24. PUJUK

6K 168 9
                                    

"SIAL! sampai hati kau
Raiyan!?" Pasu yang berada disebalah katil diambil dan dibaling ke dinding. Habis pecah berderai pasu tersebut. Dinding ditumbuk untuk melepaskan kemarahannya.

"HAHAHAHA KAU FIKIR KAU DAH KAHWIN KAU AKAN BAHAGIA KE HAH?!" Jeritan 'dia' kuat bergema di dalam bilik itu.

Gambar polaroid perkahwinan Raiyan dan Ulya di ambil dari dalam poket seluar jeannya. Gambar Ulya dicarik-carik dengan pisau kertas. Hancur wajah Ulya di gambar itu.

"Apa pun...Raiyan milik aku~ hehehehe." Nada 'Dia' meleret seolah-olah menggoda Raiyan. Creepy.

Si 'Dia' meneletangkan dirinya di atas katil. Mulutnya terkumat-kamit bercakap dengan gambar yang tidak bernyawa. Kadang kala gelakkannya bergema.

•••••••••••••••••••••••

"BIEE... Bie merajuk lagi ke?" Tangan suaminya digoyang-goyangkan. Sejak tadi Ulya cuba memujuk suaminya. Raiyan hanya buat tidak tahu dengan isterinya. Keyboard dihadapannya diketik. Hatinya masih lagi sakit dengan kejadian pagi tadi.

'Padan muka ! Tinggal lagi aku macam orang bodoh dekat atas.' Hati Raiyan berdongkol geram.

Air kopi di meja kecil sebelah sofa yang didudukinya, diambil. Baru sahaja air itu mahu disisipnya, kata-kata Ulya membuatkan dia meletak kembali cawan itu di atas meja kecil tadi dengan kasar. Air yang tertumpah dihiraukan.

"Bie merajuklah! Lya nak pergi makan maggi." Dia mengalah. Seorang Ulya tidak pandai memujuk orang. Kalau pujuk budak-budak boleh la.

'Wahh berani ya kau Ulya. Sudah tahu Raiyan bakal mengamuk, lagi kau buat lelaki itu naik angin.' Desisnya dalam hati sendiri. Ulya tidak pernah serik. Take note itu ya.

Baru kakinya ingin melangkah keluar, tangannya telah ditarik kuat oleh Raiyan. Terjerit kecil Ulya kerana ditarik secara mengejut.

"Kau memang saja nak umpan kemarahan aku ke sayang." Dingin Raiyan menyoal Ulya.

Ulya tidak mampu berkata-kata. Pandangan Raiyan terlalu tajam sehingga Ulya termalu sendiri dan sedikit gerun. Sudah gila gamaknya Ulya ni. Sempat lagi terasa malu.

"Kenapa diam hmm? Dah bisu? Tak boleh nak bersuara?" Soal Raiyan satu persatu atau lebih tepat menyindir.

"Kalau tak boleh nak bersuara aku ada banyak cara nak buat kau bersuara sayang." Bisik Raiyan ditepi telinga Ulya. Telinga Ulya digigit.

Keras tubuh Ulya. Tidak menyangka Raiyan mahu buat sebegitu. Bibir diketap dari mengeluarkan sebarang suara.

'Aduhh Ulyaa... Masa-masa ni lah otak kau nak blank.'

"Wow you are very good in resist your voice baby." Raiyan masih cuba menggoda Ulya. Pinggang Ulya ditarik mendekati dirinya. Perbuatannya diteruskan.

"B-bie stop it." Ulya cuba menghentikan godaan suaminya. Aaa boleh gila dia macam ni. Tangan diletakkan di dada Raiyan supaya lelaki itu menghentikan ciumannya yang makin meliar.

Terukir senyuman sinisnya melihat Ulya yang tidak keruan.
Raiyan menjarakkan dirinya.

Ulya menghembuskan nafas kelegaan apabila suaminya sudah berhenti dari mengusiknya.

"Once i said you can't, it's mean you can't babyboo. Don't ever try make me do something beyond your expectations baby." Tegas Raiyan memberi amaran. Kakinya terus dibawa ke katil.

Haihh makin merajuklah orang tua tu.

•••••••••••••••••••••

"Princess daddy ni kenapa nampak murung je hmm? Tak nak bagitahu dekat daddy ke?" Ulya yang termenung selepas membasuh pinggan tanpa pengetahuan siapa-siapa tersentak sedikit apabila ayah mentuanya menyoal secara tiba-tiba.

Raiyan's Babyboo [C]Where stories live. Discover now