LAJU kaki melangkah ke arah bilik yang menjadi kegemarannya, blood room. Makin dekat dengan bilik tersebut makin membuak-buak hatinya ingin bermain 'barang' yang berada di dalam bilik itu.
Tanpa mempedulikan dua orang yang sedang menjaga di hadapan bilik tersebut, kaki terus melangkah masuk apabila pintu terbuka secara automatik. Pintu canggih itu dapat mengesan dirinya dari jarak 3 meter.
Tersungging senyuman sinisnya melihat dua orang lelaki duduk di kerusi dalam keadaan lemah longlai. Keduanya-duanya kurus kering. Huh. Entah bagi makan ke tidak boss mereka itu.
Dua orang tersebut telah diberikan suntikan untuk melumpuhkan seluruh badan mereka. Kesan suntikan itu akan bertahan selama 2 minggu jika dosenya rendah.
Wajah salah seorang daripada dua orang itu di cengkam.
"Korang memang dah tak nak hidup ke?" Soal Raiyan. Dingin.
"Tuan maafkan kami, tuan. Kami hanya ikut arahan." Rayu lalaki tersebut.
"Huh arahan boleh diingkar. Tapi korang ikut juga. Maknanya korang memang nak MATI!" Perkataan 'mati' ditekan.
Dilepaskan wajah lelaki itu dengan kasar sehingga terpaling ke kiri.
"Let's begin our game." Bibir atas dijilat dengan wajah yang menakutkan. Tangannya telah memegang pisau rambo kesayangannya khas buatan Rusia.
°°°°°°°°°°°°°°°°
SELESAI urusan dia di blood room, terus kaki melangkah mencari isterinya. Bergegas dia berjalan dengan muka yang tegang apabila bodyguard yang menjaga isterinya dari jauh mengatakan adiknya membawa Ulya ke kolam renang lelaki.
Sudahla dia pantang kalau Ulya memandang lelaki lain selain dirinya. Adiknya memang nak kena dengan dia kejap lagi.
Bam!
Pintu dibuka dengan kasar. Tidak kisah dengan mata-mata yang memandangnya. Mata dililaukan mencari isterinya.
Tangannya digenggam dengan kuat apabila matanya dapat tangkap Ulya. Yang menyakitkan hatinya, isterinya sedang memandang lelaki-lelaki yang berada dikolam renang itu. Kaki diteruskan berjalan ke arah Ulya tanpa disedari oleh wanita itu.
Macam mana nak sedar kalau dah ralit sangat tengok badan-badan berketak lelaki-lelaki disitu.
Langkahnya dihentikan dibelakang isterinya. Dia perasan badan Ulya kejung. Senyuman sinis diukir.
Dia menghiraukan orang-orang menunduk hormat kepadanya.
"Seronok cuci mata? Hmm?" Raiyan melingkarkan tangannya dipinggang Ulya lalu dicengkam menandakan dia sedang marah.
"Bie?"
"Abang long!"
"Mati kau kali ni Udin." Pandangan tajam ditujukan buat adik bongsunya. Seolah-olah mahu menyiat kulit adiknya itu.
"Alaaa sorry lah Long. Udin sembang dengan kawan Udin tadi. Terlupa yang kaklong masih dekat sini." Kedua-dua tangannya disatukan sambil membuat muka sedih agar kemarahan abangnya reda.
"Boleh je kan kau bawa isteri aku dekat dalam bilik. Jauh sangat sampai kena naik jet ke bilik tu?" Tidak termakan dengan muka kesian Rafiudin. Geram dan marahnya masih menebal. Jangan sesekali dibuat main dengannya apabila ia berkaitan tentang Ulya.
Rafiudin membuat gerakkan mulut mengatakan 'sorry' pada kakak iparnya. Ulya hanya memberikan senyuman nipis. Salah dia juga pergi usya lelaki-lelaki tadi. Kan dah kantoi.
YOU ARE READING
Raiyan's Babyboo [C]
RomanceYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka