49. HOTEL

2.9K 120 12
                                    

Hi guyss🤗🤗i'm backk. Sorry lambatt.. bz sikett.. and tq sbb masih setia ngan RB🤧🤧 and sorry again klau hmbarr.. AND cita ni bakal bertemu dengan penghujungnya😭😭 ok guyss happy reading

BUNYI derapan kaki seseorang berlari telah mengganggu sesi seksaan mereka terhadap Razif. Kepala mereka bertiga ditoleh ke arah pintu yang sedikit terbuka.

"Ada orang intip ke?" Soal Amir sambil menggaru pipinya yang digigit nyamuk. Dah nama pon malam plus dalam hutan, memang banyak nyamuk la.

"Pergi tengok." Dingin Raiyan mengarah Amir untuk pergi lihat ke luar.

Pecut Amir pergi ke arah pintu dan membukanya luas. Matanya meliar sekeliling sehingga terlihat sebuah kereta yang semakin jauh. Lagi lemah jantungnya apabila dia mengenali kereta tersebut. Kakinya terus diorak laju menuju ke arah Tuannya.

"Tuan.." perlahan intonasi suara Amir memanggil tuannya. Raiyan hanya menayang muka datarnya sambil menanti ayat seterusnya dari Amir.

"Tuan ada suruh puan muda datang sini ke?" Soal Amir pelik.

"Lya?" Otaknya sedang memproses ayat dari Amir. Membuntang matanya apabila dia sudah dapat menangkap maksud dari ayat tersebut. Shit!

Kakinya laju melangkah ke arah pintu. Sempat diberi arahan pada anak buahnya.

"Amir! Kau detect kereta bini aku ASAP!"

Kereta sportcarnya dihidupkan enjin dan meluncur laju di jalan yang dipenuhi hutan disekeliling.
Mukanya serius sambil menahan rasa. Pelbagai rasa yang dirasainya sekarang. Risau, geram, marah semua bercampur baur.

"You really make me crazy about u, babyboo." Bisiknya perlahan sambil bibirnya mengukir senyuman senget. Tak semudah itu Ulya mahu lari darinya. Kecewa atau tidak isterinya itu, tetap dia tak izinkan isterinya pergi dari hidupnya walauapa pun terjadi.

••••••••••••••••••••♥•••••••••••••••••••••••

      HOTEL AREANAA STAR LUXURY dilihat. Hotel murah yang dia cari di Trivago ditemuinya. Not bad. Ok la buat dia tidur dengan triplets semalaman. Bukan tidak mahu menempah hotel mahal, tapi dia takut Raiyan akan lagi cepat tahu dia berada di mana.

Sebab apa? Sebab kebanyakan hotel-hotel mewah di sini adalah rakan peniagaan dan kawan-kawan suaminya yang punya. Dan sudah semestinya mereka kenal dia sebagai isteri Raiyan.

Kaunter receptionists ditujunya sambil menolak stroller triplets. Agak besar untuk dia yang membawanya sorang-sorang.

Besar pon besarlahh~ Asal anak dia selesa itu keutamaan dia.

"Ye puan? Boleh saya bantu." Wanita dalam linkungan 30-an menyoalnya dengan senyuman manisnya. Senyumannya turut dia balas.

" Satu bilik dengan katil King ada?" Dalam hati dia berdoa supaya ada. Mahu nangis dia sekarang ini. Selalunya, Raiyan yang uruskan tentang tempahan bilik hotel kalau mereka pergi bercuti di luar. Bila first time tempah sendiri auto tangannya shaking.

"Ada puan. Puan nak ke?"

"Err y-ya."

"Ini puan. Bilik 1067 tingkat 7." Kunci diberi pada Ulya dan gadis itu mengambilnya. Baru sahaja mahu menolak stroller triplets, dia ditegur kembali oleh wanita itu.

Raiyan's Babyboo [C]Where stories live. Discover now