9 BULAN KEMUDIAN...
"Go Uzair u can do itt!" Semangat Ulya memberi kata-kata semangat buat anak lelakinya itu yang sedang berlatih berjalan sambil dipegang olehnya.
Terkekeh si kecil mendengar suara mamanya. Manakala Uzmi dan Adriana bermain bola-bola ditempat yang disediakan oleh ayah mereka.
Ini baru sedikit. Belum lagi indoor playground yang dalam perjalanan nak disiapkan. Raiyan sanggup mengeluarkan beratus ribuan ringgit untuk keselesaan anak-anak dan isterinya.
Jam di dinding dilihat.
5.35 petang.
Lagi setengah jam suaminya akan balik. Makanan belum dihidang lagi. Jadi dia perlu bertindak segera.
Uzair di dukungnya dan diletakkan di dalam stroller. Kaki diorak langkah menuju ke arah Uzmi dan Adriana. Perkara yang sama dibuat seperti Uzair. Adriana telah mengeluar rengekan tanda dia tidak puas bermain lagi.
'Maaf sayangg. Mama nak kena layan papa kejap lagi.' Bisik hatinya. Mainan yang mempunyai loceng di dalamnya diberi pada Adriana. Dan syukur rengekan Adriana berhenti mendengar bunyi loceng yang datang dari mainan itu.
Stroller triplets ditolak keluar dari bilik mainan itu dan menuju ke lif.
Hari ini Maktam mengambil cuti kerana tidak sihat. Jadi dia melakukan semuanya sendirian. Sudah ditegah Raiyan untuk tidak melakukan pekerjaan apa pun. Tapi Ulya is Ulya. The stubborn girl.Ketiga-tiga anaknya di letakkan di tempat khas buat mereka di ruang tamu. Dan dia lincah pergi ke dapur untuk menghidangkan makanan buat suaminya.
"Assalamualaikum." Dilihat sekitar ruang tamu mencari isterinya. Tapi tak kelihatan. Bibirnya menarik senyuman lebar apabila matanya jatuh pada anak-anaknya yang sedang bermain sesama mereka.
"Cutie-cutie papa." Triplets yang mendengar suara papa mereka terus eksited. Tangan mereka sudah di angkat minta di dukung.
"Paa... Paa.."
"Ye sayang. Kejap yerr. Papa angkat sorang-sorang keluar ye." Lembut Raiyan berbicara dengan anak-anaknya. Takkan nak kasar-kasar. Kuali bontot hitam terbang dulu dekat kepala dia kalau dia berani buat begitu.
Ketiga-tiga mereka diletakkan di atas riba Raiyan.
"Mana mama korang ni. Jangan kata bayang, seurat rambut pon papa tak nampak lagi ni." Pipi anak-anaknya dicium seorang demi seorang.
"Ehhh bie bila sampai." Soal Ulya yang terkejut dengan kehadiran suaminya. Awal 15 minit dari kebiasaannya.
"Baru je." Dingin suaranya apabila melihat apron yang terikat di tubuh isterinya. Sudah dia larang tapi tetap degil.
"Err-"
"Sit down." Mata menjeling Ulya yang masih berdiri kaku di hadapannya.
Ulya akur dengan arahan suaminya.
YOU ARE READING
Raiyan's Babyboo [C]
RomanceYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka