55. INDAH

3.2K 78 9
                                    


ربِّي يسِّر ولا تُعَسِّر ,ربي تمِّم بالخَير

Semoga Allah permudahkan segala urusan korang.. aamiin🥰

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Haura?" Pelik dengan kehadiran si gadis itu.

"Gegeh la kau. Dok terjerit-jerit macam monyet."

Haura yang teruja melihat Raiyan terus meluru ke arah Raiyan. Namun belum sempat dia mendekati Raiyan, kolar bajunya ditarik seseorang.

" Kau ni memang gatal miang keladi ehh nak peluk abang aku."
Kolar gadis itu masih belum dilepaskan.

"Lepaslah Din. Sakit leher aku gila!"

"Udin! Kamu nak Aura mati ke?" Marah Puan sri Chessy melihat Udin melakukan sebegitu pada Haura. Anak orang tuu.

"Dia ni haa my, gatal sangat nak
pe-adoii!" Dipegang kakinya yang dipijak oleh Haura. Haura terus berlari ke ruang tamu. Takut dibalas kembali oleh Udin. Sudahla kaki Udin lagi besar dari dia.

"Kau jaga kauu beruk! Aku dapat kau, siap!?"

Tergeleng-geleng Puan sri Chessy melihat mereka berdua. Asal jumpa je gaduh macam tak ada hari esok.

"Gaduh tak habis-habis. Along bagitau daddy suruh kahwinkan korang berdua baru tahu." Ujar Raiyan yang dari tadi melihat pertelingkahan antara Udin dan Haura.

Haura adalah kawan Udin dari tadika. Gadis itu sering menganggunya ketika di tadika dulu sampai naik rimas Udin dibuatnya. Pada umur enam tahun, Haura dengan tak tahu malunya mengikut Udin pulang ke rumahnya. Di situlah Puan sri Chessy dan Tan sri Mateen mengenali Haura. Haura juga kerap datang ke rumah Udin sehingga lah ke tingkatan 5. Sepanjang perjumpaan mereka, tiada satu hari pon mereka tidak bertengkar. Sudah menjadi kebiasaan bagi Haura untuk mengusik Udin.

Setelah itu, Haura tidak lagi mengunjungi rumah Udin kerana gadis itu sambung pembelajarannya di Korea. Baru hari ini dia berpeluang untuk melawat ke rumah kawan peperangannya ini.

"Eeee apa taste kahwin dengan beruk tu!" Muka ditayangkan reaksi jijik.

"Benci-benci laa lama-lama, nanti jatuh sayang, angau pulak dekat si Haura tu." Sampuk Puan sri Chessy.

" Mengarut. Tak ada maknanya nak mabuk-mabuk cinta dengan perempuan tu. Huru hara hidup Udin nanti." Udin terus beredar dari ruang makan itu dan menuju ke biliknya.

••••••••••••••••••••♥••••••••••••••••••

"Aura tidur sini lah. Malam dah ni." Puan sri Chessy mengajak Haura untuk tidur di mansion itu memandangkan hari telah lewat malam. Ralit sangat si Haura bermain dengan anak-anak Raiyan dan Ulya sehingga tidak sedar hari semakin gelap.

"Tak apa auntie, Aura naik grab jer." Tolak Haura. Segan dia mahu tidur di rumah orang. Sudahlah baju apa tidak dia bawak.

"Alaa Aura, tidur je lah sini. Boleh kita night-talk malam ni." Pujuk Ulya pula. Mereka berdua telah menjadi rapat beberapa jam yang lalu.

"Sayangg~" Meleret nada Raiyan memberi amaran. Tangan yang berada di pinggang Ulya dikejapkan menandakan dia tidak sokong dengan cadangan isterinya yang hendak bernight-talk itu. Isterinya perlukan rehat yang cukup.

"Tidur jelah Aura. Kita tak tahu apa jadi kalau Aura naik grab malam-malam macam ni. Aura tu perempuan." Tan sri Mateen turut menghalang Haura balik.

Raiyan's Babyboo [C]Where stories live. Discover now