20. CEMBURU

7.9K 169 10
                                        

MAJLIS RESEPSI mereka berjalan dengan lancar. Pihak media pun di jemput. Tetamu yang dijemput tidaklah terlalu ramai. Dalam lingkungan 1000 orang saja.

Tapi..

1000 orang tak termasuk cucu cicit atuk nenek yang mereka bawa ye. Kalau dicampur, tolak, bahagi lepas itu dikuasakan dua bersamaan 2000 lebih orang.
Selamat makanan memang ditempah lebih.

Ulya memerhati sekelilingnya. Cantik. Tengoklah siapa yang pilih design. Itupun mereka sempat bergaduh kecil semasa memilih tema dewan perkahwinan ini.

Kalau diikutkan design Raiyan macam ni.👇

Memanglah cantik

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Memanglah cantik. Tapi korang tak fikir ke, tetamu nak makan makanan ke nak makan bunga? Rimas gadis itu dengan bunga yang banyak di atas meja.

Design yang Ulya pilih pun dah cukup mahal bagi Ulya. But not for Raiyan. Puas Ulya pujuk Raiyan untuk terima pilihan dia. And yes! dia berjaya akhirnya.

"What are you thinking, baby?" Tersentak Ulya dari lamunannya bila pinggangnya dirangkul.

"Nothing. Biy pergi mana tadi. Penat Lya berdiri dekat sini."

Terjungkit kening Raiyan.

"Tadi aku ajak, kau tak nak." Hidung Ulya ditarik. Pipinya menjadi mangsa ciuman suaminya.

Malu? Tak langsung. Suami dia. Ikut suka dia la nak buat apa pun. Lagipun Raiyan telah mengarahkan pada para wartawan supaya tidak memampangkan wajah isterinya di mana-mana media ataupun surat khabar.

"Hishh bukan tak nak. Lya tak larat nak jalan. Lenguh tau tak!" Bentak Ulya perlahan. Muka disebamkan di dada Raiyan.

Jangan tanya sebab apa dia buat macam ni. Sebabnya perempuan-perempuan yang berada di belakang meja yang didudukinya, memandangnya tidak puas hati, dijeling.

"Kau lenguh atau kau sengaja nak cemburukan perempuan-perempuan yang pandang aku tu? Heels kau bukannya tinggi mana pun. 2 inch setengah je. Am i right baby?" Bisik Raiyan ditepi telinga Ulya yang berlapikkan tudung. Tangan kanan Raiyan mengusap-usap lembut kepala isterinya.

"Hoi Long. Agak-agakla nak berpeluk dekat sini. Majlis tak habis lagi kot. Kesianlah kat kami yang 'singlet' ni." Tegur Raihan, anak kedua dalam family Tan Sri Mateen dan Puan Sri Chessy. Rezza disebelah menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh tanda men'iya'kannya.

"Huh ayat cliche orang single. Kesian." Sinis sahaja sindiran diberikan pada dua adiknya. Kaki terus melangkah ke arah Puan Sri Chessy dan yang lain-lain sambil merangkul bahu isterinya.

"Abhadra ēkaṭi bhā'i āchē (kurang ajar punya abang)" Kutuk Raihan dalam bahasa asingnya.

Berkerut dahi Rezza cuba memahami bahasa yang digunakan Angahnya.

Raiyan's Babyboo [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang