44. BAJU

3.3K 134 5
                                    

"TOKKKK!" Puan Khadijah yang sedang menyapu daun-daun kering di halaman rumahnya memalingkan wajah ke arah suara itu.

Puan Khadijah yang rabun jauh memicingkan matanya. Masih jugak tak kelihatan. Hahahahahaha. Biasala orang tua kann~

Ulya teruja sehingga mahu berlari ke arah neneknya sempat ditahan oleh Raiyan. Mahu terberanak anaknya dia di sini kalau isterinya berlari tadi.

Terus dipeluk tubuh tua yang dirinduinya itu.

"Lahh kamu ke Tul. Tok ingat sapa la yang gemuk sangat panggil tok tadi." Usik Puan Khadijah.

"Apa nii tokkk." Memuncung bibirnya ke depan.

"Apa? Betul lah. Perut kamu ni boleh main laga-laga dengan perut tok ni." Puan Khadijah memegang perutnya yang bulat itu.

"Berapa sperma kamu dalam perut si Tul ni, Raiyan?" Soal Puan Khadijah ketika Raiyan bersalaman dengannya.

"2 ekor ja tok." Selamba Raiyan membalas. Merah muka Ulya tidak terkata mendengar perbualan dua orang itu. Helloo I'm still heree!

"Patut besar semacam perut kau ni Tul." Ditarik tangan cucu-cucunya naik ke atas rumah.

••••

"Ya Allahh bieee. Macam mana niii!"

"Why sayang." Raiyan yang sedang berbaring hanya menjawab sambil menutup mata. Mengantuk.

"Baju tak bawakkk. Lya nak pakai baju apa." Ulya sudah gelabah apabila bajunya tidak dibawa bersama. Mana taknya kalau dari pejabat suaminya terus ke sini.

"Baju tok ada. Kau pakai la."

"Biee~tak nakkk." Rengek Ulya. Macam-macam betul orang perempuan ni. Hahahahahaha.

Raiyan bangkit dari baringannya. Ulya yang sedang berdiri ditengah-tengah bilik ditarik dan didukkan di atas katil.

Kaki melangkah keluar dari bilik dan masuk kembali dengan sehelai kain batik.

"Bangun." Dihulurkan tangan kepada isterinya.

Ulya tanpa banyak bunyi hanya mengikut arahan suaminya. Raiyan menarik keluar baju yang dipakai Ulya. Sekarang badannya hanya dilapisi baju dalamnya. Malu? Little bit. Tapi tak larat nak malu banyak-banyak dah. Suaminya ini bukan tahu malu pun.

"Nak buat apa dengan kain batik tok tu." Soalan Ulya tidak dijawab. Raiyan membuat kerjanya tanpa suara. Kain batik itu disarungkan ke badan isterinya.

"Raise your hand." Ulya mengangkat kedua tangannya ke atas. Raiyan mengikat kain batik itu selepas membuka baju dalam isterinya.

Ikatan di atas dada isterinya dikemaskan supaya tidak terlondeh. Kemudian tubuh jejaka itu dibongkokkan dan menyelak kain batik itu paras pinggang Ulya.

Ulya sudak fikir bukan-bukan. Mana taknya kalau suaminya ini suka buat benda tak senonoh pada dirinya tidak kira tempat dan masa.

Tetapi apa yang difikirkan Ulya meleset sama sekali apabila Raiyan hanya mahu membuka seluarnya sahaja.

"Done. Let's sleep now." Dicempung tubuh wanita itu ke katil dan dibaringkan.

Ulya memejamkan mata apabila telah mendapat keselesaannya. Bukan senang ya ibu mengandung nak tidur. Kena cari posisi yang selesa terlebih dahulu, kalau tidak hadaplah telinga para suami dengan rungutan para isteri.

•••••••

Ulya keluar dari bilik setelah selesai membaca al-Quran.
Pergi ke dapur, kelihatan Puan Khadijah sedang menyediakan bahan-bahan untuk memasak.

"Masak apa tok." Dijenguk kepalanya pada bahan yang dipotong neneknya. Bawang.

"Nasi lemak." Puan Khadijah kalih sekilas pada cucunya.

"Padan lak baju tok kat Tul. Maknanya hang sama gemuk dengan tok la sekarang ni." Gelak Puan Khadijah setelah mengusik cucunya itu.

"Aiyyy tokk niii. Orang sensitif laa." Air matanya telah bergenang. Buka baju ni kang. Baju ni pun Raiyan yang ambilkan.

"Alololololo cucu akuu ni. Manja betul." Dirangkul pinggang Ulya menggunakan tangan kirinya. Tangan kanannya sedang mengacau sambal nasi lemak.

"Sayang." Panggilan suara garau itu mematikan perbualan antara cucu dan nenek.

"Ye bie." Dikalih kepalanya melihat Raiyan yang duduk di meja makan.

"Come here." Ditepuk kerusi empuk di sebelahnya. Rumah Puan Khadijah bukanlah seperti rumah kampung biasa. Rumah yang diduduki Puan Khadijah ialah rumah banglo setingkat dan ia sangatlah luas.
Muat untuk sepuluh orang anak Raiyan dan Ulya untuk bermain bola sepak.

"Pi kaih suami hang panggil." Dilepaskan rangkulannya dari pinggang cucunya. Puan Khadijah bukanlah 'nenek bawang' yang tak boleh tengok cucu-cucunya bersenang lenang. Dia tidak kisah pun sekiranya dia masak sorang-sorang. Lagipun dia tahu bagaimana penatnya membawa perut besar kehulu kehilir. Tambahan pula cucunya mengandung kembar.

Ulya tanpa membantah mengorak langkahnya ke arah Raiyan dan duduk disebelahnya.

Perut isterinya diusap-usap. Kepalanya diselaraskan sama paras dengan perut besar isterinya.

"Heyy baba is here. Are guys ok in there? Baba is happy all of you behave and not hurting your mama. I love u guys." Raiyan membisikkan kata-kata sayang pada anak-anak didalam perutnya. Telah menjadi rutin Raiyan setiap pagi, malam dan bila suaminya tidak busy. Such a good future father.

••••

"Tu tadi Ikmal ada hantarkan roti canai. Makanlah." Beritahu Puan Khadijah tentang kewujudan roti canai di atas meja makan itu.

"Ikmal mana." Soal Ulya sambil tangan membuka bungkusan roti canai itu. Emmm dap emmm.

"Ikmal cucu makcik Saleha tu."

"Ouhhh."

Raiyan hanya mendengar dan tidak ambil peduli. Dua hanya teruskan makan. Sesekali tangannya menyuapkan isterinya. Padahal dah lahap sepinggan nasi lemak. Tetapi Raiyan tidak kisah sama sekali. Untuk kesihatan anak-anaknya juga. Kena jugak la sindir dengan Puan Khadijah kerana makan banyak. Ulya hanya buat muka toyanya.

•••••••

Tengah hari sebegini Ulya tidak tahu mahu membuat apa. Suaminya sedang tidur. Puan Khadijah pergi kenduri aqiqah cucu kawannya.

Telefon dicapai dan dia menscroll tiktok. Kebanyakan yang muncul di tiktoknya dari luar negara.

And of course lah lelaki yang hensem-hensem selalu muncul. Ayuh lah cuci mata.

Scroll punya scroll, kening Ulya mula berkerut. 'Aikk pelikk. Kenapa yang tak keluar content-content dari lelaki luar negara dah? Yang keluar semua masak-masak, orang cina promote barang.'

Mata dikalihkan melihat Raiyan. Kemudian keluhan pasrah keluar dari bibirnya. Sah kerja suaminya. Payah dapat laki pandai 'it' ni.

"Assalamualaikum!" Tiba-tiba terdengar seseorang memberi salam. Dengan sepantas kilat Ulya memakai baju dan tudung.

Kaki dilangkah menuju ke pintu utama. Sebelum membuka pintu sempat dia melihat gerangan orang yang memberi salam.

Matanya membulat teruja melihat kedatangan orang itu. Terus dibuka pintu utama dan menjerit nama manusia dihadapannya itu.

"Ikmall!" Ulya menjemput Ikmal masuk ke dalam rumah.

Raiyan yang baru terjaga dari tidurnya, terbuntang matanya apabila mendengar isterinya menjerit nama lelaki yang tidak dikenalinya. Terus dia menuju ke pintu dan keluar dari bilik dengan segera. Hatinya kini berdebar-debar.

Tbc

13 NOVEMBER 2022

ayokkk.. Ulya curang kaa?

Raiyan's Babyboo [C]Where stories live. Discover now