#Jangan lupa follow saya untuk mengetahui pemberitahuan maklumat² lain 🥰
PANG!
Pipi yang baru saja kena tampar oleh suaminya dipegang. Terkejut? Ya. Tidak pernah dirinya diperlakukan seperti ini oleh suaminya.
"Huh! Tamparan tu layak untuk kau!" Muka suaminya yang bengis ditatap. Suami yang dia sayang, suami yang dia cintai dan ayah kepada anak-anaknya. Apa salah dia?
"Apa salah-"
"Salah kau? Kau tanya salah kau? Banyak... Banyak sangat!"
Rambut panjang isterinya dicengkam."Arghhh! Lepas lahhh!? Tell me what i'm doing to you!?" Nadanya naik seoktaf menjerkah suaminya.
Pang!
"Uishh best gak tampar orang kan? Tengking la aku lagi." Senyuman jahat dilemparkan kepada isterinya.
"Dasar jantan tak guna!?" Harapannya hanya satu iaitu dia harapkan ini adalah mimpi. Tapi malangnya ini adalah realiti yang perlu dia hadapi-
Pap
Rancangan tv yang ditonton Ulya tiba-tiba sahaja menjadi gelap. Ternganga dia dibuatnya. Air mata yang mengalir dilapnya. Oii orang baru nak menghayati ni!
Ditoleh ke belakang. Melihat manusia yang berdiri dibelakangnya. Ditangannya terdapat remote tv. Pahamlah dia kenapa tv itu menjadi gelap.
"Kenapa bie tutupp. Eeee Lya tengah dok geram dengan laki tuu..." Rengek Ulya tidak puas hati. Muka cemberut ditayangkan.
"No. Aku tak nak kau tengok cerita ngarut macam tu. Rosakkan otak kau je."
" Alaaa bieee bukan selalu~ episod akhir dah tuuu~" Cerita yang bertajuk 'suamiku durjana' tergiang-giang dikepalanya.
Macam manalah pengakhirannya..." See my face." Suruh Raiyan.
" Hm?" Ulya melihat muka suaminya seperti yang diarahkan oleh lelaki itu.
" Ada nampak muka aku kisah?"
"Bie! It's not funny." Geramnya dia tengok muka selamba suaminya.
" Stop this drama. It's time for you to eat."
Jam di dinding dilihatnya.
12.46 tengah hari. Ouh lunch.
•••••
"Minum air." Dihulur air kosong pada isterinya usai sahaja wanita itu makan makanan tengah hari yang dimasak olehnya.
"Bie kena pergi office balik ke?" Soalnya setelah air kosong didalam gelas itu habis diteguknya.
Memandangkan sekarang dia dalam pantang, suaminya akan balik rumah dalam pukul 11.30 pagi untuk masak makan tengah hari mereka. Raiyan melarang keras isterinya untuk memasak buat sementara waktu.
Jadi dia sebagai isteri yang baik, mithali, solehah lagikan comel dan cantik hanya menurut perintah.
Cehh. Padahai kau memang malas. Bak kata pepatah, gunalah peluang sebaiknya. Hohohohoho.
"Hmm. Aku ada dua meeting satgi. Aku cuba balik awal untuk kau dan anak-anak k? Don't worry about it." Beritahu Raiyan. Dia cuba untuk tidak memadatkan masanya dengan kerja dan membahagi dengan sebaiknya.
"Ok bie" Senyuman lebar terukir dibibirnya buat Raiyan yang tercintahh.
"Jom. Aku nak tengok anak-anak." Tubuh Ulya dicempung dan masuk ke dalam lif menuju ke bilik mereka. Triplets sekarang sudah mencecah 2 minggu 3 hari 7 jam 15 minit 26 saat 45 detik.
Gurau-gurau😂
••••
Malam tiba...
Kini Ulya sedang bermain dengan ketiga-tiga anaknya. Bukan main mainan tapi lebih kepada Ulya membelai dan mencium pipi Uzair, Adriana dan Uzmi.
Untuk pengetahuan semua penglihatan bagi seorang bayi yang baru lahir masih kabur.
"Sayang." Panggil Raiyan yang baru sahaja lepas mandi.
"Bie, jaga triplets jap. Lya nak terkencing." Wajah dialih ke belakangnya di mana Raiyan berada.
"Ok" Raiyan menuju ke katil mereka yang terdapat triplets di atasnya. Sempat dia menyarungkan singlet ke badannya. Singlet, bukan single ya. Bawahnya hanya tersarung tuala mandi.
Sebelum menuju ke bilik air, dia mendekati suaminya. Terjungkit kening Raiyan melihat Ulya berada dihadapannya. Tadi kata nak kencing.
Dengan sengaja dan jahatnya wanita itu menarik tuala Raiyan dan berlari laju masuk ke dalam bilik air sambil ketawa terbahak-bahak.
Membulat mata Raiyan dengan perlakuan nakal isterinya. What the duck! Mujur dia memakai seluar pendek di dalamnya.
"Jaga kau sayang!"
"Wekkk! Lya dalam pantang!" Jerit Ulya dari dalam bilik air.
" Oh ya? We will see." Bisik Raiyan sendiri. Senyuman nakal mula mencambah dibibir jejaka itu.
•••••••••••••••••••♥••••••••••••••••••
"Hoii!? Lepaskan aku lahhh!? Gila ka culik aku!? Aku tak buat salah apa pon kat korang kan!" Jerit si mangsa .
"Lah. Memang nak culik orang kena ada salah dulu ke? Banyak ja penculik yang culik orang yang diorang tak kenal. Celah mana salah tu timbul. Aku pon tak faham la. Tapi untuk kau ya la kena culik sebab kau ada buat salah. Bukan besa-besa tau salah kau sekarang ni." Bebel penculik pertama pada mangsanya.
" Oi pompuan. Kau bebel apa dekat jantan tak guna ni. Terbelit-belit kau tahu tak." Bidas penculik kedua. Geram. Tak pernah nak serius.
"Aku jantan la bangang!"
"Alaa palsu ja tu."
TBC
19 DISEMBER 2022
Ni kira prank gak ka? Hahahhaha😂
don't worry gaiss... Raiyan bukan macam tuu😂😂 dan saya rasa kena tulis nama kembar tiga tu dekat setiap chapter seterusnya. Sebab saya pon lupa😌Soryy kalau hambar dan pendek kali ni.
Anak 1st- Rafiq Uzair
Anak 2nd- Adriana Umairah
Anak 3rd- Rafik Uzmi
YOU ARE READING
Raiyan's Babyboo [C]
RomanceYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka