11. WORRIED

5.5K 164 3
                                    

"HOI !?" jerkah lelaki itu apabila ditumbuk oleh Raiyan.

"Huh.. Serves you right." Sinis sahaja percakapan Raiyan pada lelaki durjana itu.

"How dare you punched my face brother!" Marah lelaki itu yang merupakan adik kepada Raiyan iaitu Rezza. Ya adik. Raiyan ada 5 orang adik beradik termasuknya. Dan Rezza yang kedua.

Raiyan melangkah ke arah adiknya dan mencengkam kolar baju Rezza.

"Habis kau langgar kereta aku tu pehal! Kau tahu tak perempuan aku ada dalam tu. Kalau jadi apa-apa dekat dia, kau nak tanggung ke hah?!" Dengan kasar Raiyan menghamburkan geramnya pada Rezza. Nak buat kerja fikir la dulu.

"Alahh sorry laa..mana aku tahu." Pujuk Rezza sambil menepis tangan abangnya. Boleh tahan sakit lehernya.

"Mummy dengan daddy tahu tak kau balik ni?" soal Raiyan setelah kemarahannya reda, kerana mummy mereka, Puan Sri Chessy selalu bising padanya disebabkan Rezza sudah 2 tahun tidak pulang ke rumah atau lebih tepat ke Malaysia.

Hal ini kerana, Rezza menyambung master di Tokyo. Telefon pon jarang-jarang. Mak mana yang tidak risau.
Sekarang Rezza sedang bercuti dan tidak sangka dia berjumpa dengan abangnya di restoran tadi.

"Nope. Aku nak buat surprise kat mummy ngan daddy." Riak wajah Rezza tak ubah seperti anjing yang lapar kaki.

"Ikut suka kau la Rezz. Mummy kejar kau dengan kuali dia, kau jangan cari aku."

RAIYAN berbual dengan Rezza sehingga dia lupa ada seseorang yang sedang menunggu lelaki itu di dalam kereta.

"Lamanya dia ni sembang." Ulya merungut kerana Raiyan keluar terlalu lama. Dah 20 minit dia tunggu.

Baru sahaja Ulya mahu keluar, tiba-tiba perutnya terasa pedih dan peluh-peluh di dahi mula keluar.

"Sssss Ya Allah! kenapa pulak ni."

Ulya gagahkan dirinya untuk keluar dari kereta. Ulya terasa perutnya seakan-akan dirobek keluar isi dari perutnya. SAKITT!

Buka sahaja pintu, Ulya cuba berdiri dengan kudrat yang masih ada untuk memanggil Raiyan sambil pegang pada pintu kereta

"Ra-Raiyann!"

RAIYAN menoleh melihat pemanggil yang memanggil dirinya. Terkejut Raiyan melihat Ulya yang pucat dan sedang menahan kesakitan.

Lelaki itu terus meluru ke arah Ulya dengan gelisah apabila melihat Ulya mahu pitam.
Lelaki itu terus memaut bahu Ulya dengan cepat supaya Ulya tidak rebah di situ.

"REZZ! KAU IKUT AKU!" Jerit Raiyan pada Rezza yang jadi pemerhati dari tadi. Nak tolong takut dirinya jadi stik untuk haiwan belaan Raiyan.

Rezza yang melihat Raiyan membawa masuk gadis itu ke dalam BMW Series 9 mengangguk tanpa mangata apa-apa dan terus masuk ke dalam kereta Lamborghini Aventador 19 kepunyannya.

Di dalam kereta, Raiyan cemas melihat Ulya yang pucat dan tidak bermaya sambil menahan kesakitan. Raiyan memandu kereta selaju yang mungkin untuk ke hospital. Peluh di dahi gadis itu dilapnya.

"Baby i'm sorry. Kalau aku tak berbual dengan Rezza tadi mesti takkan jadi macam ni." Beritahu Raiyan yang jelas menunjukkan dia betul-betul kesal sambil menggenggam tangan Ulya.

"I-it's o-okay Iyan. I'm fi-fine." Ulya cuba menenangkan Raiyan dan tersenyum kelat. Sekarang dia betul-betul rasa sakit yang teramat.

"NO! You are not! Jangan senyum kalau kau sakit macam ni! It's not working!" Marah Raiyan bila Ulya cuba menenangkan dia walaupun dalam keadaan sakit.

Raiyan's Babyboo [C]Where stories live. Discover now