laser oleh Raiyan.
"Ulya!" Garang Raiyan memanggil Ulya supaya mendekatinya. Susah sangat ke?
"Ok ok" pasrah Ulya. Kakinya perlahan-lahan mendekati suaminya.
Letak sahaja punggung di atas karpet bulu terus tangan Ulya ditarik Raiyan. Kepalanya elok mendarat di atas dada Raiyan. Tangan kiri Raiyan mula mengusap-usap rambut isterinya. Manakala tangan kanannya memeluk pinggang Ulya.
"Susah sangat ke nak dengar cakap aku?" Soal Raiyan mendatar.
Ulya hanya membisu. Dia takut untuk memberi jawapan pada Raiyan. Takut jawapannya akan menaikkan kemarahan lelaki itu.
Raiyan yang tidak suka apabila soalannya tidak dijawab mula geram. Tangan kanan Raiyan yang berada dipingang gadis itu perlahan-lahan turun.
Pakk
"Arghh" Terjerit Ulya kerana punggungnya tiba-tiba ditampar Raiyan.
"Aku tanya jawab."
"Ishh tak payahla tampar punggung orang. Sakit tau tak!" Marah Ulya. Nak usap punggungnya tapi tangannya tersepit dengan tubuh Raiyan.
"Kau tak jawab soalan aku, lebih dari ni aku boleh buat." Sinis Raiyan mengugutnya.
"Yela yela. Lya takut Iyan lebih-lebih dengan Lya." Jujur Ulya. Muka dia sudah merah. Malu.
"Maksud kau, aku pegang lebih-lebih? Macam tu?" Soal Raiyan sambil menjungkit kening kirinya.
Malu-malu Ulya mengangguk.
Melihat anggukan Ulya membuatkan hati Raiyan sedikit panas. Apa salah kalau dia pegang lebih-lebih? Mereka dah halal.
'Sabar Raiyan, sabar.' Raiyan menarik nafas dan hembus.
Ulya yang berada disisinya diangkat letak di atas tubuhnya.
"Eh?" Ulya cuba untuk turun semula. Tapi Raiyan mengetatkan pelukannya dipinggang isterinya.
"Stay still."
Raiyan memandang dalam anak mata dark chocolate Ulya. Ulya yang terpukau dengan keindahan anak mata Raiyan bewarna grey, mula diam dari rontaanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Raiyan's Babyboo [C]
RomansaYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka