28. LUNCH

5.1K 170 6
                                        

        RAIYAN yang sedang masak untuk makanan tengah hari mereka dihampiri. Ulya berdiri bersebelahan sambil memerhati suaminya memotong timun. Tidak dia sangka Raiyan mahir dalam memasak. Fikirnya Raiyan hanya bergurau mahu masak makanan tengah hari untuk mereka. Tapi bila ditatap tajam oleh Raiyan dia hanya membiarkan.

Tanpa dia sedar, alam perkahwinan mereka telah berginjak 3 bulan lebih. Makcik, pakcik serta sepupunya yang tiba-tiba menghilang dihiraukan. Malas hendak ambil tahu. Kini dia semakin bahagia dengan Raiyan di dalam mahligai mereka. Mereka telah berpindah masuk ke mansion baru Raiyan 2 bulan yang lepas.

"What are you looking for baby? There's anything wrong or you want something?" Raiyan menyoal apabila melihat Ulya seperti termenung disebelahnya.

"Nothing." Cukup sepatah perkataan untuk memjawab soalan-soalan Raiyan.

"Bie~"

"Yes baby"

"Nak hug?"

"Hmmm? Kejap lagi boleh,sayang? Aku busuk ni." Jelas Raiyan.

Ulya terus memasamkan wajahnya.  Sedih tak dapat peluk suami. Tiba-tiba senyuman misteri terukir dibibirnya.

Ulya membongkokkan sedikit badannya dan terus menyelup masuk dibawah lengan suaminya. Kini dia berada dihadapan Raiyan secara menghadap. Badan Raiyan dipeluknya.

Terbuntang mata Raiyan melihat Ulya yang tiba-tiba berada dihadapannya. Namun sepantas kilat dia menukar ekspresi mukanya dengan wajah yang tegas.

"Kenapa buat macam tu?" Tegas Raiyan menyoal.

Ulya menjarakkan wajahnya dari tubuh Raiyan apabila mendengar ketegasan suara suaminya. Tangannya masih mengelilingi badan Raiyan.

"Lya nak peluk bie je. Tu pon tak boleh." Suaranya mengendur bila melihat muka Raiyan seperti mahu menelannya.

Nafas ditarik dan dihembus oleh Raiyan. Cuba menenangkan dirinya daripada memarahi isterinya. Api dapur ditutupnya.

"Haih. Bukan tak boleh sayang. Sekarang aku tengah memasak, kan? Kalau tadi kena kuali panas ni macam mana?Aku yang risau, baby. Can you understand me?" Rambut tebal si isteri diusap dengan penuh kasih sayang. Dahi Ulya dikucup syahdu. Wanita itu hanya diam apabila dileteri suaminya.

Dekat dapur juga mereka nak buat drama.

Senduk yang sedang menggaul kuah diletakkan ditempatnya. Tubuh Ulya dicempung dan didudukkan di atas island table.

"Duduk sini diam-diam. Satgi lunch entah ke mana, kita pulak ke bilik. Tengok aku masak sudah." Bibir Ulya diciumnya sekilas. Geram.

"Nah" Iphone yang bewarna hitam milik Raiyan diberi pada gadisnya. Terjungkit kening Ulya.

"Buat apa?"

"Untuk kau main kalau bosan. Bukan senang aku nak bagi kau main telefon aku tau." Ya betul. Raiyan pantang orang luar sentuh barang miliknya. Tapi untuk Ulya bukan sahaja sentuh, nak guna pun boleh. Cuma, hanya Ulya saja yang was-was sekiranya dia sentuh Raiyan akan memarahinya.

"Hehehehe thank you." Kucupan sekilas diberi pada pipi Raiyan. Tersengih Ulya dapat memegang telefon Raiyan, seperti dapat emas.
Raiyan tersenyum melihat keterujaan isterinya.

Tubuhnya dipusingkan untuk sambung kembali kerja yang tergendela.

••••••••••••••••••••••♥•••••••••••••••••••••

"SEDAP?" soal Raiyan, menanti pujian dari sang isteri. Walaupun dia tahu dah tahu yang dia masak sememangnya sedap. Ulya yang  berada diatas pehanya, direnung.

Raiyan's Babyboo [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang