35. DEGIL

4.2K 184 11
                                    

        HARI MINGGU yang menyeronokkan. Apatah lagi keluar berjalan dengan orang yang tersayang menjadikan hari itu lebih bermakna.

"Mama nak beli apa lagi?" Ulya menyoal mamanya yang berjalan disebelahnya. Sekarang mereka berdua eh tak. Berempat termasuk dua orang bodyguard Raiyan berada di KL East Mall. Bukannya Datin Najihah tiada anak yang lain. Tapi semuanya sibuk belaka.

Dan macam biasalah. Suaminya yang overprotective payah untuk di minta izin keluar. Ini pun selepas dia menabur segala janji-janji manis pada Raiyan. Dan dengan syarat dari Raiyan yang perlu membawa dua orang bodyguard kepercayaannya.

"Mama rasa tak dak dah kot. Jomlah balik. Kesian kat kamu penat."

" Mana ada mama. Lya lagi seronok keluar jalan-jalan adalah. Duduk dalam rumah bukannya buat apa pon. Menantu mama tu halang habis Lya nak buat kerja rumah. " Bibir dicebikkan. Puas setelah dapat luah kegeramannya pada mama.

" Hahahahahaha. Sebab dia sayang kamu la dia buat macam tu. Bukan dia tak tau bini dia ni buas." Sindir Datin Najihah.

"Mama niiii~" Mahu menangis dia dibuatnya.

Dalam perjalanan ke pintu mall tersebut, kaki Ulya terpaku apabila melihat seseorang yang dikenalinya.

Ditarik tangan Datin Najihah. Tapi mata masih memandang gerangan tersebut.

Datin Najihah hanya mengikuti sorotan mata anaknya. Dan ya. Dia juga terkelu.

"Itu kan...."

••••••••••••••••••••♥•••••••••••••••••

        "Ma, Lya nak aiskrim, boleh?"

Datin Najihah memandang anak perempuannya.

"Aiskrim apa kamu nak?"

"Hmmm apa-apa jelah." Putus Ulya. Dia pun tidak tahu mahu makan aiskrim apa. Yang dia tahu tekaknya mahu makan aiskrim.

"Yus, kita singgah mana-mana kedai yang ada aiskrim , ya." Pesan Datin Najihah pada pemandunya, Encik Yusni. Dua orang bodyguard suaminya mengikuti mereka dari belakang kereta yang dinaiki oleh dia dan mama.

"Baik datin."

Kereta yang dipandu Encik Yusni membelok kanan dan berhenti dihadapan kedai aiskrim. Tengok dari segi nama, Ulya sudah dapat agak harganya berapa.

Piccoli Lotti Damansara Kim.

Dari luar pun dah nampak mewah. Belum lagi jejak kaki ke dalam.

"Alaaaa pakcik Yus~ kenapa pilih kedai aiskrim mahal-mahal. Yang biasa pun Lya ok la ." Rungut Ulya.

Walaupun dia tahu mama mampu dan dia juga semestinya mampu beli aiskrim disini, tapi dia lebih suka hidup bersederhana.

"Kat sini je yang paling dekat Ulya." Beritahu Encik Yusni.

"Takpe lah Lya. Sekali sekala apa salahnya. Mama belanja kamu dengan cucu mama."

"Cucu mama? Izzat mana ikut. Mama nak beli kat dia ke?" Bingung Ulya.

"Ish kamu nii. Anak yang dalam perut kamu la."

"Hehehehehe"

"Dah jom turun."

Ulya dan Datin Najihah turun diikuti dua bodyguard yang asyik mengikuti mereka.

"Puan muda nak buat apa datang sini?"  Soal Amir. Ya Amir la bodyguard kepercayaan Raiyan dan lagi sorang namanya Endy. Ingat lagi tak Endy. Hehehe.

Raiyan's Babyboo [C]Where stories live. Discover now